Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, February 9

Ujian setiap insan itu berbeza....

Kadang saya bertanya khabar juga dengan kawan saya di facebook walaupun saya lebih suka di Instagram. Kebetulan kawan saya ni cerita dia jadi runner untuk sebuah syarikat kurier. Tu lah kadang syarikat kurier ni bila hantar kat rumah nampak macam orang perseorangan je. Maknanya jadi runner kurier ni la kan. 

Kawan saya ni buat sekurang-kurangnya 100 parcel. Itu pun katanya pinggang dan kaki pun dah mula sakit. Saya kata mungkin sebab bawa parcel yang berat-berat agaknya. Ada yang kena panjat sampai tingkat atas sebab ketiadaan lif. Bayangkanlah kalau bawak parcel yang berat pulak tu. Kawan saya ni perempuan. Tahu je lah kudrat perempuan berbanding lelaki kan?. Bekerja pula ada sampai tengah malam. Kita pula agaknya tengah menonton TV dengan anak dan suami tak pun tengah lena diulit mimpi. 

Memang bekerja keras sungguh....Salute juga kat kawan saya ni. 


Kadang-kadang mungkin kita tak sedar yang kita bertanya khabar tu mungkin akan menceriakan hari kawan kita tu....


Ujian kita berbeza kan jadi bersyukur la dengan apa yang kita ada.....ambil kebaikan dari setiap cerita.....Hidup zaman sekarang ni memang keras. Kita kena kuat semangat!.

Tujuan meletak kisah ni kat blog ni bukan untuk memalukan kawan saya ni, nama pun saya tutup tetapi sebagai iktibar. Kalau kita rasa diri kita ni susah, mungkin ada orang yang lagi susah. Ujian hidup kita berbeza. Macam mana kita nak handle situasi tu. Adakah kita akan bersedih dan tak buat apa-apa atau kita akan bangkit untuk sentiasa bersemangat dan berusaha?.....

***Salam Jumaat semua!





XOXO,
Ezna

 

19 comments:

  1. Replies
    1. Kesian pulak Suzz tapi I bagi semangat juga dan mendoakan...

      Delete

  2. Patutlah masing² kejar volume/trip, rendah upahnya ye :(
    Semoga dipermudahkan segala urusan kawan Ezna dan diluaskan pintu rezeki utknya 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kena 80 ke atas baru parcel RM1/parcel. Kalau kurang dari 80 parcel jadi 80 sen/parcel. Tu yg dok ligan parcel banyak tu.....Tak dapat bayangkan jugak sebab ada parcel yang berat lagi.....nak mengangkat tu....

      Delete
  3. Kasihan perempuan jadi kurir ya kak, apalagi kalo harus bawa parcel ke gedung bertingkat, pasti capek. Ujian tiap orang berbeda bed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau semangat kuat apa salahnya kan....kalau lelaki tenaganya kuat. Bisa bawa parcel ke gedung bertingkat. Capek iya...sudah tentu.

      Delete
  4. betul kak Ezna, tu yg bila down, teringat yang lagi susah...
    alhamdulillah, kak Ezna bertanya khabar mereka pun, mesti mereka gembira, ada yang ambil peduli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...lama rasanya tak tanya khabar. Alhamdulilah ada fb jadi penghubung.

      Delete
  5. Baru tahu macam itu kiraanya. Bagaimana pula kalau time cod tu orang tak jadi ambil kiranya dipulangkan semula cancel beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya macam ada 3 kali kemudian lebih pada tu mungkin akan dihantar balik kepada pengirim.

      Delete
  6. Moga Allah akan sentiasa meluaskan rezeki bagi mereka yang berusaha.
    Allah sayang dan kasih kepada kita semua, kena selalu ingat tu <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....berusahalah selagi kita ada kudratnya....insya-Allah pasti ada hasilnya. Ayat last tu betul sangat Cuya.

      Delete
  7. Betul tu. Ada member juga buat kerja macam ni. Memang penat tapi demi perut yang nak diisi gagahkan juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya kawan tu berusaha kan?. Moga dipermudah urusan.

      Delete
  8. Di saat kita rasa kita susah, ramai lagi yang lebih susah di luar sana. Saya doakan semoga sahabat tu diberi keluasan rezeki oleh Allah..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Ya setuju dengan ayat 'di saat kita rasa susah, ramai lagi yang susah di luar sana'.

      Delete
  9. Memang kak... Terkadang kalo rasa sedih, atau rasa kurang akan sesuatu, cobalah sesekali lihat sekeliling kita dulu. Ada yg hidup jauh lebih susah. Rasa malu pula nak komplain hanya karena matahari panas sangat. Sementara di luar terkadang mereka berpanas2 hanya demi sedikit upah 😭.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kata2 Fanny kadang rasa terpukul juga sebabnya kadang2 kakak pun akan kata panasnya......terima kasih kerana mengingatkan ya Fanny.

      Delete
  10. so true..dengar mcm senang je kan but hanya dia je yg tahu plus kalau dah banyk mcm tu..senang mcm pun memang penat la kan... moga Allah permudahkan urusan kawan you tu, moga dimurahkan rezeki nya & diberikan kesihatan & kekuatan..aamiin
    same goes to u dear....

    ReplyDelete