Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, February 19

Siapa yang skodeng status di IG??

Ada sekali tu saya komen kat IG asputra_official. IG Asasi Dania kat UPM. Ada la gambar pelajar asasi batch bawah Dania buat amali di Pasar Tani FAMA, Kelana Jaya kena tolong menjual kat gerai. Gerai pulak dapat tahu bila ke sana. Jadi, pelajar ni akan menolong di bermacam gerai lah. Kiranya mengimbau juga kenangan Dania masa menolong kat gerai Pasar Tani di Stadium Shah Alam. 


Ini komen saya. Panjang lebar jugak la. Amali ni dibuat kat luar universiti. Jadi akan ada aktiviti di luar. Pelajar akan menolong di Pasar Tani Fama sekitar Selangor. Selain itu aktiviti dengan tanaman dan ternakan, melawat kilang pemprosesan makanan berasaskan pertanian, akan ada program 3h 2m kem Syoknya Agro dan Syoknya Agro Bazar satu kelas kena menjual dan hasilnya kelas tu yang dapat. Semua aktiviti ni untuk subjek Pertanian. Kalau ada anak anda yang mengambil subjek Sains Tulen atau STEM boleh la apply Asasi Sains di UPM. Saya gerenti menyeronokkan....mana taknya saya ikuti semua aktiviti Dania πŸ˜….


Dania pernah ditugaskan membantu di food truck yang jual peneram pada 19 Februari 2023. Kawan-kawan Dania berlainan gerai. Ada gerai ayam, ikan bilis, tolong jual ikan, jual kek tapak kuda, kuih bahulu, ada kena jaga gerai madu dan banyak lagi gerai. Time tu kalau nampak T-Shirt macam Dania pakai tu tahulah tu pelajar asasi UPM.  

Memang kalau tengok Dania...tak dan nak berehat ada je orang datang nak beli. Last sekali Dania dapat upah RM30. Alhamdulilah. 

Kalau nak baca post ni boleh ke sini


Lepas tu....saya saje check story IG saya eh eh ada yang skodeng ya...
Pusat Asasi Sains UPM Official. Rasa-rasa admin ni lecturer Maths Dania masa Sem 2. Hehe...dan...Dania cakap Ain | a teacher tu best friend lecturer Dania kat Asasi. Madam Ain ni ajar Fizik sama dengan Lecturer Dania Miss Wahida.

Terus terasa...anda sedang diperhatikan....πŸ˜…


Saya kena move on la sebab Dania dah masuk degree tapi.....kenangan kat asasi ni memang tak boleh lupalah....classmate Dania best, roommates Dania pun best, lecturer semua best so apa lagi yang nak?...Setahun je tapi banyak memori manis tercipta....😍.

Sebenarnya saya tak boleh move on dari mengingatkan asasi ni. Masih terasa Dania ni asasi. Bila nampak apa-apa berkaitan dengan asasi...saya akan excited.....sampai masanya kita kena let go sebab kita dah ke stage yang lain.....😣

Hari ni juga merupakan tarikh Dania amali di Pasar Tani FAMA di Stadium Shah Alam setahun yang lalu : 19 Feb 2023 - 19 Feb 2024. Kebetulan post ni pada hari ni pulak....




XOXO,
Ezna 

 

12 comments:

  1. Memang payah nak move on kan kalau suatu ketika nya classmates, roommates, lectures semua best2 kan. All the best buat Dania dalam semua urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya semuanya best. Rezeki anak la masa tu dapat semua yang baik2....Alhamdulilah. Nak move on tu payah sikit la....

      Terima kasih atas doanya. Aamiin.

      Delete
  2. Memang seronok tengok anak-anak di Asasi Sains Pertanian di UPM, mereka explore macam-macam. Anak saya juga xasper, sekarang dah di tahun 3.

    ReplyDelete
  3. hahhaha..jaga-jaga anda sedang diperhatikan.

    kat TikTok ammi pun sama, ada cikgu-cikgu sekolah anak yang follow. Follow mungkin sbb dia pun save nama kita kat phone. Malu pulak nak post apa-apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha jaga2 ammi pun diperhatikan...hehe....alah post yang baik2 ajer kita ni. Bukan yang mengarut pun. Kalau post dok berjoget-joget tu memang patut malu ammi. Kalau post biasa ok je.

      Delete
  4. Banyak juga kegiatan adik Dania, kegiatan yang menyenangkan,walaupun lelah, tapi kalau dilakukan dengan iklas, hatipun pasti senang,pa lagi dapat uang hasil kerja kerasnyaπŸ‘.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kadang-kadang lelah, capek....tapi kita kena terus berusaha kan?. :)

      Delete
  5. hehhehe terasa mcm u plak yg study bersama2 dania ;) sbb u sgt deeply involved kan. rare tau parents gini.tabik laaaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah lah you. I pun rasa...tapi tu la I involved sebab I free jer....so ok lah....

      Delete
  6. Saya tak yakin pula mama saya kenal class mates apalagi lecturer saya zaman kuliah 🀣🀣. Mungkin di mana saya kuliah pun mama tak ingat πŸ˜„. Memang best kak ezna ini. Sangaaaat involved dengan kegiatan kuliah Dania ❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama kakak pun tak kenal. Haha...kalau kuliah di mana mama mesti ingatlah. Kakak free jadi kakak join sekali. :)

      Delete