Khamis, Januari 30

Selesai sudah Hanyang International Winter School Session A 2024/2025

Selesai sudah Hanyang International Winter School A 2024/2025. Walaupun pre recorded online tapi kena komited juga. Kena selesaikan tengok video pengajaran Dr. Jason Bechervaise sebanyak 40 lebih videonya. Dr. Jason kata kena habis tengok video sebelum 9 Jan 2025. Jadi kena pandai-pandai la bahagi masa. Tak masuk lagi yang Dr. Jason suruh baca. Tak boleh lajukan video 2X speed sebab nanti dikira menipu. 

In between ada mid term test dan final test. Kalau boleh jangan dapat markah bawah 59 sebab 0-59 tu kiranya markah F = Fail. Kena tengok semua video dan jika ada 2 @ lebih video tak tengok pun dikira fail sebab kehadiran dikira berdasarkan video yang ditengok. Jika tak hadir pun tak boleh dapat cert of completion juga. Kena lulus barulah akan dapat cert of completion. Dania dah hantar ke fakulti dah untuk makluman dan Dania ada la merit antarabangsa. 

Academic Transcript ni susahnya nak faham macam mana nak print. Kena install apps dia baru boleh print. Lepas tu bila keluar arahan in Korean. Mana faham beb. 😅. Tapi kebanyakkan in English (arahan in english pun confuse sebenarnya 😅) walaupun arahan suruh click OK in Korean. Setelah berbalas email dengan International Office Hanyang barulah akhirnya boleh print tapi susah juga sebab print kat luar jadi kena install apps tu. Kena tunggu la lama sikit. Lepas selesai semua barulah uninstall apps ni kat komputer kedai tu. 

Mereka macam kawal academic transcript ni supaya tak print lebih daripada 1. Kalau print lebih, kena bayar in Krw (Won). Tak ada PDF disediakan juga. Memang susah la sebenarnya nak print pun. 

Dania berjaya dapat 86.7 / 100 dan gred B. Kalau kat UPM 86.7 ni dah A. Kat Hanyang, 95-100 baru A. Tinggi la grading system dia. Mujur kat Malaysia grading system tak setinggi sana. 


Dania pun email juga lecturer yang mengajar untuk Winter School ni nak ucapkan terima kasih. Lecturer ada bagitau kat kelas kalau nak jumpa dia kat Hanyang University Korea, nak tanya apa-apa pun boleh. Silakan. Kalaulah student join mobilty kat uni di sana. 


Terima kasih Dr. Jason Bechervaise. Banyak ilmu tentang kebudayaan, perfileman Korea yang Dania tahu. Dr. ada mentioned suruh menonton filem The Host & Train To Busan untuk soalan final exam. Peminat K-Drama dan filem Korea mesti minat kursus ni. Kursus Dania ambik ni 'From Oldboy to Squid Game : Navigating The Korean Culture Wave' (Korean Studies). 

Bila search QS Ranking 2025 untuk universiti di Asia, Hanyang University di atas Universiti Putra Malaysia pada kedudukan 19 dan 20. Hanyang University juga Top 10 Universiti di Korea. Pernah saya bercakap dengan lecturer UNIKL bahagian pelajar tajaan untuk ke universiti di Korea ni beliau kata Mara kalau nak taja pelajarnya ke Korea di Top 10 Universiti pada tahun semasa.  


Selesai sudah virtual mobility ni. Alhamdulilah. Moga ada rezeki join mobility di Universiti mereka pula satu hari nanti. 





XOXO,
Ezna
 

16 ulasan:

  1. Kalau tengok citer2 K drama.. Memang grad daripada hanyang University nie kira berprestij lah...
    Ibarat dulu2.. Kat Malaysia, kalau masuk UM lagi power dari UMT.. Gitu lah.. Tapi, sekarang semua U di Malysia hebat2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke? Tak tahu pulak ramai grad Uni ni. Tahu pun sebab akak ada kenal beberapa pelajar Malaysia grad dari sini. Takpe la jadi pelajar mereka online...merasa la juga jadi pelajar Hanyang Uni.

      Padam
  2. congrats dania! well done! kat AIKOL pun, 80 and above is A grade already

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Suzz. Nak dapat Cert of Completion ni kena at least lulus program ni. Alhamdulilah dapat B pun dah bersyukur. Nasib baik la grading system UIA dan UPM 80 dan ke atas A idak kena pulun lagi study student ni. :)

      Padam
  3. Tahniah, proud of you.. Finally dapat Cert of Completion, alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. So proud la.... Mesti senyum panjang dan sejuk perut mak nyer.. tahniah alhamdulillah :D

    BalasPadam
  5. Tahniah Dania 👏🏻
    Macam² course ye skrg ni...
    Mudah-mudahan ada rezeki Dania ke sana 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya macam2 course PH. Kalau mobility ni boleh pilih apa2 janji kena dapat persetujuan Fakulti. Nak dapatkan merit antarabangsa tu. Course bebas untuk mobility ni.

      Padam
  6. Alhamdulilah tahniah untuk Dania dan akak yang melahirkannya... anak hebat datang daripada mak hebat :D

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. tahniah Dania🥰

    BalasPadam
  8. JD soal ujiannya dari 2 film yg disuruh tonton itu ya kak. Baguuus tuh filmnya, walaupun saya pas nonton train to Busan memang menangis 😅😅. Sedih endingnya

    Alhamdulillah Dania dah selesai juga ikut study yg ini

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Briskwalk ditemani flora dan fauna & Zus

Briskwalk kali ni kami ke Taman Wawasan, Putrajaya. Kena lalu terowong bawah berdekatan office PJH dan Hotel Zenith.  Masa kami briskwalk tu...