Pada 8 Jan 2025, baru-baru ni whatsapp Dania kena hacked. Beberapa hari sebelum tu ada tac number keluar di whatsapp tapi Dania ignore. Dan....subuh 8 Jan 2025 Dania bagitau whatsapp dia dah tak ada gambar. Ok....ini pelik sebab whatsapp Dania ada gambar kat galeri Petronas tu.
Tak sabar nak tunggu jam 10 pagi ni sebab nak terus ke Maxis Center berdekatan. Puas la google apa nak buat jika whatsapp kena hacked. Debaran tu tuhan je yang tahu ya.....kita tak tahu apa move 'si hacker' tu seterusnya.
Nasib baik paginya Dania takde kelas. Petang kol 2 baru ada. Timing memang baik sangat.
Ummi dan Dania customer yang pertama kat Maxis Center ni. Ummi decide untuk terus tukar no telefon. Jika pakai nombor yang sama whatsapp ni masih ada sebab whatsapp ni mengikut nombor kita. Bila nombor ditukar....saya request untuk terminate terus nombor lama Dania dalam sistem Maxis sebab Dania punya nombor ni supplementary line saya. Jadi nombor lama Dania tidak boleh digunakan lagi. Kalau kita tak request terminate terus nombor lama dalam sistem Maxis....itu yang kadang2 kita dapat nombor yang orang dulu guna. Kita tak tahu clean ke tak nombor tu. Kot la orang sebelum tu tak bayar hutang ke apa jenuh kita kan?.
Bila nombor lama terminate, automatik whatsapp yang menggunakan nombor lama tidak boleh digunakan. Alhamdulilah.
Terima kasih Maxis kerana assist Dania sampai la Dania boleh install whatsapp kat phone yang baru. Mulanya code tak tiba di sms phone. Jenuh la menunggu sampai la dua beranak ni pening. Agaknya memikirkan masalah ni la. Ditambah pula pagi tu Alamanda tengah test sistem alarm dia. Ya tuhan....bising nak mam***. Dah la masalah ni tak selesai lagi. Nak bercakap kena menjerit. Mencabar kesabaran sungguh la. 😤
Lepas tu lama juga la kat Maxis ni dalam 45 minit kot. Terus la kami makan je kat foodcourt Alamanda tu. Tak daya ummi nak masak tengahari pulak bila balik nanti. Dania sibuk whatsapp kawan dia. Kalau whatsapp normal tidak hacked boleh je bagitau kat contact whatsapp nombor telah ditukar. Ini Dania dah buang terus whatsapp dia.
Mengelakkan whatsapp kena hacked
1. Aktifkan 2 way identification.
2. Jangan biarkan orang lain tahu kod phone kita. Sentiasa berhati-hati.
Apa nak buat jika whatsapp kena hacked?
1. Boleh pergi kat setting di whatsapp dan boleh logged out device yang kita tak kenal.
2. Tukar password yang related dengan whatsapp.
3. Boleh email whatsapp di support@whatsapp.com dan kena beritahu detail berkenaan phone kena hacked.
4. Inform kenalan untuk berhati-hati takut ada whatsapp yang mencurigakan.
5. Jangan click apa-apa di whatsapp dan send whatsapp baru kepada orang lain.
6. Tukar nombor telefon dan inform pihak telekomunikasi untuk terminate terus nombor ni di dalam sistem mereka. (Jika tak beritahu terminate juga nombor di dalam sistem, no ini masih boleh digunakan di masa hadapan). Ini jika anda pilih untuk tukar nombor tapi kalau tak nak tukar nombor boleh try tukar sim card. Nombor masih pakai nombor yang lama.
7. To be safe, jangan buat apa-apa transaksi di dalam phone sehingga whatsapp kita dapat berfungsi secara normal. Bebas dari kena hacked.
Apa yang perlu dibuat selepas nombor ditukar?
1. Inform contact nombor telah ditukar.
2. Maxis menasihatkan untuk membuat laporan polis untuk melindungi diri kita. Takut2 si hacker menggunakan nombor kita untuk scam orang lain.
3. Inform ahli group whatsapp yang kita telah tukar nombor dan minta masukkan balik dalam group. Dalam kes Dania group kelas, group projek tugasan, group kawan2 rapat.
4. Install balik whatsapp, telegram, e-commerce etc. Leceh sikit la tapi what to do....
Sentiasa berhati-hati ya kawan-kawan. Hacker / Scammer kat luar tu tunggu masa je. Bersyukur Dania kata hacker dia ni lambat bertindak. Kalau yang ekstrim apa yang akan berlaku?. Phone Dania pun dah beli yang baru dan nombor pun dah bertukar. Kalau tak nak tukar nombor boleh je nak tukar sim card tapi disebabkan masih nombor yang sama tu yang kami tak nak ada hal2 berbangkit selepas ni.
Selepas dah tukar nombor barulah semuanya berkeadaan baik. Tiada lagi igauan ngeri Dania terima nombor tac kat whatsapp.
Dan.....kepada Yong ah.....you tau apa-apa ke yang kami tak tahu?. Berhati-hati memberikan telefon untuk orang check. Kita kena sentiasa ada di depan mereka. Kalau kena ambik video pun ambik la. Kes ni berlaku setelah menghantar telefon Dania yang rosak untuk dibaiki. Tak nak tuduh tapi kemungkinan besar tu ada kan?.
***Dania kata nasib dia la hacked orang yang salah. Dania belajar lagi mana ada duit. Kawan2 Dania pun takde duit sendiri. Dah la penuh gambar kucing, kambing dan kuda dalam whatsapp tu. 😅.
Ummi yang lega setelah selesai masalah whatsapp kena hacked,
Ezna
Alhamdulillah selesai...benda macam ni la kalau boleh x nak hadapi dan tak nak berlaku langsung kan...
BalasPadamAllahuakbar..Mujur sis cepat bertindak..Risaunya....
BalasPadamBenda2 macam ni memang merisaukan la. Dah satu kerja pulak kita kena buat, tu mujur tak kena buat report polis. Semoga yg baik2 aje utk Dania & Ezna.
BalasPadamAlamak, susah jugak ye bila WA kena hacked..sayang nombor pun iya...
BalasPadamKesian Kak Ezna n Dania...dahlah tengah problem..dah kena layan bunyi alarm tu pulak...
Thanks sistaEzna, share what we need to do if it happen to us.
BalasPadamalhamdulillah selesai...risau kalau ken hacked ni kan
BalasPadamscary betul bila kena hacked...nauzubillah...syukur dh setel masalah dania tu
BalasPadamTQ tips tu... Bahaya betul sekarang ni....
BalasPadamZaman sekarang mudah nak buat benda-benda jahat kerana manusia yang tidak bertanggungjawab semakin pintar explore teknologi...lepas ini lagi perlu berhati-hati kerana AI boleh masuk telefon dengan mudah
BalasPadamzmn skrg bahaya betul lah hackers / scammers di mana-mana
BalasPadamSaya memang selalu aktifkan dual verification di wa dan semua sosmed saya. Memang utk mengelakkan hackers macam nih. Tak paham lah orang2 seperti ini kenapa tak takut melakukan hal tak baik. Belum lagi kalo nomor wa orang lain digunakan utk menipu.
BalasPadam