Selasa, Januari 21

Kambing & Dania

Dah namanya ambik program Animal Science...memang banyak la jumpa haiwan ni haa...Kali ni Dania ke tempat amali untuk belajar cara menambat kambing. Tengok la gambar Dania dengan haiwan ni...saya nampak memang Dania ni sesuai di lapangan ni. Ada ihsan dengan haiwan seperti kambing. 

Di bahu Dania tu tali yang akan digunakan untuk menambat kambing. Kalau dalam bahasa inggeris 'restrain'. Nak tambat kambing pun kena ada caranya supaya ia tidak menyakitkan haiwan. Dania cerita kena bagi kambing tu diam dengan cara menyandarkannya pada dinding. 

Tapi, kambing-kambing kat sini jinak-jinak sebab dah redha dah amali dengan bebudak Ansci (Animal Science) ni. Dah biasa ada student kat sini. Masalah akan timbul dengan kambing-kambing liar ni. Haaa barulah kena gunakan skill yang ada. 

Tengok kambing ni....dah ready dah depan phone camera. Hehe. 


Senior sebelum ini baju coverall dia 1 piece iaitu seluar dan baju bersambung. Macam ala ala pakaian tentera macam Maverick tu. Ianya berwarna biru gelap. Jadi batch Dania lain sikit dari senior2 dia.     


Ni lah baju coverall yang Dania pakai kat luar. Dalam tu pakai T Shirt lengan panjang dan tracksuit. Warna yang lecturer pilih kali ni ialah kelabu. 

Rasional tempah 2 piece macam ni baju dan seluar asing ni sebab faktor cuaca makin panas. Warna biru gelap yang senior pakai tu pun lecturer kata panas kalau pakai. Dr. Frisco Nobilly yang mengajar kelas Dania kata kalau pakai masa buat praktikal di ladang New Zealand boleh la pakai macam tu sebab cuaca di New Zealand sejuk. Dr. Frisco sendiri ada pengalaman bekerja di ladang New Zealand sewaktu beliau menuntut dan buat PHD Animal Science di Lincoln University. 


Saya pun lega juga 2 piece macam ni sebab bajunya labuh dan menutup bon bon berbanding yang 1 piece tu. 

Lagi satu kalau nak amali di ladang, tidak boleh memakai tudung yang berwarna merah sebab boleh menarik perhatian lembu. Kena pakai kemas tudungnya tak boleh tudung tu berfesyen bagai macam tudung tu menari-nari je kat sebelah muka....Errr faham ke?. Kena tahu juga Do's and Don'ts  ketika amali ni. 



***Post ni berkongsi pengalaman anak di ladang penternakan UPM. Jika ada anak-anak yang berminat untuk mengambil Bacelor Sains Haiwan, UPM ini adalah diantara silibus yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar. Tidak berniat untuk berkongsi apa-apa yang tidak baik di sini kerana sesungguhnya anak saya sangat berminat dengan program Sains Haiwan yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia. Info sangat sedikit tentang program ini jadi saya mengambil pendekatan untuk berkongsi info untuk mereka yang berminat. 





XOXO,
Ezna

Saya

 

31 ulasan:

  1. Smart pulak tengok Dania pakai suit tu. Memang nampak ngam la dia ngan kambing tu. Orang yg penyayang dgn haiwan mmg terserlah, haiwan pun sayang kat dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pakai baju camni. Kambing tu friendly juga sebab dah biasa dengan student datang sini. Tapi tak tahan boleh pose depan kamera. Hehe

      Padam
  2. Balasan
    1. Dania kata yang ni kurang bau dia. Kalau anak kambing nama Pearly tu kuat sikit bau dia.

      Padam
  3. waahhh nampak tenang betul Dania kat kambing tu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kalau ummi dia sorry nak dekat2 camtu. Ummi dia takut dengan haiwan. Semua haiwan la. Setakat nak cuit2 boleh. Nak belai2 sorry....takutttt

      Padam
  4. Balasan
    1. Ya ada cumanya tiba kat dewan kuliah memang tak dibenarkan pakai baju khas ni. Lepas tu derang kena mandi dan baju ni nanti akan dibasuh la.

