Pagi tu lepas Subuh, hubby brisk walk tepi pantai. Saya dan Dania siap-siap dalam bilik nak pergi sarapan. Harga sarapan kat sini RM30/pax. Saya dan hubby dah masuk dalam harga bilik jadi bayar untuk Dania je la.
Takde la luas mana kat sini. Variasi makanan pun sederhana sahaja tapi kenyang je untuk kami bertiga.
Apalah yang diborakkan ni?.
Ni lepas makan. Ayu Dania pakai baju semua sekali bila tengok kasut....adehhhh selipar ayah dia pakai. 😅. Selipar ni besar sikit la dari kaki Dania.
Lepas tu, yayyyy aktiviti pantai. Hehehe....
Ambik gambar dulu la ya....
Mengadap pulau dan ada bot jugak nak bawa island hopping. Kami tak ambik cuma nak berehat tepi pantai je. Lama rasanya tak healing tepi pantai ni. Nak refresh balik. Memang nak duduk-duduk je sambil mandi laut.
Masa kami datang ni katanya ada Fenomena lautan terbelah di mana kita boleh jalan kaki je dari Pulau Pangkor ni ke Pulau Giam. Laut menjadi surut. Fenomena ni katanya akan berlaku pada bulan Februari dari awal bulan sehingga ke pertengahan bulan Februari. Setahun sekali je you alls. Kot lah nak ke sini bulan Februari tahun depan.
Kami kat Pulau Pangkor ni dari 10 Feb - 11 Feb 2024. Kami tahu ni pun masa kami nak balik dah. Idak agaknya join jalan kaki jugak kot. Katanya 400 meter je nak sampai Pulau Giam tu tapi kena jalan bermula dari Teluk Nipah. Kami menginap kat area Pasir Bogak. Ada bomba juga tunggu kat pantai dan akan membunyikan siren menandakan selamat nak berjalan.
Ummi dan ayah pulak. Hubby memang tak nak mandi laut katanya. Tukang jaga beg ajer la. Saya pakai socks berenang tu. Nak kena bagitau sebab warna seakan warna kulit. .
Saya suka gambar bayang-bayang kami ni.
Lepas tu konon nak mandi kat shower berdekatan kolam tu. Dah hubby dan Dania berendam pulak kat dalam kolam. Tak ada sesiapa pun. Kami je. Seronok la apa lagi.
Ni macam ada air terjun kat hujung kolam.
Teringin la konon nak synchronize swimming tu. Haha....
Kat tepi ni ada ditanam pokok-pokok dan belakang hotel ni nampak bukit.
Kami check out dalam 12 tengahari dan tunggu van pink yang kata nak datang jam 12.15 tapi sampai jam 12.19 tak tiba lagi. Bila ada van pink hantar tetamu hotel...kami tanya la kot boleh dia hantarkan. Feri kami jam 1.15 tengahari. Jadi, kami naik van pink yang tu. Dalam van campur dengan keluarga yang lain jugak la.
Oh ya Feri ni boleh naik kat 2 tempat ya iaitu kat Marina atau Lumut. Marina ni agak tenang sikit sebab tak seramai Lumut dan masa yang diambil untuk menyeberang selama 15 minit. Kalau Lumut masa menyeberang tu dalam 45 minit.
Sebelum sampai ke Jeti tu jalan jam ya amat. Cuak pulak saya. Walaupun tak jauh mana pun jeti ni dari hotel kami. 2.5 km je tapi ada seorang baby menangis-nangis mungkin panas sebab van ni aircond dia rosak. Alahai kalau lama lagi dalam van ni mau saya dengar baby ni menangis lagi lama.
Kami tiba dalam 12.45 tengahari dan feri pun tak tiba lagi (Feri kami jam 1.15 petang) tapi kami bertiga boleh masuk terus untuk feri awal jam 12.45 tengahari. Kalau datang awal mungkin boleh masuk feri awal.
Tambang feri dua hala : RM21.60/pax (Marina Island - Pulau Pangkor - Marina Island).
