Hubby ajak makan nasi padang. Tak jauh darI Seksyen 7 Bandar Baru Bangi ni ada Restoran Masakan Padang Ampera Raya. Ni kes tengok youtube Warung Hunter ke Padu Beb ke ni tak pun Destinasi TV.
Kami pergi ni dalam jam 6 petang camtu.
Dania nak makan apa tu? Teringat dulu masa Dania kecik2. Kami melancong ke BukitTinggi, Indonesia. Boleh katakan setiap kali makan je Dania nak makan ayam pop. Hehe
Nak kata lauk banyak sangat tak juga.
Ni lauk yang kami pilih.
Ada ayam pop berkuah, daging dendeng, gulai tunjang (urat) dan sambal ijo. Kalau kat BukitTinggi punya banyak terhidang atas meja. Mana yang kita cuit je bayar jadi kalau tak nak makan jangan cuba-cuba cuit ya.....rasa sikit2 pun tak boleh.
Ayam pop masa makan kat BukitTinggi tu macam tak ada kuah je. Kat sini berkuah pulak.
Baru sibuk nak bergambar. Makanan pun nak habis dah.
Anakanda lepas makan. Kemain senyum meleret entah sebab apa. Ada ummi usik something rasanya.
Makanannya ok la tapi rasanya portion dia macam sedikit je. Apa pun rasanya sedap jugak la cumanya macam tak banyak pilihan. Mungkin kami pergi petang so kurang la lauk-pauknya.
Ampera Raya
No. 2, 2-G, Jalan Putra 2
Taman Putra Kajang
43000 Kajang, Selangor
Tak silap Ampera Raya ni pun ada cawangan di Shah Alam dan Kuala Lumpur.
XOXO,
Ezna


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.