      Padam
  5. itu lah..baju 2pc lebbih mudah...kalau nak tanggalkan pun senang...adik yang keje tech pun sekarang pakai 2pc je skang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...lagi satu senang nak ke tandas. 1 piece susah....

      Padam
  6. Senang kalau baju amali dah standard mcnie..
    tak yah nak fikir2 pakai baju apa hihihi..
    pandai eh kambing ni pose depat camera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah Nieyl. Warna pun sama je satu batch. Tapi....dalam kena pakai juga baju sebenarnya. Lepas amali, nak balik ke area tempat kuliah kena tanggal baju kat luar tu.

      Padam
  7. cute jer kambing tu pandai posing heheheh. very useful sharing la ezz..those yg google2 cari info sure akan dpt manfaat dari entry u ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Suzz, masa Dania nak ambik program yang ni I tak banyak info. Senang I nak tengok prospek kerjaya etc. Banyaknya info kat Uni luar negara tentang Animal Science ni. Bila tengok silibus Uni mereka lebih kurang sama.

      Padam
  8. kalau nak beli coverall tu, berapa harganya ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam RM100 boleh dapat tapi ni sebab beli in bulk dan ada sulam nama.

      Padam
  9. Seronoknya course dania ni hari2 boleh jumpa haiwan!
    Baju 2 piece tu elok sikit utk perempuan pakai, yg 1 suit tu macam segan sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebab memang akan nampak bon bon yang 1 piece tu. Nasib baik bermula batch Dania kena pakai 2 piece. Alhamdulilah....bersyukur.

      Padam
  10. Nampak style coverall tu 👍🏻
    Haiwan pun ada perasaan, kenalah handle elok² kan. Mmg kena ada minatkan sesapa yg nak ambil bidang ni. In fact apa² bidang pun kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pakai masa amali. Ya haiwan pun kena handle baik2. Tu yang lecturer ajar cara yang betul untuk menambat supaya tak menyakitkan haiwan.

      Padam
  11. Betul kalau di New Zealand tak apa la nak pakai ala ala maverick tu.. kat Malaysia kesian students nak pakai mcm tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya panas. Lecturer kesian takut student ni panas. Kot pengsan pulak masa amali nanti.

      Padam
  12. hehe.. tudung yang menari-nari kat sebelah muka..
    style dak-dak muda pakai shawl 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Memang ya. Awal2 lecturer dah pesan. Takut2 nanti haiwan seperti lembu gigit tudung tu. Tak ke haru....mungkin ada kes la kot.

      Padam
  13. good sharing.. kita yg x belajar ni pun..byk leh tau
    betul, dania relax sgt dgn animal..x de takut2 or geli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania sebab dia suka....kita memang tak boleh la MA. Penggeli tak kira la haiwan apa pun. Kucing pun takut. Kalau kucing dok diam2 ok je. Kalau dah start berjalan kita lari dulu la. Hehe

      Padam
  14. Menarikkk.. dapat mendekati binatang, Cuya kalau takat pegang kucing tu boleh la... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Cuya...hanya yang minat bidang ni je boleh. Sis pun kalau berkenaan haiwan sis tak boleh sebab takut. Kucing pun takut....Hehe....

      Padam
  15. Ada belajar tambat haiwan. Bagus jugakan tahu bagaimana sebab tengok haiwan dikorbankan kena tambat itu kena ditenangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nak tambat pun ada caranya supaya tak menyakitkan haiwan.

      Padam
  16. Saya JD tahu tak boleh pakai warna merah saat study lapangan utk jurusan hewan ini. Tp betul juga yaaa, Krn saat adu banteng di mexico, mereka pun pakai kain merah utk menarik perhatian banteng kan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Briskwalk ditemani flora dan fauna & Zus

Briskwalk kali ni kami ke Taman Wawasan, Putrajaya. Kena lalu terowong bawah berdekatan office PJH dan Hotel Zenith.  Masa kami briskwalk tu...