Jumaat, Februari 16

Tetamu di hari jumaat yang mulia diambil Perhilitan | Burung Dendang Selayang

Hari tu saya ada buat post misi menyelamatkan burung kan? Click sini

Ok ni kisah hari ni 16 Feb 2024. Hari Jumaat yang mulia. Ada tetamu kat tepi tingkap kami. Burung ni duduk je kat tepi tingkap tu tak terbang pun. Bila hubby kacau-kacau pun duduk senyap macam tu. Lepas tu saya terdengar bising-bising kat bawah.....rupanya suami masukkan burung ni dalam sangkar sebab kalau biar je situ nanti ada kucing hitam yang Dania sayang sangat tu tangkap burung ni. Kucing kan mischievous. 

Dari wikipedia :
Burung Kunyit Besar [1]atau juga dikenali sebagai Dendang Selayang[2] adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Asia Selatan termasuk Malaysia. Nama sainsnya ialah Oriolus chinensis. Burung Kunyit Besar merupakan burung dalam keluarga oriole dan terdapat dikebanyakan bahagian Asia. Terdapat beberapa populasi menonjol dalam julat taburan luas spesies dan pada masa lalu "Slender-billed Oriole" (Oriolus tenuirostris) turut dimasukkan sebagai spesies kecil. Tidak seperti "Golden Oriole" yang hanya memiliki celoreng mata yang pendek dan nipis, burung Kunyit Besar memiliki celoreng mata yang lebar dan bersambung di belakang leher. Burung jantan dan betina adalah serupa sungguhpun lapik sayap burung betina lebih kehijauan. Paruhnya merah jambu dan lebih tegap berbanding Golden Oriole.                                         

Jadi, bila masuk dalam sangkar dia selamatlah sikit. Rupanya patut la burung ni macam blur je rupa-rupanya kat kepala dia macam ada berdarah sikit. Terlanggar apa-apa agaknya....


Saya pun google la. Ternampak yang ni...oh my....burung ni rupanya spesis yang dilindungi sepenuhnya. 

Credit : Facebook

Teruslah saya call Perhilitan Daerah Hulu Langat dan terus Perhilitan kata nak datang ambik kat rumah saya. Saya cakap sangkar tu saya punya. Haha. Ye lah kot dengan sangkar sekali dibawanya. Rupanya Perhilitan akan ambil burung sahaja tapi tanya juga kot saya ada kotak. Dania cari-cari kotak akhirnya jumpa. 

Patutlah cepat sangat tiba kat rumah saya sebab rupanya Pejabat Perhilitan Daerah Hulu Langat ni cuma 1.6 km je dari rumah saya. Tau tau je....Dania jerit dari bawah...ummi orang tu dah tiba. Saya memang awal-awal dah siap-siap bertudung bagai. Tak nak kelam kabut bila Perhilitan tiba. 

Pejabat Perhilitan Daerah Hulu Langat
Lot 8312, Desa Anita,
Sg Merab Luar,
43000 Kajang,
Selangor
011-59753695


Perhilitan yang transfer burung ke dalam kotak. Saya ada juga ambik video. Burung ni berbunyi kuat jugak. Kalau google katanya burung ni akan mengeluarkan suara yang merdu. 


Kata Pegawai Perhilitan ni, burung ni akan dibawa berjumpa Dr.Veterinar. Kalau sihat, burung ni akan dilepaskan balik. Sedih pulak saya tapi Pegawai tu cakap lagi sedih kalau duduk dalam sangkar je. Betul juga kan....burung ni patut terbang bebas la di dalam hutan tu. 

Moga burung ni cepat sihat dan boleh terbang balik. Moga usaha kecil kami sekeluarga ni dapat membantu spesis Burung Kunyit Besar atau Dendang Selayang ni supaya tak pupus. 

Datangnya di hari jumaat. Moga membawa rezeki kepada kami sekeluarga hendaknya. 





XOXO,
Ezna



 

16 ulasan:

  1. Bagus juga kak ezna cepat2 gugel, jadi tahu burung nie dilindungi.. Kalau tak, jenuh pulak bayar saman nanti... Hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebabnya bukan macam burung biasa yang kita nampak. Tu lah....kalau tak kena saman la pulak.....

      Padam
  2. Ehh…mungkin inilah burung yang selalu saya nampak di rumah saya! Warna kuning hitam cuma tak pasti tang mata tu hitam tak. Dan iyaa memang merdu bunyi kicauannya. Kalau dengar bunyi gitu, saya tau dia ada berhampiran. Tapi burung ni sangat pemalu, tak pernah berjaya ambil gambarnya.

    Alhamdulillah berjaya diselamatkan. Moga burung kunyit ni segera pulih dan bebas terbang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan burung ni sakit Ujie. Tu yang diam je tu. Kalau tak, mesti bila kita nak ambik gambar je dia lari. Kalau dengar suara dia kat youtube kemain merdu.

      Entah-entah ya kot burung ni kat rumah Ujie....kalau ya burung ni....ia spesis yang dilindungi.

      Padam
  3. cantik warna kuningnya
    siap pakai 'topeng' lagi ya
    hahaha

    BalasPadam
  4. bagus betul pegawai perhilitan ni
    pantas mereka bertindak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pulak yang terkejut sebab Satu dia angkat telefon. Dua....laju je dia datang. Ofis dia 1.6km je ke rumah akak rupanya....tapi dia kata dia dari Sepang. Ada nampak sangkar besar belakang truck dia. Entah binatang apa yang boleh masuk dalam sangkar tu.

      Padam
  5. Bagus..pantas ambil tindakan..mcm ni kita mau..burung tu cantik betul laaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya cantik SA. Suka tengok tang mata dia tu...kalau tengok youtube kicauan dia merdu. Pantas pulak Perhilitan Daerah Hulu Langat ni....

      Padam
  6. memang rezeki u tu...burung tu dtg membawak rezeki...cantik betul burung tuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz. Burung ni I tak pernah tengok. Elok je dia bertenggek kat tingkap rumah I. Rezeki....alhamdulilah.

      Padam
  7. Memang cantik. Nasib baiklah akak google. Cuma saya curious kerap ke burung ni tercedera sampai Perhilitan kena buat announcement macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sure pulak bab tu. Mungkin disebabkan suaranya merdu, ada yang tangkap untuk dibela pulak.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...