Jumaat, Januari 3

Kawan sekolah rendah & menengah

Saya ada seorang kawan namanya Shazmeen. Anak Datuk Hajah Habsah Hassan penulis lirik tu. Kalau sezaman dengan saya pasti tahu. Kalau generasi muda sekarang mungkin tak kenal. Meen nama yang saya dan kawan-kawan panggil dulunya tinggal sekali dengan Aunty Habsah dan Uncle Mohamad. Sekarang ni masing2 ada rumah sendiri tapi yang bestnya duduk berdekatan di kawasan yang sama. Rezeki. Meen kata jalan kaki je nak pergi rumah adik-beradik 4 orang tu termasuk Meen. Tumpang happy saya untuk Meen.

Dulu2 beberapa kali Meen ajak beraya rumah Mama Meen dan dah tentu ramai la artis. Pernah la jumpa CP (Cik Puan) Julita Aishah dan Tengku Abdul Rahman masa baru2 kahwin dulu. Ramai pelakon dan penyanyi. Sibuk la nak bergambar kita ni haa....Saya dan kawan2 punyalah syok dapat jumpa artis tapi Meen? Sempoi je dia. Tak heran langsung. Hehe. Erra Fazira pun pernah bergambar dengan kami. VIP meja santap majlis perkahwinan Meen dulu ialah CP Julita Aishah dan Tengku Abdul Rahman. 

Meen memang seorang yang baik la. Suka bantu kami semua dalam Prinsip Akaun. Memang pandai Meen ni. Dapat tajaan lepas SPM sampai University of Kent. Ada 4 orang kawan-kawan masa sekolah saya sama Uni kat UK iaitu Khaizura, Nadiah dan Suziana. Meen masa sekolah pun ramai peminat. Sikit2 kat depan pintu kelas Meen....Meen......boys panggil terutama boy yang sebelah kelas tu 😅. Tapi Meen macam Meen la sempoi dan tak heran pun. 

Ada diantara kawan2 kat sini wakil sekolah dengan saya dalam Tarian sampai kami masuk pesta muzik daerah petaling, ada juga kawan satu gang wakil sekolah Bola Jaring. Saya GK dulu masa sekolah rendah. Asal bola masuk pihak lawan...saya yang kena...huhuhu...., ada juga kawan main batu serimban dan main getah waktu rehat, ada kawan sama2 keje McD lepas SPM, kawan sama2 tengok konsert KRU, kawan sekelas, kawan rehat sama2 kat kantin dan kawan main badminton sama-sama kat dewan di Damansara Utama untuk kokurikulum. 

Ok....intro punya panjang ya....😅. memori dulu2 memang best kalau cerita kan?. 

Setibanya saya di rumah Meen masih terang benderang di luar ya. Cantik betul rumah Meen. Ada laman yang luas juga. Hubby drop saya dan Dania kat sini. Hubby tak ikut. Nak bagi catch up dengan kawan2 saya lama sikit la tu. Hehe...tq Hubby!

Kat meja makan ni dari kiri :

Norazian, Shazmeen, Suziana, Azlili dan Hana Afiza. Belakang tu hmmm tak kenal. 😅. Semua gambar yang ada saya ni Dania yang ambik. 


Sebelah saya setelah Norazura sampai. Beliau paling jauh dari Kuantan, Pahang ya. 


Dah berborak ada sesi luahan hati, cerita sedih, cerita kelakar. Bila cerita sedih airmata pun turut mengalir. Pompuan kan?. Makan-makan....tambah lagi makanan. Makan semua tak silap catering dari Restoran Puteri (Sg Penchala, atas bukit) mama Meen. Sedap saya makan cucur Restoran Puteri. Kalau Restoran Puteri yang kat shoplot tu Aunty Rubiah Suparman yang punya. 

