Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, February 21

Nilai estetika di Jalan Gundik bernama Concubine Lane

Lepas check out dari hotel, inilah pitstop pertama. 
Apa tarikan di Concubine Lane ni?
Bagi saya lorong-lorong tempat membeli belah ni sama je macam jalan-jalan di Pulau Pinang tak pun di Melaka. Kanan dan kiri ada booth jualan dan kedai yang boleh kita singgah. 

Parking kat sini nasib-nasib je ya sebab limited dan kalau ada rezeki dapatlah parking dekat sikit. Kalau tak, kena menapak jauh juga dari parking tu. Nasib kami baik sebab kebetulan ada kereta nak keluar betul2 depan Concubine Lane tu. Alhamdulilah. 

Kat sini, Dania sebenarnya cari satu tempat tu. Kena buat next post pulak sebab tu pun gambarnya punya banyak.....


Ada jual kentang goreng. Nampak artis macam Ifa Raziah pernah singgah sini. 


Kentang goreng ni disalut macam berwarna-warni. Ada cheese, coklat dan macam-macam lagi. Tak beli pun sebab saya suka kentang yang original je ya. Tak payah campuran macam-macam ni. 


Tanghulu ni sekadar ambik gambar je sebab saya rasa warna dia berseri. 


Sengkuang Calit ni memang susah juga nak jumpa kan? Orang dah kurang tanam sengkuang kot. 


Tengah jalan nampak dinosaur pulak. Dinosaur ni kat depan tempat pasir glow in the dark. Dia kata dia tak paksa kalau tak nak beli. Masuk percuma. Bila tengok lorong pun kecik je nak masuk bangunan tu rasa tak nak masuk je. Dah la cuaca panas semacam ni. 


Kat sinilah ada gambar ni. Katanya ni Jalan Gundik (Concubine Lane). Gundik ni macam perempuan simpanan. Ada juga Wife Lane dan Second Concubine Lane tetapi yang famous kat Ipoh ni....Concubine Lane. 


Boleh pulak masa berdiri kat sini ada orang tegur....Ezna...sahabat lama....hubby memang lost la siapakah kawan saya tu?. Nak explain pun tak sampai hati sebab yang saya jumpa ni bekas suami kawan saya Eliza iaitu Saiful. Takkan nak explain kat suami ex Eliza kot. Rasa tak best pulak. Peliknya tu masih cam pulak muka saya walau dah bertahun tak jumpa ya. 😅. Ke sebab ada nama kat topi saya ni. Saiful kata bukan sebab tu dia kenal. 


Kawan saya Eliza tu pun dah meninggal. Ex husband Eliza ni memang duduk Simpang Pulai, Ipoh dan kebetulan jadi tour guide kat kawan yang datang bercuti kat Ipoh. 


Ni pula dari handphone Saiful. Lepas tu suami tanya la Saiful tempat makan sedap kat Ipoh ni. Nama je saya kampung kat Ipoh tapi saya tak tahu bab makan ke apa ke....


Lalu tepi Wawasan Cendol yang pernah KJ pun beli kat sini. 


Kami jalan-jalan lagi.....


Tengok la gaya tingkap rumah lama ni. 


Cantiknya bergambar kat sini dengan akar-akar pokok terjuntai. 


Klasik kan papan tanda Cafe ni?....


Memang klasik sungguh kat sini. Banyak tempat boleh ambik gambar. 


Laluan sebelah Plan B. 


Pintu ni pun agaknya tinggalan pintu lama. 


Kami dalam deretan manusia. Panas sangat.....


Ni lagi satu saya rasa spot cantik nak ambik gambar. 


Kalau nak baca pasal Lorong Gundik ni. 


Tempat makan Plan B. Plan nya kami tak makan kat sini 😅.


Snap lagi....bagi saya ni pun cantik. 


Kalau kat sini, kena snap je mana-mana bangunan yang rasa klasik tu kemudian kena ada model yang boleh disuruh buat itu ini dan sporting untuk dipotret gambarnya. Haha. Dania dah dilatih dari kecik lagi sebab ummi dia suka ambik gambar. 😅

Pokok ni hanya ada ranting je. Daun-daun dah gugur. Bangunan belakang pun macam bangunan tinggal. Boleh menyuntik elemen seram juga. 


