Khamis, Januari 16

Kad MYSiswa RHB tidak berfungsi pulak.....

Hari yang sama phone Dania kena hacked, ni lepas Dania balik dari kelas. Dah kenapa hantar elok je, masa balik pakai pelitup muka?. 

Rupa-rupanya kena bedah kambing nak tengok sistem reproduksi kambing jantan. Terkena cecair dalam badan kambing tu yang berbau busuk. Udah anak ummi kena pakai pelitup muka. Bau dia busuk sangat kata Dania. 


Kemudian, saje nak try test kad MYSiswa RHB tu kat ATM sebab pembelian sebelum ni decline. 2-3 kali juga la bila guna kad ni. Ada prompt kata jalur magnetik rosak kat mesin ATM RHB Bandar Baru Bangi ni. Cuba lagi kali kedua sama jugak. Pening whatsapp kena hacked dah habis...ni pening kad pulak buat hal 😅


Lepas tu singgah 7-11 beli Slurpee ni. Nak minum perisa hijau tu. Tak sejuk lagi pulak....


Akhirnya, try perisa Roti Bakar. Apa rasanya? Ada la sikit2 rasa roti bakar tu....tapi bila last tu ada rasa kuat dan saya tak suka rasa tu 😅. Rasa roti bakar terlebih bakar ke tu? Yang warna hitam tu....gurau je. 


Tenangkan diri dulu minum Slurpee ni sejuk-sejuk. Dania kena email kat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) nak tanya apa nak buat....duit memang ada je dalam tu. Sesekali diberikan ujian kan....tenangkan diri dulu...baru boleh fikir secara rasional. Minum Slurpee la dulu....

Macam-macam hal pulak hari ni ya...😅






XOXO,
Ezna


17 ulasan:

  1. Dugaan Dania..semoga dipermudahkan segala urusan Dania dan Ummi...

    After taste pelik ke Kak Ezna...
    Slurpee tu fav masa remaja saya tu...pantang nampak 7E..
    Elok pulak depan sekolah memang ada..lagilah hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. After taste tu haaa last tu ada rasa kuat. Akak tak suka rasa tu. Masa awal2 ok....rasa roti bakar tu....slurpee ni macam2 perisa tapi suka yang hijau tu je. Lain2 so far takde pulak rasa sedap cam hijau tu....

      Padam
  2. Rasa besi ke rasa hangit tu? Dia masalah kalau nak datang selalu bertimpa ek, takpe, lepas tu nanti tenangggg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah la rasa apa yang kuat tu. Awal2 ok je rasa dia. Ya la sesekali ada masalah melanda. Nak tengok camne kita tangani. Tapi akhirnya bila dah selesai memang lega....alhamdulilah.

      Padam
  3. Roti bakar? isk-isk. Beli slurpee ni kena ada orang temankan, kita tak pandai nak buat sendiri, ahahaha! ngade kan?
    Semoga dipermudahkan urusan kakEzna dan Dania.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa roti bakar. Cuba la nanti review....hehe. Senang je nak letak dalam cup tu tapi Dania la yang buat. Haha....Terima kasih mendoakan ya....

      Padam
  4. dugaan..moga dipermudahkan.

    air hijau tu fav LM zaman dulu dulu

    BalasPadam
  5. Allahumma yassir.. i dh berkurun tak beli slurpee tu...and now tgh reduce sugar so tak leh lah minum semua minuman hipster buat masa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. I minum tapi tak selalu la Suzz. Kalau teringin ajer. Selebihnya air putih sahaja.

      Padam
  6. Smoga dipermudahkan segala urusan..eh slurpee ada perisa roti bakar..rare sgt tu

    BalasPadam
  7. Moga dipermudah kan semua urusan nya.

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan urusan 🤲🏻
    Pening juga bila phone kena hack ni sbb skrg almost everything rely on phone kan...

    BalasPadam
  9. Kesian Dania, takpe ujian sekarang kan...nanti lepas ni semua ok...kalau x diuji kita x belajar kan..at least kita dah ada pengalaman dan boleh share dengan orang lain yang hadapi dugaan yang sama...

    BalasPadam
  10. Kuat yaa Dania lihat bedah kambing nih 😅😅. Memang lah saya tak sanggub. Krn itu dulu saat diterima tanpa tes di jurusan nutrisi hewan ternak, saya reject langsung. Memang tak sanggub yg berkaitan hewan 😂. Itupun dulu apply bukan Krn saya mau, tp sekolah yg submit tanpa tanya saya agree tak.

    Kdg kalo card bermasalah memang hrs datang ke branch langsung. Perlu ganti card. Biasa chipnya yg eror.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cara tukar program bacelor di UPM

Setelah selesai 2 semester di UPM @ 1 tahun, please alert dengan iklan Permohonan Pertukaran Program di SMP (Sistem Maklumat Pelajar) ya. P...