Isnin, Januari 20

Singgah tengok je promise…

Berdekatan dengan Mee Tarik dekat Bangi sentral ni ada Wanzar. Saya dan Dania masuk la kedainya. 


Dah keluar dah baju untuk Hari Raya. Cantik juga la bajunya. Macam baju kurung kedah tapi diberi nafas baru dengan kolar di leher. 


Dania suka warna hitam ni. 


Ini pula warna biru firus. Manis je dengan sulaman ribbon ni. 


Wanzar juga ada jual veil untuk pengantin. 


Ini pula seleksi baju pengantin. Kalau beli siap mungkin lebih murah dari tempah sendiri. 


Sweet je baju pengantin ni. Kalau simple macam ni boleh je kita pakai tapi hijabnya jangan la warna putih. Kalau putih nampak sangat macam pengantin. 


Baju ni pula lebih formal. 


Pergi area Bangi Sentral bukan dekat-dekat bulan puasa ni kurang sikit orang kat sini. Kalau pergi time tu....memang nak parking pun susah dan jalan sekitarnya memang sesak. Nak tenang-tenang berbelanja kat sini awal. Koleksi baju raya pun dah keluar dah. 


Kebetulan raya tahun ni saya tempah fabrik yang dibeli. Selalunya beli yang siap ajer. You alls dah tempah ke baju raya atau beli yang siap ajer?. 





XOXO,
Ezna

 

13 ulasan:

  1. X beli lg.. sy tiap tahun beli yg rtw... kalau di area bangi mmg syurga membeli-belah tu.. baju kurung kedah berkolar tu cantik... mcm design 80-90s pun ada... tp syg kalau bertudung x nmpk pulak kolarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya design lama dia keluar balik. Cantik pulak tengoknya.

      Padam
  2. vkend aritu pi ke shoppingmall..rmi juga tgk org dh shopping bj raya....kita lama dh tk tempah...slalu bli yg readymade tkpun mix & match je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah prepare awal2 la tu. Nanti bulan puasa boleh rehat. Selalunya bulan puasa area Bangi Sentral ni jam. Tak apa Amy. Ikut preferance masing2 kan. Ada siap tempah, ada beli siap. Mana yang mudah je kan?.

      Padam
  3. SA beli siap aje...senang, malas nak fikir nak beli kain nak bayar tempahan dah double harga kat situ...SA dah ada baju raya simple tapi tu la..x tau la nak tambah lagi ke x..la ni nak cari baju utk suami, Dania dan Khalaf je..eh lupa PZ pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli siap boleh save banyak sebenarnya. Kebetulan tahun ni berkenan sangat dengan kain tu. Terbeli dan dah hantar tempah dah. nanti free2 SA boleh cari baju raya untuk semua.

      Padam
  4. waaahhhh rambang mata nak pilih semua cantikkkkkk! manisssnyaaa kalau dania pakai yg ribbon tu! hehehe

    BalasPadam
  5. Lawa² la baju pengantin tu. Boleh pakai utk event juga kan, tak 'berat' sangat rekaannya tu...
    Baju raya sy dekat tailor dah :D

    BalasPadam
  6. Aiiiish sukaaaa model nya 😍😍. Saya dari beberapa bulan lalu saat ke KL dan Penang memang dah niat nak beli baju kurung. Tp tak ketemu saat itu. Nampaknya mesti beli ketika dekat hari raya yaa 😄

    BalasPadam
  7. Haha Bangi tak lama lagi meriah lah kan dengan persiapan nak sambut Aidil Fitri, elok beli sebelum bulan puasa hehe :)

    BalasPadam
  8. Tak fikir lagi nak beli ke tidak..sebab tahun lepas dah beli baju raya sekeluarga.. :D

    BalasPadam
  9. Dah choose colour tapi belum cari lagi.
    Sekarang cari yang rtw je.

    BalasPadam
  10. x start lagi..weekend ni plan nak kuar cuci mata jugaks..he he he

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Briskwalk ditemani flora dan fauna & Zus

Briskwalk kali ni kami ke Taman Wawasan, Putrajaya. Kena lalu terowong bawah berdekatan office PJH dan Hotel Zenith.  Masa kami briskwalk tu...