Dah makan, Lily nak tour rumah Meen. Hehe bukan Lily je tapi kami semua nak tour jugak. Dari tingkat atas sampai ke bawah tournya. Ada lif juga rumah ni tapi tak masuk la. Main tekan je supaya lif bergerak. Hehe. 

Dania....tolong ambik gambar kat tangga....hehe. Ni Dania kat atas. Ambik gambar Aunty semua ni....ada aunty pesan supaya ambik gambar menampakkan kami kurus ya?. 😆


Dari bawah pulak gambarnya. 


Sesekali Dania mengusap dan main dengan kucing anak Meen. Mochi namanya. Anak Meen nak cari 'Mocha' pulak jadi lama syarahan Meen ya sebab siapa nak jaga kucing ni?. 😆


Dania dan ayah Dania. Hubby ni datang nak pick up saya dan Dania sebenarnya tapi diajak makan. Makan la dulu kat sini. Kawan2 saya pandai....lama lagi la Ena kat sini 😆. 


Dania memang duduk sini je sementara saya berborak kat meja makan jadi tenang la Dania kat sini sebab terpisah dengan dinding. Dania siap bawak Ipad dan novel lagi haaa....


Kat luar pulak. Ok tak lama dah la saya kat sini sebab hubby dah sampai. Kesian pula buat dia menunggu kan. Ikutkan seronok memang saya tak balik lagi. 😅


Dania sempat main dengan kucing hitam ni. Gebu sangat entah kucing siapa tapi baru hadir hari ni la pulak. 


Saya datang tadi jam 6 lebih dan sekarang dekat nak jam 9 malam. Tak silap kawan-kawan saya yang lain balik jam 10 malam. Rasa-rasa Meen buat makan2 ni untuk anak Meen seorang nak SPM nanti. Anak sulung Meen kat USA dan kebetulan satu Universiti dengan anak kepada anak saudara hubby. Kecik dunia ni ya?. 

Alhamdulilah untuk perjumpaan ini. Lama juga tak jumpa. Last, 2 tahun yang lalu. Terima kasih Tuan Rumah, Meen sebab menjemput. Rumah cantik, makanan sedap, kawan2 yang baik. 

Ni saya copy paste dari ayat Lily (Lily pula sebenarnya sama tadika dengan saya di Tadika Chim tapi saya tak kenal Lily masa ni) : 

We've known each other for over 35 years. They are some of my oldest and dearest friends. We seldom meet, but when we do, it seems like nothing has ever changed. The jokes are still silly, the laughter are still as crazy. We shared stories, we giggled and then we got all teary. Women! All in all, felt as if we were 17 again. Hence, I am blessed. Love you all amazing ladies.

Saya juga ada kawan-kawan yang baik selain mereka....jadi kalau dapat yang baik, jangan lepaskan. Moga kita semua bersahabat sehingga ke syurga 💜💜💜.





XOXO,
Ezna

25 ulasan:

  1. subhanallah..seronoknya ada kawan2 mcm ni..moga kekal persahabatan nya selamanya
    cantik rumah kawan dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah untuk peluang ini MA. Ya cantik rumahnya. Tumpang happy juga.

      Padam
  2. Wahhh..best ni sis..mmg skali skala jmp..Waktu tu rasa mcm sekejab je =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la Niza. Ikutkan macam tak nak je balik lagi tapi suami dah tiba....tak sedap pula biarkan suami menunggu. Kita pun balik walaupun hati nak join lagi dengan kawan2.

      Padam
  3. semoga persahabatan itu kekal selamanya...Alhamdulillah untuk gathering nie...
    seronok bila ada masa untuk jumpa kawan2 lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Ya Linda...seronok. Nak nak kawan yg sama2 dengan kita masa kita muda remaja. Alhamdulilah ditemukan dengan kawan2 yang baik2.

