Jumaat, Januari 17

Nasi lemak pandan semerbak harumnya

Saya suka buat nasi lemak pandan ni sebab pokok pandan kat belakang rumah ni sihat. 

Ni sambal nasi lemak. 


Ni pula sambal sotong. Saya suka buat berkuah sikit. Tak cair dan tak pekat jadi sederhana ajer. Saya pilih sotong kembang sebab hubby ada beli sotong kembang bersaiz gemuk pendek. 


Telur rebus dengan daun salad. Nak perhabiskan dalam peti. 


Timun ni digariskan dengan garfu kat kulit luar untuk membentuk garis2 di tepi timun setelah dipotong bulat. 


Siap dah semua lauknya. Mana nasi lemak pandannya?. 


Nasi lemak pandan ni masa tengah masak perghhhh bau dia sampai naik ke tingkat atas la. Saya blend 5 helai daun pandan dan ditapis airnya sebab tak nak ada serat masuk dalam beras. Dalam beras juga masuk santan, garam, halia dihiris, bawang putih hiris, bawang besar hiris dan dua helai daun pandan yang disimpul.  Masukkan air sehingga ngam dengan beras dan masak la macam masak nasi biasa tu. Jangan lupa tekan periuk nasi tu ya. Kang tak masak la nasi lemaknya. 

Warna nasi lemaknya hijau lembut seakan tak nampak pun warna hijaunya sebab guna bahan semulajadi kan. Kalau letak pewarna hijau mau la hijau terang. 


Itu je lah cara nak masaknya. 





XOXO,
Ezna

 

13 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa...kita plan nak masak nasi lemak, maybe esok atau Jumaat...tapi mak buyung tu nak cucur udang plak...tauhu berlauk la apa la...macam- macam..

    BalasPadam
  2. Nampak jugak kehijauan nasi lemaknya, tapi bau dia tu, sampai ke Johor laaaa. Sy pun suka masak nasi lemak ada sambal sotong kering kembang ni, macam ngam rasa dia dgn nasi lemak banding guna sotong segar.

    BalasPadam
  3. wahh sampai ke sini harumnya ezz daun pandan tu :) rasanya my boys cerewet sikit bab2 nasi lemak berwarna, so i maintain buat yg putih santan tu jer lahh

    BalasPadam
  4. sedapnya...ada sambal sotong...layann..

    BalasPadam
  5. semerbak bau nasi lemak pandan sampai sini hehehe

    BalasPadam
  6. Terbayang bayang akan aroma bau pandan tu bila baca... Ni mesti jiran tanya bila la org yg masak nasi lemak pandan ni nak hantar sikit.. hahaha

    BalasPadam
  7. Cantik kejadian nasi tu, berderai elok 👍🏻
    Sy pun ada beli sotong kembang, mmg plan nak buat lauk nasi lemak juga :)

    BalasPadam
  8. Syedap, I like sebab hijau. Makan dengan ayam goreng berempah, uiiiishhh!
    But, belum pernah lagi try nasi lemak pandan, normally nasi lemak singgit jadi pilihan pertama.

    BalasPadam
  9. penah buat utk opis dulu tp sy terpaksa msk kan sikit pewarna hijau kalau tak x nampak warna pandan walaupun dah blend 10 helai daun hehehe

    BalasPadam
  10. Tengok nasi je pun dah buatkan terliur

    BalasPadam
  11. Isssh sedapnya kak 😍😍😍😍. Terbayang pula wangi pandannya itu 😄👍👍.

    BalasPadam
  12. sama.MA pun suka wat nasi lemak pandan ni.Ian pun..Iris kureng, dia suka original color...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cara tukar program bacelor di UPM

Setelah selesai 2 semester di UPM @ 1 tahun, please alert dengan iklan Permohonan Pertukaran Program di SMP (Sistem Maklumat Pelajar) ya. P...