Dari Starhill, kami ke Pavilion pulak.
Tersergam indah hiasan Krismas depan Pavi.
Beruang ni boleh bergerak-gerak.
Masuk Machine dalam Pavillion ada promosi untuk IPhone pula.
Ambil gambar dari atas.
Nampak kedai ni teringat subjek Dania 'Anatomy' tu. Ni bukan Anatomy yang Dania belajar tu. Ni jual beg. 😅
Kat sini rasanya macam tak seramai kat KLCC. Mungkin kat sini barangan yang dijual premium sikit.
Kat Puma ada jual pakaian, beg dan kasut Squid Game 2 la.
Baju sukan.
Kasut ni ada dua warna.
Beg warna hijau dengan tempat zip ada Young Hee. Patung dalam game Red light. Green light.
Kasut warna hijau + merah.
Cantik la pulak warnanya. Harganya tak berkenan saya dalam RM500++ 😓
Ni pula masa nak turun escalator. Nampak pulak muka Lee Dong Wook yang berlakon filem KDrama Goblin.
Tengah tunggu Cinderella dalam Carriage ni.
Jenny Blackpink. Baru first time nampak iklan terkeluar macam ni.
Kami....
Ni dalam perjalanan balik ke Plaza Low Yat. Cuaca agak panas.
Kat sudut ni ada tanglung. Cantik pulak.
Dania ajak masuk dalam ni. Nak mencari apa ya? Cari machine yang jual barangan Mofusand. Kucing comel yang pakai topi buah ke etc....tak ado ya....moh kita jalan lagi.
Ada tester juga dalam ni. Rasa la popcorn original dan salted egg tapi tak beli. Rasa je 😆
Hello Labubu. Haaa comel ke?. Idak la bagi saya. Gigi dia tajam-tajam. 😅
Sepanjang jalan ni kedai Arab.
Kunafa Fingers ni memang ramai orang. Ni dah nak jalan balik masih ramai beratur kat sini.
Ni la tempat kami beli Dubai Chocolate tu. Tak ramai sangat orang.
Ni dah tiba Plaza Low Yat dah ni. Minum dulu la. Panas nau kat luar. Masuk dalam aircond lega banyak.
Try dulu la Dubai Chocolate ni. Eh....sedap. Tak manis sangat.
Minum dengan teh o ais. Nikmat minum air sejuk ni.
Lepas tu ambik phone dekat Yong dan kami pun balik. Kalau tengok kat google kami jalan kaki dari Plaza Low Yat - Starhill - Pavilion ni lebih kurang 900m pergi dan balik lagi 900m. Total 1.8km. Patut sampai kejang pulak kaki ni haa.....😅
XOXO,
Ezna
Wah baju squid game!! Kalau di sini sy cuci mata je la.. x berani nk beli brg ratus2 gini... mahal jenama je tu, premium dan ori kan
BalasPadamSama la tengok ajer....belek2 pastu dah. Hehe. Puma x Squid Game 2. Mahal sangat....
PadamZaman muda mudi dulu selalu la ke area situ. Menapak je jalan kaki. Pi PLY tu beli gadget. Rindu moment tu.
BalasPadamYa dulu dulu pun berjalan + naik bas mini pink kat KL ni. Time tu naik public transport je.
Padamsaya kalau pergi bukit bintang mesti masuk dondonki kat lot10 tu. pastu beli kebab area2 situ. pavi tak masuk sangat sebab tempat have2 je situ xD
BalasPadamOh rasanya ya la kat lot 10 DDD ni. Saje masuk sebab Dania nak masuk, rasa tester popcorn keluar balik. hehe. Pavi masuk ok je tapi zero pembelian la sebab barang2 premium nampaknya.
PadamCantik lah kasut Squid Game tu tapi harganya masyaallah mahalnya tercekit air liur dibuatnya. Hihihihi! Tapi cantik. ;)
BalasPadamYa kombinasi warna dalam Squid Game 2 tu. Lawa tapi harga tak lawa. Hehe. Memang tercekik harganya Ibu....
PadamKasut Squid Game tu cantik tapi mmmm harga nya. Pavi ni baru 2-3 kali kot masuk. Jarang ke area sana. Low Yatt memang pergi dulu2 tapi sekarang anak2 & ayahnya beli online.
BalasPadamKalau tahu apa yang nak dibeli rasanya lagi selesa online je sebab jalan ke PLY ni aduhhhh jam sungguh.
PadamJauh juga tu berjalan tapi oklah kan, dapat bakar lemak, kot hihi...
BalasPadamYa PH berpeluh-peluh tambahan cuaca pulak panas....tu yg tak tahan tu.
Padamkasut pinky tu lawa laaa tp over budget la plakkkk biasanya i beli my skechers rege RM300+ gitu jer or kalau time sale dpt slightly below RM300
BalasPadamUncle kalau jalan2 kat sini tengok je... tak mampu nak beli....
BalasPadamBestkan jenjalan kat sini? tempat kita berkubang bila balik kerja dulu. Jalan macam uols la. Dan kita pernah kerja Guardian Imbi Plaza- sekarang dah tiada. Jadi, dah macam kakak kawasan berjalan ke sana-sini pergi outlet dan cari tempat makan. Biasanya cuci mata je, tak mampu beli. Kayangan nau harganya.
BalasPadammentang-mentang 'musim' squid game sekarang ya... mana2 je ada je kaitannya ;-)
BalasPadamDah lama tak ronda area ni. Tengok harga barang-barang kat sini pun boleh berpeluh-peluh dalam aircond.
BalasPadamBagus juga ya jaketnya yang Squid Game x Puma itu. Saya jadi teringin nak beli, terutama sekali selepas menonton filemnya di Netflix.
BalasPadamSuasana tahun baru di sana sangat meriah ya. Seronok sekali.
Mula2 tengok kasut yang pink, bila kaj Ezna zoom, ok tak cantik.. Lawa lagi yg hijau...
BalasPadamDah lama betul tak berjalan2 mcm tu.. Bawak kanak2 riang nie.. Tak boleh jalan jauh2.. Asyik ajak balik je. Hahaha
Lama dah tak jalan -jalan area sini... Dulu masa zaman student balik asrama wajib singgah hahaha
BalasPadamLabubu tu kegilaan Opick anak buah SA...dah banyak collection dia..SA setuju, x comel pun...tapi ada la budak2 yang suka...SA dah lama x jenjalan sini...tgh broke x leh..kang x pasal2 swipe kad kredit plak...bahaya
BalasPadam