Saya dapat info tentang Future Fest ni melalui IG Course Dania jadi saya kata why not kami pergi supaya Dania nampak line dia dan dapat meneroka dengan lebih mendalam dalam bidang Pertanian ni. Kami pun pergi la ke Pulau Carey ni.
Prof Dr. Loh Tech Chwen juga pernah berkata :
Dekan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Loh Teck Chwen berkata, pertanian sebenarnya mempunyai bidang yang luas merangkumi komoditi perladangan, ternakan, akuakultur dan perniagaan tani.
Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang makanan aditif haiwan dan pemakanan haiwan berkata, bahan mentah ternakan antaranya ayam iaitu jagung dan kacang soya adalah 95% diimport dan berpandangan pengusaha perlu meneroka pilihan sumber bahan mentah yang ada dalam negara.
“Kita sebenarnya mempunyai pelbagai hasil sampingan pertanian dan salah satu daripadanya saya lihat iaitu hampas sawit, namun kita bukan bertujuan menggantikan terus penggunaan jagung atau kacang soya kerana kandungan gentian terlalu tinggi dan tidak begitu sesuai untuk haiwan ternakan.
“Namun kita boleh menggunakan sebahagian hampas sawit sebanyak 5 peratus untuk mengurangkan kos pengimportan dan penggunaan hampas kelapa sawit kepada ternakan mahu diperluaskan, kualiti hampas tersebut dari segi nutrien perlu dipertingkatkan,” katanya.
***Petikan dari facebook Universiti Putra Malaysia
Rupa-rupanya hampas sawit juga boleh digunakan sebagai makanan kepada haiwan ternakan....
Ini dia banner event yang kami sekeluarga pergi.
Boleh tahan ke dalam juga tempatnya ni. Nasib baik ada papan tanda besar ni. Luas sebenarnya ladang kelapa sawit ni siap ada kilang pemprosesan kelapa sawit Sime Darby kat sini.
Bila daftar tu dapat la 3 kupon untuk pembelian di food truck.
Dalam goodie bag dapat juga buku nota dan pen yang cantik ni. Serius cantik la pen ni ala ala pen mahal kat kedai tu yang kita boleh engrave nama.
Kena parking kat sini.
Shuttle akan membawa pengunjung masuk ke tempat event.
Ada demonstrasi membuat sabun.
Ada juga bahagian HR bercakap dengan Dania tentang peluang pekerjaan di Sime Darby Plantation. Sebenarnya memang ini tujuan utama saya datang sini supaya Dania dapat info tentang bidang pertanian ni. Biar Dania dapat gambaran meluas tentang bidang yang Dania bakal ceburi bila lepas graduasi. Lambat lagi la tapi sekurang-kurangnya kita bersedia dari awal kan?. Akak HR ni ingat Dania nak cari tempat intern tapi saya cakap la yang Dania baru je masuk ijazah ni. Baru Sem 1. 😅. Saya ada tanya jugak candidates bagaimana yang Sime Darby cari....dan adakah keperluan bahasa asing diperlukan untuk masuk ke Sime Darby....
Kakak HR ni cakap Dania mungkin sesuai di Bahagian R&D (Research & Development) atau Guthrie Agri Bio. Guthrie dan Sime Darby ni mungkin dah merge sebab dikatakan company yang sama juga.
Dania dengan drone yang digunakan untuk pembajaan di ladang kelapa sawit.
Dah canggih dah pertanian sekarang ni dengan penggunaan alatan canggih untuk membantu di ladang. Besar juga drone untuk membaja ni. Saya tanya juga apakah qualification yang perlu kalau nak terbangkan drone?. Staff Sime Darby ni kata kena ambil course untuk menerbangkan drone ni. Kena ada sijil. Bukan main terbangkan ajer ya.
Di ladang juga drone digunakan untuk mengawasi makhluk / serangga perosak, memantau kesihatan tanaman, membuat analisa tanah. Kalau di ladang ternakan pula boleh memantau ternakan yang sakit, mengambil gambar dari udara, pengurusan di ladang etc.....Banyak kegunaan drone ni sebenarnya.
Di sini, nampak tak rumah kecik tu?.
Rumah ni menempatkan si Tyto Alba iaitu sejenis burung hantu.
Comel je burung hantu ni tengah tidur. Burung ni akan bekerja di waktu malam untuk memakan tikus. Tikus ni pulak tak boleh dibiarkan berleluasa kerana ia memakan biji kelapa sawit. Jadi rosak la nanti kelapa sawit. Malam nanti burung hantu ini akan dilepaskan. Ada seorang budak ketuk-ketuk rumah ni sampai burung ni terjaga. Lepas tu saya tanya budak tu.....suara lembut ya....kalau adik tidur dan ada orang buat bising adik terjaga dan marah tak? Budak tu angguk...tu je soalan saya 😅. Lepas tu budak tu tak ketuk-ketuk dah rumah burung hantu ni. Mungkin faham maksud saya.....😀
Ini adalah cara untuk kawalan haiwan perosak secara biologi untuk mengurangkan populasi tikus kat ladang ni.
