Khamis, Februari 22

Makanan pemberian adik....

Ini adalah rezeki makanan pemberian adik dek kakaknya bawa hasil dari Pulau Pangkor. Dah lama kami tak makan Kuih-muih dari Kueh ni. Ikutkan kami kalau ke Shah Alam selalu akan singgah Kueh kat sini. Banyak pilihan kuih-muih. Kuih rare pun ada juga. 

Adik saya kata beli Kueh kat cawangan yang baru buka di Subang Jaya. Roti jala ni berwarna hijau kuning la pulak. Macam negeri Bang Tam (suami saya adik beradik panggil Bang Tam) je ni. Haha. 


Kari untuk roti jala. Sedap karinya pun. 


Kuih sagu. 


Karamel ni memang favourite Dania. 


Ni kuah laksa. Siangnya kan kami makan laksa juga. Malamnya pun ada laksa lagi. Rezeki....


Laksa. 


Grannies Nasi Dagang ni Dania punya. Peminat nasi dagang tapi ummi tak pernah try masak. Beli je. 


Nasi dagang bila dibuka daun pisangnya. Gambar ikan tongkolnya lupa nak ambik. 


Kuih lompang dan pulut sekaya. 


Karipap pun ada. 


 Rezeki kami. Kekna bagi idaklah banyak sangat tapi dibalasnya....tudia.....
Alhamdulilah. Moga murah rezeki adik ya...

Ni saya letak gambar adik saya masa kenduri anak kepada sepupu kami...Adik saya yang belakang saya tanpa cermin mata. Elza namanya....sebelah adik saya sepupu kami nama Mastura (kami panggil Kak Tura). Tuan rumah majlis ni. 








XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. sedap2 belaka tu...rindu plak nak dating2 dgn u dan ayu...dh nak masuk ramadhan kan..berbaki beberapa minggu jer lagi ni

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah semua nya sedap. Sagu dan caramel lama betul tak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sama jugak dah lama tak makan akhirnya adik pula bagi.....

      Padam
  3. Waaa alhamdulillah sgt rezeki dapat merasa makanan jauh dari pulau :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....kiranya macam sistem barter. Masing2 bagi untuk merasa.....Alhamdulilah.

      Padam
  4. kuih sagu tu faveret. masa pregnantkan Ozil manjang terbayang je kuih sagu ni dan tiap kali pergi kedai yg patutnya jual "dah habis" katanya. Last sekali kat melaka baru jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya jumpa juga kan Ammi..... Masa dulu pregnant Dania boleh kata tiap hari makan sambal tumis ikan bilis petai....alehnya nak jadi cerita....dania sampai sekarang tak suka petai.....

      Padam
  5. wahhh best nyaaa
    seua sedap2 belaka
    esp roti jala tuuuu

    BalasPadam
  6. Memang terlihat sedap semua kue2 nya. Bentuknya pun rapi dan cantik, jadi membangkitkan selera 👍❤️. Sekali lihat langsung terbayang ini enaaak 👍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...