Isnin, Januari 13

Nasi Ayam lagi…

Ada weekend yang saya buat lagi Nasi Ayam. Kegemaran ramai ni. Nasi Ayam ni senang je nak buat cumanya....nak buat nasi, kuah cili, sup dan kuah kicap tu kena tunggu air rebusan ayam tu. 

Ayam ni dah siap rebus cuma kita salutkan kicap tiram, bawang putih dan merah serta halia yang dikisar kemudian dilumur ke ayam dan ayam digoreng. 


Ada buah tomato, daun salad dan timun. 


Kuah cili perlukan sedikit air rebusan ayam dan dikisar bersama cili merah dan cili api. Kemudian masukkan garam, cuka dan gula secukup rasa. 


Kuah kicap ni lebihan dari lumur ayam tu kemudian dicampur dengan air rebusan ayam dan tambah garam sikit. 


Air rebusan ayam letak kiub pati ayam dan daun sup dan daun bawang. 


Nasi ayam setelah diletak semua bahan. Saya suka letak sup yang banyak. Masa masak nasi tu letak sikit serbuk kunyit, letak serai diketuk, letak bawang besar, halia dan bawang putih yang dihiris. Garam secukup rasa dan air rebusan ayam. Kulit ayam juga dari ayam yang direbus tu saya masukkan sekali dalam periuk nasi. 


Cara saya masak nasi ayam mungkin tak sama dengan you alls. Ada bahan yang lain ke you alls letak kalau masak nasi ayam?. 





XOXO,
Ezna

16 ulasan:

  1. suka nasi ayam...tp jarang nasi tu kita color kuning sgt...kiranya mmg smula jadi je color tk letak serbuk kunyit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh tak masuk kunyit ya....kita masuk tapi tak banyak sebab nanti rasa kunyit tu kuat kita tak suka.

      Padam
  2. Wow sedap nmpknya ni..Sy x pandai buat..Pandai mkn je..Nnt kena bljr jgk nih =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya ok juga masak nasi ayam ni Niza cuma kalau praktis selalu ok dah tahu dah camne nak masaknya.

      Padam
  3. Saya kalau namanya Nasi Ayam, tak kisahlah macamana pun resepi tu tetaplah my fav jugak...suka saya nak rasa pelbagai-bagai ikut resepi memasing...

    BalasPadam
  4. sama jer cara i masak nasi ayam, cuma ayam tu lps rebus dan letak sos mcm2, i biasanya masukkan dlm oven, i tak goreng

    BalasPadam
    Balasan
    1. IC....I pun pernah goreng + letak dalam oven juga.

      Padam
  5. My favourite dishes, tapi tak pandai2 juga buatnya. Nanti nak usaha lagi la. Tengok orang buat macam sonang sangat ja. Pokoknya bergantung air rebusan ayam tu kan sista?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Air rebusan letak dalam nasi, buat makan sup, letak dalam cili dan letak dalam kicap.

      Padam
  6. senang, simple & sedapp..alhamdulillah. mcm lama plak x wat nasi ayam..emmm
    sama je cara pun...

    BalasPadam
  7. linda tak minat sangat nasi ayam...jadi , tak belajar cara nak buat...dan rase macam renyah...tapi, sebebnarnya, linda nie tak suka masak...so, tak suka berlama2 di dapur...kikiki

    BalasPadam
  8. Nasi ayam ni tak pernah tak jadi pilihan kan. Sy pun kalau anak⁴ semua ada, NA is one of the menu wajib juga, sebab senang nak masak & complete semua

    BalasPadam
  9. tak suka nasi beriani, nasi arab tapi nasi ayam onzzzz

    BalasPadam
  10. SA dulu masa muda- mudi suka masak nasi ayam, belajar dari makcik sebab dia buat jual...lama dah x practic..kena buat semula ni..lama x buat

    BalasPadam
  11. Saya kalo nasi ayam tak seberapa suka kak. Sebenernya tergantung dari bumbu juga. Cuma mostly kalo dah rasa jahe atau ginger kuat, saya memang tak nak. Kalo rasa ginger yg seberapa terasa, baru saya suka 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Briskwalk ditemani flora dan fauna & Zus

Briskwalk kali ni kami ke Taman Wawasan, Putrajaya. Kena lalu terowong bawah berdekatan office PJH dan Hotel Zenith.  Masa kami briskwalk tu...