Ini pula buah kelapa sawit yang belum masak, masak dan yang terlebih masak.
Tahukah anda yang penduduk di Afrika akan memakan buah kelapa sawit ni selepas mereka menuai?. Dikatakan rasanya seakan buah avokado.
Tumbuhan ini pula akan ditanam di ladang kelapa sawit supaya ulat-ulat akan berkumpul di sini dan bukan di pokok kelapa sawit supaya tidak merosakkan kualiti pokok kelapa sawit. Dania pun explain la kat ummi yang tanaman ni sebenarnya nak kacau deria bau serangga / haiwan perosak kelapa sawit. Jadinya takde la serangga / haiwan merosakkan tanaman kelapa sawit. Ini pun belajar untuk subjek pertanian masa asasi sem 1.
Ini pula buah sawit yang telah diambil biji kelapa sawit.
Ini pula contoh2 kelapa sawit dari mentah menjadi begini....
Ada juga bau yang kurang menyenangkan diantara 3 cecair kelapa sawit di bawah. Kuat betul baunya.
Tengok....dah makin canggih kat Sime Darby Plantation ni ada pusat untuk robotik. Bila dunia dah makin canggih akan ada Artificial Intelligence ni....
Prototaip mesin untuk menyuntik cecair kimia tahap 1 (yang boleh membawa kematian kepada manusia) untuk kawalan haiwan perosak ke dalam batang pokok kelapa sawit. Jenis Kubota. Saya tahu sebab bercakap dengan Executive muda yang grad lulusan UTP dalam Chemical Engineering. Ada la dia bagi tahu info supaya Dania buat apa nanti...terima kasih Dayana.
Ada few machine juga kat sini.
Saya tak tahu kegunaan robot ini tapi bergerak je ni.
Saya rasa ni laser nak menentukan tahap masaknya buah kelapa sawit.
Ada tak macam Jarvis dalam movie Iron Man?. Ada dalam movie Iron Man yang tolong Iron Man buat costume dia.
Ni lah Robotic Arm tu.
Ni lagi satu....
Pertanian di masa hadapan dengan bantuan mesin dan robot.
Dengan bantuan mesin dan robot ni dapat mempercepatkan pengeluaran hasil. Kalau menggunakan tenaga manusia ni akan mengambil masa yang lama.
Bila masuk kat ruang pameran ada varieti buah kelapa sawit. 3 ni diantaranya iaitu Dura, Pisifera dan Tenera hasil penyelidikan di Sime Darby. Dania kata dah belajar pasal jenis kelapa sawit ni masa sem 1 asasi untuk subjek Pertanian oleh Sir Faez. Boleh Dania tanya ummi rasa Dura tu jantan ke betina? Kalau ikut nama macam betina. Betul...Dura ialah induk kelapa sawit betina. Manakala Pisifera ialah induk kelapa sawit jantan. Tenera tu ialah kacukan diantara Dura dan Pisifera.
Ada juga mereka yang berpakaian Star Wars. Darth Vader dan Storm Trooper. Bila tanya yang putih ni apa?....boleh menjawab Storm Trooper ni. Hehehe....
Bukan hanya costume Star Wars, tetapi juga costume Transformer. Mereka yang memakai costume ni kena masuk dalam balik memandangkan hujan renyai-renyai.
Saya rasa event macam ni amat bagus untuk Dania mendapat input yang berguna untuk mengetahui cabang atau bidang yang bakal diceburi atau nak intern di masa hadapan. Saya rasa kalaulah satu bilik Dania masa Asasi tu kerja kat sini pun sesuai.
Saya imagine...kalaulah mereka berenam bekerja di sini :
🌸 Corina : Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian - Boleh handle ladang ni dengan membantu dalam aspek pengurusan pekerja, mesin yang akan digunakan, manage jadual pengambilan kelapa sawit oleh lori untuk dihantar ke kilang.
🌸 Durrah : Bacelor Sains Haiwan dengan Kepujian - Boleh handle burung hantu Tyto Alba tu dalam aspek diet pemakanan yang sesuai, kesihatan burung ni dan mungkin boleh suggest juga membela ternakan lain seperti lembu untuk memakan rumpai di ladang supaya rumpai tidak cepat panjang. Selain tu boleh juga mendapat keuntungan dari hasil jualan lembu.
🌸Dania Yasmine : Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian - Menumpukan dalam aspek research untuk mengeluarkan hasil tanaman (kelapa sawit) yang baru yang tahan penyakit, cepat membesar....dan hasilnya berkualti tinggi, memastikan tanah yang terbaik untuk penanaman kelapa sawit dengan mengambil sample tanah untuk tujuan penyelidikan.