Banyaknya peti surat macam-macam bentuk dan warna. 


Lampu atas ni simple je digantung macam tu je. 


Ternampak Bookxcess kat sini. Bila masuk macam kedai buku biasa je. Bergambar depan kedai je la. 


Nak balik lalu kat sini. Dorayaki mengepit ice cream. Hanya snap ajer....


Sempat ambik gambar bangunan lama sebuah Muzium. 


Bagi saya you alls boleh datang sini sebab banyak spot cantik untuk ambil gambar dan kalau you alls suka tempat-tempat yang klasik boleh la ke Concubine Lane, Ipoh ya. 

Ke Concubine Lane ke kita??

***Ada kawan hubby kat office order banyak nasi lemak sempena anak perempuannya Dania Irdyna nak ambil paper Add Maths. Rezeki kawan-kawan office la. Moga anaknya Dania dapat menjawab dengan tenang dan paper ni Dania score. Moga ikut jejak Abang Dania ni ke UK dengan scholarship Bank Negara. Saya kenal sebab memang jiran kat rumah lama dulu. 😊. Dania dulu pun cukup cuak subjek ni. Pergi sekolah muka cuak je.....





XOXO,
Ezna

 

14 comments:

  1. byk kan tmpt2 menarik bergambar😍
    sengkuang calit legend ni zaman sekolah rendah ciknur blk wajib singgah membeli ni dulu sedappp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah lama tak makan sengkuang calit. Zaman dulu sedap kuahnya tu. Sekarang dah lama tak jumpa...tapi bila ke sini tak terasa pulak nak beli.

      Delete
  2. bestnya..suka tgk dania sporting & pandai je posing2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah train dari kecik. Masa kecik dulu gaya macam Princess. Jadi bila suruh posing, mula kepala terlentuk. Haha....Dah besar ni gaya selamba pulak. :) Seiring usia ni MA.

      Delete
  3. Cantik tempat ni..
    Kat tmpt sy ni selalu jumpa org jual sengkuang calit ni tapi itulah, tak sama rasa mcm dulu². Dulu lagi sedap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu...saya pernah la rasa calitnya tu pekat. Sedap. La ni orang dah tak tanam pokok sengkuang dah. Susah nak jumpa. Mungkin kat kg masih banyak pokok sengkuang.

      Delete
  4. menarik jugak tmpt ni...errr tmpt crowded pun jumpa org kenal u hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik untuk ambik gambar...sekali.....adeh ada yang panggil nama....Ezna....sahabat lama pulak tu you. Haha.....

      Delete
  5. Saya pun suka bergambar kat area belakang tu, dengan dahan pokok berjuntai bagai..feeling model kejap. hihi

    ReplyDelete
  6. Wah..menarik..SA memang ada plan ke Ipoh dengan Dania..tapi banyak kali terpaksa cancel sebab Mak Pah sakit..insyaallah after this boleh la plan semula

    ReplyDelete
  7. amboiii dania
    kemain lg posing ya
    hehehehe...,
    tmpt ni best sebab dlm 1 kawasan
    ada mcm2 tarikan
    so pengunjung akn tertumpu kat situ je...

    ReplyDelete
  8. byk tmpt bole ootd sini...byk kedai bole singgah

    ReplyDelete
  9. Popular betul tempat ni. Ada juga rasa nak datang sini. Plan nak naik keretapi je sampai Ipoh, jalan santai-santai gitu. Tapi itulah, tak menjadi jadi lagi plannya. hihi...
    Memang menarik dan banyak spot bergambar yang cantik. Untung juga Dania ada jadi model mader.

    ReplyDelete
  10. Best nyer banyak tempat2 menarik disepanjang perjalanan. especially utk bergambar.. insyallah boleh la masuk kan ke dalam list jalan-jalan bersama anak.. btw kita kalau makanan tu ada nama viral mmg tak beli la.. hahaahha..

    ReplyDelete