Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, February 7

Misi menyelamatkan burung dari digigit kucing

Tahun lepas kami ada melawat Zoo Negara. Nak dijadikan cerita....masa nak balik tu ternampak seekor kucing sedang menggonggong seekor burung dalam mulut dia kemudian ternampak la depan kami kucing tu terlepas burung tu kemudian burung tu cuba melarikan diri. Masa ni hubby menghalau kucing tu dan terus mengambil burung ni. 

Comel kan burung ni?. Kalau tengok kat internet, ini adalah burung Budgerigar. Dipanggil Budgie nama pendek dia. Keluarga burung parakeet. Parakeet ini adalah panggilan untuk burung yang kecil dan sederhana dalam keluarga burung kakaktua. Boleh juga meniru suara manusia. Maknanya burung ni boleh bercakap. Burung parakeet ni lebih mesra dan lovable berbanding burung kakaktua. 

Burung kat bawah ni ialah burung jantan. Boleh tengok kat hidung dia. Kalau warna biru burung jantan. Burung betina berwarna coklat kat hidung dia. Dah saya kena google sebab tak tahu jenis burung ni....


Siap letak macam ni lagi dan hubby menghayun la tangan supaya burung tu terbang. Tak terbang juga burung ni. Dia macam berkepit je dengan orang yang menyelamatkannya. 


Nampak burung ni sangat jinak. Tak lari ke mana pun walaupun cubaan untuk menerbangkannya. Mungkin trauma kot lepas kena gigit kucing. Masa ni usap-usap burung ni pun dia diam je. 


Hubby dah cuba nak pergi tanya kat kaunter depan tiket ni tapi semuanya busy. 


Hairan sungguh mana datang burung cantik ni?. Letak je kat seat belakang dengan Dania. Dia berdiri situ je tak terbang dalam kereta pun. 


Sampai kami beli la rumah kecil ni untuk dia kat Pet Shop. Belikan makanan burung juga. Hubby kata burung ni ada nampak minum kat bekas kecil dalam rumah dia ni. 


Burung ni masa bawak balik, kami nak bawa ke Veterinar la tapi disebabkan hari ahad banyak veterinar tutup tapi kami ada cuba pergi kat Bandar Baru Bangi tapi Dr tu tak handle burung. Dia bagi alamat Dr Veterinar yang boleh buat rawatan untuk burung. Tak teringat pasal Hospital Veterinar, UPM yang boleh buat rawatan untuk haiwan besar dan kecil macam burung tapi tu lah hari ahad tutup kan....pergi veterinar dalam kedai Mesra ni pun tak buat rawatan untuk burung pulak. 

Esoknya, nampak burung ni dah mati. Kesiannya. Mungkin ada kesan gigi kucing kat badan burung ni yang kita tak tau.


Bila hubby buka kat sayapnya memang ada kesan yang dalam gigi taring kucing. Patut la burung ni mati.....sakit sangat kena gigi kucing. 


Inilah kisahnya....tiba-tiba ada seekor burung cantik pula dalam keluarga kami walaupun hanya seketika...




XOXO,
Ezna

 

20 comments:

  1. Alahai.. kesiannya. Mesti burung tu cedera teruk sbb tu diam je tak terbang. Nak bagitau sakit tak boleh pulak. Apapun dah ditentukan ajalnya macam tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian burung ni Carneyz tapi warna dia sangat cantik.

      Delete
  2. Alaaa cianyaaa.. dah la comey mcm rare lak tu ... kena gigit kucing kan mesti dalam tu dah la dia pun kecik jer.. patut la tak terbang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang kata gigitan kucing ni berbisa untuk burung. Lepas kena selalunya akan mati.

      Delete
  3. kesan bisa daripada gigi kucing tu menyebabkan kematiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Wak....dalam nampaknya lubang kat badan burung ni.

      Delete
  4. Ala.. Kesian dia.. Dah sampai masanya.. Cantik betul burungnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dinafikan burung ni memang cantik warnanya.

      Delete
  5. Aisssh kasian nya burung comel niiih 😔. Tapi susah juga nak salahkan kucing. Dah insting mereka hunting hewan2 kecil begini .

    Mungkin si burung tak bisa terbang, Krn memang ada luka di belakangnya itu ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mungkin dia tak terbang sebab sakit. Ada lubang gigitan kucing di belakang badannya.

      Delete
  6. Replies
    1. Ya burung yang sangat cantik. Tiba-tiba kena gigit ngan kucing.

      Delete
  7. gigih ldy baca dari atas ke bawah... sedihnye.. tumpang teruja bila baca dibawa balik tu.. rupanya hanya sementara sempat berkasih sayang.. :(.. semoga asbab kebaikan ini boleh bantu kita ke syurgaNya kan.. berkasih sayang, bertolong tolongan sesama makhluk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap beli rumah dan makanan dia lagi. Hidup tak lama....

      Delete
  8. ala sedeynyaaaa :( cantik sgt lah this bird

    ReplyDelete
  9. Ala sad ending.... tapi burung ni..comel :(

    ReplyDelete
  10. alololo comel je dia
    tapiiiiii
    alaaa sedihnyaaaaa

    ReplyDelete