Jumaat, Januari 24

Berbaloi ke beli kat kedai runcit orang Acheh dan masak-masak...

Kalau ada barang2 basah yang sikit2 tak cukup untuk masak, saya beli kat kedai orang Acheh je. Ada daun sup dan daun bawang, serai 2 set (setiap satu set ada 3), daun kesom dan 3 biji lobak merah. Harga semuanya RM8. Berbaloi saya rasa harganya...


Saya nak masak ayam pandan. Ayam semua ni dah direbus terlebih dahulu dan keluarkan dari air rebusan. 

Perap dengan kicap tiram, kicap, gula merah, bahan2 blend seperti serai, halia dan bawang putih. Biarkan seketika sebelum menggoreng. Tak boleh lama-lama takut ayam ni keras. Cukup la ada kesan terbakar. Ayam ni digulung dalam gulungan daun pandan. Masa goreng tu wangi la baunya. Sematkan dengan pencungkil gigi nak bagi kemas. Saya selit dalam gulungan ajer. 


Air rebusan ayam tadi tu saya cadang nak buat sup telur ala cina. Masukkan lobak merah, daun sup dan daun bawang, bawang besar dan bawang putih, sedikit minyak bijan. 

Dalam bekas lain pecahkan telur dan letakkan satu sudu air dalam telur. Kacau2. Saya masuk 3 biji telur. Bila sup menggelegak, tuangkan telur perlahan-lahan sambil dikacau dengan menggunakan chopstick dan membentuk bulatan. Kacau secara bulatan tu tanpa henti sehingga habis telur dalam bekas tu dituang. 

Inilah kejadiannya.....telur membentuk tali-tali halus. Tujuan masukkan air dalam telur yang dipecahkan dalam bekas tu nak bagi senangnya terbentuk tekstur tali halus telur ni. Lepas tu masukkan tepung jagung untuk memekatkan sup telur ni. Nak masukkan isi ketam pun boleh je. 


Chopstick yang digunakan untuk pembuatan sup telur ala cina ni. 

 

Sedap hirup masa panas-panas. Alhamdulilah. 




XOXO,
Ezna

16 ulasan:

  1. Sedapppppp ayam pandan.

    Ezna. Nanti tolong email alamat dan no hp ya 🥰
    -----> o-mulan@hotmail.com

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Kalau suka makanan cina cuba try. Sedap makan panas2 ni Afzan.

      Padam
  3. my favourite saya ni. suka makan sup telur ni. panas2 lagi! rasanya harga tu berpatutan lg dgn kadar taraf hidup yg tinggi skrg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya AK makan panas2 memang sedap. Ya harganya sangat2 berpatutan. Mulanya macam tak percaya juga harganya tapi bila disebut lagi oh memang betul la harganya macam ni. Bersyukur dapat harga yang berbaloi.

      Padam
  4. Oh begitu rupanya cara buat telur itu bertali.

    BalasPadam
  5. sedap nampak ayam pandan tu..yum yum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wangi Ayu....lepas tu masa masak pun dah rasa lapar. Hehe

      Padam
  6. waaa bagusnya u rajin masak2 ni ezz!! nmpk sedap belaka tu

    BalasPadam
  7. Kedai aceh ni beli utk sekali dua msk ok la.. kalau nk beli byk tak blh sbb mahal juga saya rasa.. ayam goreng pandan tu dah lama tak buat huhuu..

    BalasPadam
  8. Saya sukaaa ayam pandan Thai ini 😍😍😍. Memang wanginya itu menggoda sangat.

    Eh btw kak, nak tanya, kedai Acheh ini maksudnya kedai orang Aceh kah? Krn penulisan Acheh yg begitu saya JD penasaran. Memang maksudnya Aceh atau ada makna lain.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cara tukar program bacelor di UPM

Setelah selesai 2 semester di UPM @ 1 tahun, please alert dengan iklan Permohonan Pertukaran Program di SMP (Sistem Maklumat Pelajar) ya. P...