      Padam
  4. memang seronok dapat jumpa kawan-kawan sekolah ni ezna, kak ana pun baru bulan November lepas di rezekikanNya gathering dengan kawan-kawan sekolah rendah, persahabatan yang masih kekal, alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah Kak Ana....persahabatan masih macam dulu2. Kelakar2 tu masih ada....tak berubah. Moga persahabatan kawan2 saya dan kak ana kekal sehingga ke syurga hendaknya.

      Padam
  5. bila dpt jmpa kwn2 dr sekolah rendah mmg mengimbau kan...yela dh lama berkawan masih berhubung...kdg2 ada yg dh lost contact...sronok dpt tour umh cantik ada lif lg tu...rezeki husband ezna dpt join mkn skali tu bila dtg nk pick up hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Husband tahu mereka ni kawan2 lama. Nama pun husband familiar. Rezeki kena panggil makan. Hehe. Sebab masih contact sebab ada group whatsapp. Jadi majlis apa2 senang nak panggil. Lif tu tak digunakan pun kami picit je bagi dia bergerak. hehehe....sabo je la.

      Padam
  6. Cantik rumahnnya, luas dan selera utk bergather²...
    Restoran Puteri dekat Penchala masih buka Ena? Farewell sy 11 yrs ago buat dekat situ la :D
    Betul.sgt, kawan sejati ni walau x selalu jumpa tp tetap melekat di hati ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lar ya ke PH? Buat kat Puteri Sg Penchala tu ya? Memang Restoran Mama Meen la tu. Restoran tu sebenarnya masih buka tapi adik beradik Meen dah suruh mama dia tutup. Mungkin nak suruh rehat. Kalau perasan ada kedai kereta kat situ kan PH....tu pula papa Meen punya....

      Padam
  7. Seronok bila ada kawan-kawan yang baik kan Kak Ezna...bila dapat jumpa memang tak cukup masa jadinya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Sue. Kalau dapat kawan2 yang baik jangan lepaskan....memang tak cukup masa sebenarnya.

      Padam
  8. Semoga ikatan kalian setia hingga syurga.
    Besar sungguh rumah, cantik sangat. Tertarik dengan curtain di meja makan tu. Smooth ja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Ya rumahnya tersergam indah. Segalanya indah. Curtain kat meja makan elok je kan sebab banyak pleated tu. Ambik masa 4 bulan juga nak renovate rumah ni.

      Padam
  9. usia nak masuk 52 thn ni teringin rasanya nak buat reunion dgn kwn2 sek ren n men. InsyaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye AK sebab kita tak tahu bila lagi kita boleh jumpa kawan2 kita tu. Batch saya pun dah ada yang meninggalkan kami.... :(

      Padam
  10. townhouse ya... memang cantik...dapat pulaa corner lot...fuhhhh

    best best! dpt bersua dan bertanya khabar macam ni... mesti rancak berborak... tu tak kira sambung dlm group WA hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan townhouse Anies. Rumah Semi D 3 tingkat ni. Tu yg ada lif tu. Tepi ni tanah lebih sikit, kalau tengah tanah dia kecik sikit.

      Haha memang ya lepas tu group whatsapp pulak....tak habis lagi boraknya....

      Padam
  11. cantik dan besar rumahnya..rege juta2 la if rumah size gini kat klang valley...rezeki kwn u can afford rumah besar.alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz area Taman Tun ni seram harganya. Rezeki bila cakap kat Meen seronoknya rumah cantik....Kami pun tumpang happy gak Suzz....tu yg main2 dengan lif tu. Hehe...

      Padam
  12. Indahnya persahabatan ya Mbak.
    Memang kalau jumpa dengan sahabat lama semasa kita masih kecil dahulum rasanya asyik sekali. Masing-masing bercerita tentang masa lalu yang terasa indah ketika mengenang masa itu.

    Bagus juga foto-foto yang diambil oleh Dania. Eh Dania ketemu kucing cantik juga disana...

    Salam,

    BalasPadam
  13. Cantiknya rumah dia...Dania dan kucing berpisah tiada kan...semoga ukhwah kalian berpanjangan ye

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...