Masa nak balik ni sebab ni bukan sepatutnya feri kami, kami naik feri lagi awal jadi masa kami tiba tu ramai dah masuk dan duduk dah jadi tempat kami terpisah la. Saya duduk sebelah wanita dan seorang anak yang katanya autistik. Dia kata anak dia bukan autisme. Autistik ni tak sama dengan autisme jadi bila saya google....Autistik dan Autisme tu sama je. Dia kata anak dia akan mudah tantrum.Ada speech delay jugak. Anak dia sibuk dok panjat-panjat2 pulak tempat duduk ni.
Ni lah feri yang kami naik ni. Feri kami ni dua tingkat.
Tiba kat darat bergambar la kat tangga ni tapi hishhh geram pulak yang bawah tu....😅
Ni lah Jeti Marina.
Masa nak parking hari kami datang tu punyalah pusing-pusing sekali tanya pakcik parking. Dia tanya bila nak balik...bila kami kata hari Ahad....dia bagi parking kat tempat orang bekerja ni sebab hari isnin masih lagi cuti. Kami balik ahad. Jadi kami parking la kat tempat ni. Lepas keluar kena letak balik kon merah tu. Parking yang kami kena bayar ialah RM45. Tak sure rate macam mana.
Hari kami datang tu payah jugak nak cari parking sampai 2-3 kali pusing jugak la.
Percutian kami ni akan bersambung pula kat Ipoh. Niat di hati nak melawat ibu saudara saya yang baru kematian suami (ayah saudara saya iaitu abang kepada arwah mama). Masa meninggal tu saya tak dapat balik Ipoh sebab Dania masih belum cuti. Alang-alang dah dekat kita bercuti pula la kat Ipoh.
Next post pulak ya....tunggu.....
XOXO,
Ezna
Seru banget jalan-jalannya, ada fenomena laut terbelah jugak ya..pasti asiik melewati pasir di tengah nya👍
BalasPadamTapi kami tak pergi pun sebab masa tu tak tahu pun. Pasti seronok dapat menyeberang laut ni dan pergi ke Pulau yang lain.
Padamkalau naik dekat jeti marina, dia dekat sikit dah...kalau naik dekat lumut, ada parkir bertingkat...rugi pulak baru tahu psal air lautan terbelah..kalau tak, mesti kak Ezna dah pergi...waktu CNY, kalau ikot jeti Lumut mesti jem..sebab ramai orang masuk pulau, nk raya kan
BalasPadamDalam 15 minit je naik feri. Ah ah baru tahu la pasal lautan terbelah tu. Next year boleh try berjalan kat laut tu. Balik pulak tengok beratur punya panjang kat jeti lumut dan ramai orang asing. Nasib baik naik kat Marina. Tenang ajer.
Padambanyak tak pilihan makanan kat situ?
BalasPadamsebab tengok harganya
boleh tahan juga tu...
ramai juga ya yg bercuti kat pangkor...
Kalau kat Avi ni pilihan tak banyak dan tempat dia pun kecik je tapi kenyang la bila makan kat sini walaupun tak banyak pilihan.
PadamAduhh.. tangga tu pun tak proper mereka setting, patut tak perlulah letak kerusi kat bawah tu biar kosong. View belakang tu dah lawa. Kalau takde orang bawah tu memang dah ngam dah gambar tu, sweet sangat uols berdua atas tu.
BalasPadamHahaha kacau je....tapi nak buat macam mana macam muka orang luar. Time tu photobomb photo kita pulak. Haha.....
Padamhhahaha lawak plak u tulis caption psl u posing2 kat tangga tuuuu
BalasPadamTime tu lah dia sibuk pun. Haishhhh.....orang luar tu.
PadamLama sgt dah tak ke Pulau Pangkor.. Tak tahu bila nak ada rezeki ke sana lagi..
BalasPadamOk la just tambah sorang lgi utk breakfast sbb kdg2 waktu pgi malas kan nk keluar csri brkfast baik makan di hotel jer..
menarik perkongsian pasal laut terbelah tu. rindunya nak mandi kolam. huhu. thanks sharing, boleh buat panduan kami yang tak pernah sampai pangkor
BalasPadam