Rabu, Januari 29

Masak apa tu?

Dah lama tak buat ayam masak merah, kita buat. Kali ni resipi saya ikut Che Nom tapi ada juga bahan saya tambah. Ada bahan yang perlu dimasukkan untuk mewangikan ayam masak merah ni. Nak tahu apa?. 

Resipi :

1. Ayam 
2. Serbuk kunyit
3. Garam secukup rasa
4. 1 tangkai daun kari (saya masukkan 3 tangkai sebab ada tanam daun kari)
5. Air asam jawa
6. 3-4 sudu besar sos cili
7. 1 biji bawang besar potong bulat 
8. 1 keping gula melaka saya tukarkan kepada gula perang
9. 2 sudu besar sos tiram.
10. 3-4 sudu besar sos tomato
11. 4 sekawan (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis)

Bahan Kisar :

12. 1 biji bawang besar 
13. Halia sebesar ibu jari
14. Bawang merah
15. Bawang putih
16. 2 batang serai 
17. 13 biji cili kering (ikut tahap kepedasan) direbus baru dikisar.

Ayam letak serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng. Letak tepi dulu kemudian tumis bawang besar, 4 sekawan dan daun kari. Sebenarnya daun kari ni lah nak bagi wangi ayam masak merah ni. Setelah wangi dan naik bau, masukkan bahan kisar. Bagi sampai pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, gula perang (atau gula melaka), sos tiram, sos cili dan sos tomato. Last sekali masukkan ayam yang kita goreng tu. Perasakan sikit dengan garam. 

Boleh la dihidangkan. Memang wangi la ayam masak merah kita ni. 


Ada pula telur dadar ni. Tak tahu kenapa jadi macam ni sebab terlebih kacau agaknya sebelum masuk dalam kuali. 


Ada pula daun salad dalam peti jadi lauk la dia. 


 Alhamdulilah dapat masak untuk keluarga. 





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. Sedapnya ayam masak merah...lama x masak mcm ni..boleh cuba nanti ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan SA. Aroma dia tu memang wangi satu rumah nanti.

      Padam
  2. Best kan dapat masak untuk family :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, sedapnya! ayam masak merah ni antara menu yg i kerap masak2 kalau beli ayam mentah hehhehe sbb i tak reti sgt nak variety kan masakan ayam selain yg ni, goreng kunyit, goreng celup tepung bestari, sup dan kari ajer ezz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh sebab Dania kalau I masak ni mesti kata lauk kenduri. Hehe. Ayam kalau tambahan dari you buat I masak paprik, masak asam pedas, masak gochujang korea, ayam percik....I pun tengok resipi jugak Suzz. Bukan terer masak pun....hehe

      Padam
  4. Cie kalau masak ayam masak merah mesti kena ada nasi minyak & acar. Hihi. Sedapnya nampak ayam masak merah tu. Nanti nak buat la bila rajin.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum jemput singgah blog saya untuk memartabatkan tulisan jawi...

    https://hanyajawi.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Sedap ni..
    Ada juga hajat nak masak ayam masak merah ni, tapi belum ada kerajinan haha ..nak regukan dgn nasi tomato kononnya 🫣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Briskwalk ditemani flora dan fauna & Zus

Briskwalk kali ni kami ke Taman Wawasan, Putrajaya. Kena lalu terowong bawah berdekatan office PJH dan Hotel Zenith.  Masa kami briskwalk tu...