Dania ada cakap nak keluar dengan kawan-kawan asasi sebilik dulu makan malam jadi ya....dah selamat pun keluarnya. Ni gambar yang Dania whatsapp saya. Dah pesan awal-awal nak juga gambar makanan. Ummi nak tengok juga apa yang Dania dan kawan-kawan makan kan....
Saya yang hantar Dania dan yang lain-lain dari kolej ikut seorang kawan ni yang memang ada bawa kereta.
Gambar makanan Dania....hmmm hmmm hmmm dah habis la ummi....terlupa nak ambik gambar sebab rancak sangat berborak. Berkongsi macam-macam cerita dan rasa termasuk nak ada gambar pre convo photography. Amboi amboiiiiii......Kawan-kawan Dania ni grad lagi dua tahun. Tahun berikutnya 2028 baru Dania grad. Nampaknya kena pinjam la baju kawan-kawan Fakulti Pertanian yang nak grad nanti.
Bila tahu cafe tutup pukul 10.00 malam, saya dah tiba awal ke lokasi. Tak payah la Dania nak tunggu ya. Tiba-tiba kawan-kawan Dania ke kereta saya. Setiap seorang memeluk saya. Saya pun tanyakan khabar juga. Hehe.....kawan-kawan Dania nak sambung berborak lagi tu kat cafe yang tutup lewat. Dania la terpaksa balik dulu.
As usual gambar kena ambik la ya.

Semua senyum nampak gigi kecuali Dania...maintain je. Eh eh....
Dari kiri Azed Nurwafa Izati, Corina, Dania, Durrah, Elisha Hana. Missing Nur Annisah Ayuni.
Sebelum Dania balik, berpelukan semuanya pulak.
Ada yang cakap...eh macam nak berpisah je...
Selagi boleh berjumpa, berjumpalah. Pada tahun keempat nanti Corina akan menjalani latihan industri selama 1 tahun sebab ada certain course dekat UPM ni 3U, 3I iaitu 3 tahun belajar dan 1 tahun Latihan Industri. Ni kiranya tahun last la mereka berjumpa. Dan pulak Corina kata nak Latihan Industri di Sarawak.
Berkawanlah baik2 ya....sampai kamu semua bekerja, beranak-pinak...sampai bila-bila walaupun kawan-kawan Borneo Dania 4 orang cadang nak bekerja di negeri kelahiran mereka di Sabah dan Sarawak. 2 orang lagi...Dania dan Durrah memang bekerja di Semenanjung la....Insya Allah.
XOXO,
Ezna






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.