Isnin, Januari 6

Makan di Q Bistro dan phone baru?

Kami makan di Q Bistro. Nak makan roti canai je. Dania makan roti pisang. 


Saya....roti sarang burung. 


Hubby makan seketul karipap. 2 lagi tapau sebab kenyang makan durian. 


Lepas tu ke Machines IOI City Mall Phase 2. Tudiaaa.....phone buat hal sampai 2 kali. Ummi dan ayah pening Dania dok cerita phone padam hidup padam hidup. 2 kali suruh kedai check...pengakhiran ceritanya.....keluar la sebijik phone untuk Dania. Bukan yang latest pun. Sebijik ummi punya IPhone 14. Sekarang ni phone dan beg pink kembaran dengan ummi ya 😄. Phone warna biru jadi pilihan Dania. 


Dekat Machines ni you boleh buat bayaran ansuran tanpa interest dengan card jadi tak rasa la beli sederap. Dan pulak....memang ada promo la kat Machines ni sebab nak clearkan stock IPhone lama-lama ni. Harga pun rendah sikit dari sebelum ni. Jikalau ada yang berminat nak beli....masa ni la nak beli. Boleh la jimat sikit. 


Sekarang ni beli Iphone 15, 14 atau 13 dapat Free Gift ni takde la beli Airpods pun. 
Credit : Machine 

Lepas tu terus cari kedai pasang screen protector untuk phone. Nasib baik harganya RM25. 


Tu saje ummi dan ayah bagi Dania jalan dulu. Hehe. Kemain jalan orang bahagia ya?. 😅. Tak sedar lagi tu...ummi dan ayah saje perhati dari jauh. 

Sebenarnya dulu, phone Dania yang lama pernah jatuh terhentak kat shooting location 'Crash Landing On You' (CLOY) kat Lake Brienz, Isetwald, Switzerland. Tempat Captain Ri main piano atas jeti kayu tu. Memang phone tu crash landing la....kenangan dengan phone Dania tu. 😅


Lepas tu ummi belanja phone case kat Typo. Pun ada discount juga. Semua nak habiskan stok lama. Dania pilih cili ni haa.....siapa yang makan cili, terasa la pedasnya....cili pun cili la. Janji ada protection phone Dania dari hentakan. 


Phone ni memang penting la. Beli brand ni sebab boleh ngam dengan IPad Dania tu untuk lecture notes etc. Anak-anak zaman sekarang ni memang beruntung. Segala kemudahan depan mata je. Nak tak nak je buat yang terbaik untuk diri sendiri. 

Moga Dania dapat manfaatkan untuk perkara yang baik-baik dan berjaya di dalam peperiksaan akhir yang dijadualkan pada bulan 2, 2025 nanti. Tak lama lagi dah. Kemudian, akan naik ke semester seterusnya pada bulan Mac 2025. 😍





XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. Lama jugak tu henset Dania bertahan...alhamdulillah...
    Seronok lah Dania dapat telefon baru tu.. Senang hati jalan nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha nampaknya jalan pun kemain ya. Saje usik2 dia.

      Padam
  2. Uishh tak breakfast lgi ini.. roti sarang burung tu... Kempunan sudah.. okla dapat hp baru suka la dania.. ada kenangan terindah pula yer hp lama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenangan terindah di shooting location Crash Landing On You lepas tu phone pun turut Crash Landing....hehe

      Padam
  3. Alhamdulillah..Rezeki Dania..Kalo repair mahal, better angkat baru sis..Sakit repair lagi teruk dari sakit sekejab utk angkat fon baru...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga phone ni dapat berkhidmat lama la dengan Dania. Jangan bagi ummi dan ayah pening lagi.

      Padam
  4. congrats dania dpt hp baru :) anak2 zmn sekrg memang suka lah iphone (my zharfan dan ariff dua2 pakai ip)..i ler tak reti nak pakai apple ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania dapat IPhone masa mula2 masuk Asasi. I pula baru je pakai IPhone. Sebenarnya memang tak reti sebab I selesa pakai Samsung. Bila lama2 kita akan biasa la dengan function IPhone ni. Lagi pun apa yang Dania type dalam notes di Ipad boleh la access di IPhone Dania juga.

      Budak muda minat IPhone la macam you cakap.

      Padam
  5. lama tk singgah bfast qbistro...fav kita juga roti sarang burung tu

    BalasPadam
  6. Semoga Dania terus sukses ye. Aamiin!

    BalasPadam
  7. Kebanyakkan student memang selesa ngan Iphone kan...my Dania pun...tapi mama dia masih setia ngan android..apapun semoga Dania Yasmin jaga elok2 hp tu...

    BalasPadam
  8. Haaa kan, akhirnya got a new one. Yeay!- eh kita pula yg gembira.
    Roti pisang! my favourite ever, tapi sejak dok Selangor ni, dorang tak buat roti pisang gaknya. Bila request manjang takde.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...