Dah tukar bateri, phone Dania padam lagi jadi kami sekali lagi ke Plaza Low Yat. Apa la nak jadi dengan seketul phone Dania ni ya?. Baru 3 hari je baik dia buat hal balik.
Yong....tengokkan phone Dania lagi sekali.
Saya pula berjalanlah sekitar sini. Comelnya keyboard Snow White ni. Ada mouse juga.
Mouse yang sangat comel.
Alolo bluetooth handsfree Marie...kartun dari Disney. Ada juga Mickey Mouse.
Lagi seleksi bluetooth comel.
Comel kan?.
Ada tempat letak kunci labubu. Bagi saya Labubu ni tak comel pun. Muka dia scary.
Aksesori dari gang Hello Kitty. Lagi seekor ni Cinnamoroll.
Since kena letak phone bagi technician check jadi kami berjalan la dulu ya.
Kat sini kami beli Dubai Chocolate. Teringin nak rasa.
Kami nak ke sini.
Dania ajak ke sini. Apa ada kat sini?.
Cantik atas ni lampu gemerlapan.
Dah masuk dah....
Kat bawah ada court basketball.
Ada game ke latihan ke ni?.
Anakanda seorang yang memang tak boleh berpisah dengan novel.
Ada buku kat sini yang dah jadi koleksi Dania.
Sebelah Eslite ni ada jenama Anello.
Kat bawah ni pencil case. Harganya kalau tak silap dalam RM100++.
Ada la promosi akhir tahun. Beg Anello ni walaupun yang kecik pun mahal. Apatah lagi la yang besar macam ni.
Pendapat Dania tentang Eslite Bookstore ni susunan buku tak teratur. Dania compare dengan Kinokuniya.
Lepas tu kami jalan kaki je ke mana pula lepas ni?. Saje nak habiskan masa sebab bila dah siap nanti Yong akan call.
XOXO,
Ezna
Ape update fon dania tu sis?? 12/1 ni mgkn sy ke area fahrenheit utk gathering kamen rider.
BalasPadamUpdate nanti pada 6 jan. Oh ada event situ. Ada lalu juga Fahrenheit tu.
Padamalamak..dua kali dah. abis ni ok dah ke?
BalasPadamAK..cikgu subjek apa. x sure plak MA...
Hmmm MA.....nanti kita update 6 Jan.
Padamapalah agaknya sakit phone dania tu ye sampai 2x masuk hospital
BalasPadamEntah la....dah la benda penting pulak tu.
PadamSemoga hp Dania dapat diselamatkan, jika tidak mahu juga makanya ...............
BalasPadamDubai chocolate tu sedap, kita rambang mata nak memilih. Kalo boleh nak semua namun harganya aih!
Harga Dubai Chocolate pun aih tapi nak merasa punya pasal kan....Sedap sebab tak manis.
Padamgerammm je tgk mouse2 comel tu
BalasPadamYa ememang comey sangat Anies.
PadamComellah 'mouse' tu. Moga phone Dania dapat diselamatkan.
BalasPadamItulahnya.....terima kasih mendoakan. Mouse memang comey. Geram je tengok. Nasib baik tak beli...
PadamAlaa kesian Dania. Moga elok semula hp nya. Patut nampak ramai pakai beg Anello di Jepun rupanya memang dari sana.
BalasPadamTerima kasih mendoakan Mulan. Memang penting betul telefon ni. Kot la lecturer / kawan2 nak update kelas / assignment / nak buat projek berkumpulan....
PadamSusahnya kalau hp asyik rosak je.
BalasPadamItulah.....nak dijadikan cerita ya.
PadamNak kena tukar baharu hp dania ni
BalasPadamItulah Wak....
PadamMasalah juga bila phone problem ni. Kalau saya tak hantar ke kedai macam ni, saya ada tukang repair sendiri, jenis repair depan2 tapi itulah nak rekemen pun dia kat Penang.
BalasPadamYa ke? Jauhnya pulak....
PadamKenapa semuanya barang dlm tu comel2 ibu tak boleh msk kalau kedai mcm tu risau lupa diri Hihihihihi!
BalasPadamItulah pasal Ibu. Geram sungguh tengok benda2 semua ni. Nasib baik kuat....tengok sahaja...Hehe
Padambila fon problem, tuan bdn pon rasa nak demam hehe.. comelnya keyboard snow white & mouse lotso pink!
BalasPadamsalam tahun baru 2025 buat akak sekeluarga! moga sihat aja semuanya aminn :)
Dania tak senang duduk. Tapi nasib baik dia bukan kaki media sosial, kejap2 nak update. Risaunya takut ketinggalan mesej lecturer / kawan2 tentang kelas, assignment etc.
PadamSelamat Tahun Baru juga! Moga urusan kita dipermudah oleh Allah!
errr setel ker repair hp dania tu? mcm nak kena beli yg baru ajerrrr
BalasPadamSuzz.....itulah pasalnya Suzz. Penyakit dia sama tiba2 phone mati. Ayat last tu ya. Memang betul apa you kata tu.
PadamKenapa hp Dania itu Mbak sudah 2 kali di service ya? Semoga kali ini hp nya kembali normal.
BalasPadamItu keyboard dan mouse lucu sekali Mbak...
Salam,
Tak tahulah sakit apanya telefon Dania ni. Tiba-tiba akan padam telefonnya dan tidak boleh di on lagi. Susah juga ya....Iya...keyboard dan mouse lucu sekali....karakter Disney.
Padamx singgah beli coklat dubai? ;-)
BalasPadamAda beli. Kat atas ada bagitau....
Padam