Isnin, Januari 13

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga pernah makan di Kelana Jaya. 

Terjumpa cawangan di IOI City Mall secara tak sengaja bila saya dan Dania jalan sampai kat hujung ni. Akhirnya time tu saya dan Dania makan kat tempat lain. JM Bariani kat IOI City Mall ni kat wing yang baru. 


Masa pergi tu masih ada la meja kosong. 


Air bandung soda, teh tarik dan puding karamel. 


Nasi bariani ayam masak merah. Portion dia....kusss semangat. Memang banyak. 


Hubby pilih nasi bariani gam ayam. Ayam ni dah digam dalam nasi. 


Dulu sampai sekarang, saya pilih nasi bariani ayam goreng rempah. 


Tengok la ayam goreng berempah dengan tangan saya ni. Akhirnya nasi tapau separuh, ayam ni saya makan bahagian peha je. Bahagian lagi satu tapau. 


Ni total semua. Tak bayar lagi la. Dia letak terus resit atas meja. 


Apa yang tak ada sekarang ya?. Dulu2 mereka ada air roselle dan kelopak roselle tu akan dimasukkan dalam air jadi sedap pula bila kunyah roselle tu. Rasanya lebih kurang air Ribena la. Roselle tu sejenis bunga rupanya. 

Kalau teringin baru pergi. Kalau tak....kita masak je la.





XOXO,
Ezna



 

13 ulasan:

  1. Besar portion dia ni, makan tengahari kalu, kenyang sampai malam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul portion besar dan pasal tu la tapau sebahagian. Boleh sambung makan malam pulak.

      Padam
  2. CUya kalau macam ni punya banyak, memang tak habis nak dimakannya. Kalau tengah kelaparan mungkin boleh habiskan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelaparan pun macam payah nak habis gak Cuya. Besar portion dia.

      Padam
  3. CUya kalau portion banyak macam ni memang tak boleh nak habiskan kecuali kalau kelaparan betul hehe

    BalasPadam
  4. Boleh tahan rege dia tu ezz.i suka briyani tp biasanya beli kat kedai viral kat my area jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga dia tu la Suzz. Boleh tahan.....tapi sebab lama sangat tak makan....kalau teringin je boleh Suzz....if not tak gi la.

      Padam
  5. Reganya fuh! Sedap air Roselle tu, masam-masam manis gitu.

    BalasPadam
  6. boleh tahan keras jg ya harga makanan kat sini...

    BalasPadam
  7. ammi pun taktau kenapa ammi kurang suka nasi yang camni. ammi prefer nasi putih..sebab tu nasi kandar sentiasa dihati

    BalasPadam
  8. rumah mak ada pokok roselle tu dulu, tapi sekarang takde dah

    BalasPadam
  9. Saya pernah 3 kali makan di JM Beriyani..tapi dah lama betul Kak Ezna (dulu kuat merayap kan hehe)..Cuma seingat saya Acar Buah tu dulu dia bagi banyakkkk (sebekas kecik tu penuh buah jeruk tu)..tapi yang pastinya memang makan kat situ sedappp n potion memang besar...

    BalasPadam
  10. Wow...portion dia besar..kalau SA kena share ni ngan suami...nampak sedap la...boleh la terjah IOI mall nanti...SA pun suka air roselle...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kad MYSiswa RHB tidak berfungsi pulak.....

Hari yang sama phone Dania kena hacked, ni lepas Dania balik dari kelas. Dah kenapa hantar elok je, masa balik pakai pelitup muka?.  Rupa-ru...