🌸 Elisha Hana : Bacelor Kejuruteraan Pertanian dengan Biosistem dengan Kepujian - handle bahagian mesin / robot yang digunakan untuk ladang kelapa sawit. Memastikan aspek keselamatan sebelum mesin / robot digunakan di ladang dan menyelenggara mesin / robot yang digunakan, mencipta robot / mesin untuk mempercepatkan proses pengambilan buah kelapa sawit dan seterusnya mempercepatkan proses penghantaran ke kilang pemprosesan.
🌸Azed Nurwafa Izati : Bacelor Kejuruteraan Awam dengan Kepujian - Memastikan bangunan atau fasiliti yang dibina kukuh dan berkualiti dan memberi idea untuk binaan yang sesuai dan selamat didirikan di kawasan ladang untuk pergerakan lancar pekerja di ladang.
🌸Nur Anisah Ayuni : Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dengan Kepujian - Memastikan jaringan komputer atau sistem yang digunakan berjalan lancar. Jika sistem SAP yang digunakan...akan memastikan sistem itu live dengan lancar tanpa sebarang masalah. Data perolehan penting dari organisasi juga disimpan dengan selamat.
Impian yang mungkin menjadi kenyataan. 😊
Bukan sahaja Dania mendapat manfaatnya tetapi juga memberi pengetahuan juga kepada saya dan suami tentang bidang perladangan ni, mesin yang digunakan etc. Buka lagi minda kami tentang sesuatu perkara. Kita kan belajar setiap hari. Ada je benda baru yang kita pelajari.
Hasil daripada kelapa sawit ni seperti minyak kelapa sawit, santan sawit, marjerin, mayonis, keju, aiskrim, boleh dijadikan vitamin E, coklat dan boleh juga dijadikan makanan seperti cendol sawit sebab menggunakan santan sawit.
Moga nanti aspek keterjaminan makanan di Malaysia akan dapat dicapai. Isu keterjaminan makanan ni memang kritikal sebab manusia perlu makan.....banyak faktor juga mempengaruhi isu ni seperti kemarau atau perubahan iklim ni....Jika kemarau berpanjangan....hasil dari ladang ada juga yang tak menjadi, pokok mati atau kurang berkualiti. Bila kurangnya hasil dari ladang...kurang pula nanti hasilnya dihantar ke kilang....bila kurangnya hasil ke kilang....tak dapat la nak menghantar ke pasar raya etc. Kurang la pula penawaran di pasaran. Bila kurangnya penawaran di pasaran....harga pula akan naik sebab permintaan > penawaran. Dah masuk aspek ekonomi pula.....
XOXO,
Ezna
good sharing kak. kelapa sawit pun ada jantina ye.
BalasPadampertanian ni bidang yang bagus untuk diceburi sebenarnya sebab ia sumber makanan dan manusia perlu makan walau canggih macamana pun dunia nanti. All the best Dania.
Ah ah ada jugak. Ya kelapa sawit juga menghasilkan makanan jadi penting untuk kita juga supaya keterjaminan makanan tu ada untuk kecukupan makanan rakyat Malaysia ni.
Padamyeaahh Ana anak Felda (sawit) hadir! hehehe
BalasPadamWahhhh....terima kasih sebab Ana hadir kat post ni :-)
Padamfuhhh very informative la ezz...jaw-dropping gitu. my area of research (masa phd dulu) ie undang2 utk plant variety so i boleh relate jugak la heheheh. i doakan impian u akan jadi kenyataan..utk dania especially...sgt2 bagus prospeknya tu!! Allahumma yassir
BalasPadamSebenarnya Suzz...untuk Sem 2 ni Dania kena belajar pasal business law jadi I akan suruh Dania baca paper you tulis untuk reference Dania. I suka bertanya dan I rasa I kena equip juga diri I dengan info terkini walau I duduk rumah....sebab Dania punya line pun banyak benda baru yang I tak tahu....Moga anak2 you Zharfan, Ariff dan Razeen dipermudahkan urusan pembelajarannya ya....thanks Suzz sebab mendoakan.... :)
PadamFirst time tengok drone besar tu!
BalasPadamItulah drone untuk letak baja kat pokok kelapa sawit UG.
PadamBaru kali ini liat drone sebesar itu 😍. Tapi memang lah yaa untuk diperbantukan di ladang kelapa sawit sebesar itu, tak mungkin pula drone kecil 😂.
BalasPadamMemang harus ada license utk terbangkan drone. Even drone kecil. Teman saya banyak yg punya dan pakai drone soalnya. Anak saya pernah punya, latihan pakai yg murah dulu sebelum beli yg mahal. Tapi sebentar saja bosan dia. Untung cuma yg murah 😅
Saya tak berani masuk ke ladang sawit kalo di Indonesia kak. Krn banyak yg pakai ular utk menjaga ladangnya dari hama dan pencuri sawit. Dilepas di ladang 😔. Seram jadinya.
Drone ni harganya bukannya murah ya Fanny. Kena ada license juga untuk terbangkan dan tak boleh juga terbang kat semua tempat. Kena ada kebenaran sebab takut drone pengintip yang terbang. Wahhh pakai ular?....huiiii kalau macam tu kakak pun takut.....
Padam