Khamis, Februari 29

Masjid Diraja tertua di Selangor dan Istana Bandar

Selepas ke event SD Plantation tu, kami berpeluang solat di Masjid Sultan Alaeddin. Lebih kurang 24.2km dari event tu. 

Masjid Diraja Sultan Alaeddin 

Kalau nak baca sejarah Masjid ni. Tulisan pun macam dah banyak yang terhakis. 


Masjid ni diantara masjid yang tertua di Selangor. Ia dibuka oleh Sultan Selangor ke 5 iaitu Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa pada tahun 1905.  
Menurut Wikipedia :
Masjid Alaeddin telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 24 Julai 1980. Ia juga didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada 2008 oleh Jabatan Warisan Negara.

Masjid ni seakan-akan berbumbung rendah. 


Ni nak tunjuk kalau nak masuk pintu ni...kalau yang tinggi sikit kena tunduk. 


Istana Bandar (Istana Alaeddin)

Dalam 200 meter dari Masjid, terletaknya Istana Bandar tempat bersemayamnya Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa selama 35 tahun. Istana ini pernah menjadi tempat keputeraan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah sebagai sultan ke tujuh Negeri Selangor Darul Ehsan.

Istana ini dikatakan mempunyai 15 bilik dan dibina dengan senibina Islam dari Timur Tengah dan India. 


Kat sini ramai pengantin tengah sibuk ambil gambar dalam 3-4 pasangan pengantin. Nak je saya cakap nak pinjam payung dan bunga tangan tu. Hehe....


Ni Dania punya turn pulak la. Kita akan melalui beberapa pintu macam belakang tu. 


Haaa ni pintu kat sini pulak. 


Haa ni pintu yang lain pulak. Bila masuk je pintu akan ada ruang lain dalam ni. Ada kawasan lapang berumput dan ada kawasan yang mempunyai ruang. 


Macam ni, kawasan ni lapang sahaja....


Kawasan ni macam ada pintu. Tak sure ni kawasan apa. Saya suka ukiran kayu kerawang kat bumbung berwarna putih tu. Nampak sangat klasik ukiran rumah lama. 


Ni di bahagian depan Istana. Saya tak terasa la nak masuk ke dalam istana ni. Faham-faham la kalau bangunan lama ni. Mesti ada yang dah menghuni. Kena kuat semangat la kalau nak masuk. Kalau ada anak-anak kecik kalau boleh elakkan la.... 

Dulu pernah sekali, masa Dania kecik pergi area mana entah....waktu malam la. Lepas tu dah tiba rumah Dania menangis. Kenapa ummi buat Dania?. Saya tak buat apa-apa pun masa tu. Lepas tu Dania tengok je saya....Jenuh nak suruh Dania berhenti menangis. Fuhhh seram jugak masa tu....jadi tempat-tempat lama macam ni saya elakkan la nak masuk. Luar dia mungkin berani lagi...


Ukiran kat tingkap belakang ni ala ala Inggeris pulak saya tengok atau mungkin pengaruh  dari Timur Tengah. 


Ini adalah pintu yang terakhir menuju ke bahagian hadapan Istana Bandar. Ni permandangan dari arah belakang. 


Ni pandangan hadapan pintu ni.


Ini adalah sejarah tentang Istana Bandar. Diantara yang ditulis di sini ialah bahan binaan Istana ini terdiri daripada kayu cengal dan batu marmar. Terdapat kolam di bahagian tengah istana. 

Istana ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah akta bendapurba Bilangan 168/1976 pada 24.07.1980


Bahagian hadapan Istana. Bayangkan istana ni pada zaman kegemilangannya di masa lampau. 


Bahagian sisi Istana Bandar.


Dua monumen lama dapat cover hari ini. Puas la kami berjalan...





XOXO,
Ezna











 

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum, pernah pergi masjid nie, memang cantik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Masjid ni unik sangat tapi dulunya dicat warna kuning.

      Padam
  2. cantik masjidnya...ada istana juga berdekatan ye...cantik utk pengantin bergmbr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Amy...cuma 200 meter je sebelah menyebelah je. Ambik gambar kat pekarangan ok la. Kalau kat dalam istana macam mistik pulak.

      Padam
  3. zaman gahnya heritage palace ni dulu mesti ramai hulubalang berjaga sambil pegang tombak kan... hahah terbayang cerita melayu dulu2 pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya masa menulis ni pun dok terbayang benda yang sama. Dengan dayang-dayang pun ada.....

      Padam
  4. cantik senibinanya
    sekali tgk mcm masjid kapitan keling
    kat penang tu

    BalasPadam
  5. Waaa menariknya ... Insyallah nak pergi juga lah..thanks for sharing :D

    BalasPadam
  6. kalau saya memang masuk istana sampai ke dalam. mana tau teleport ke zaman dulu kejap macam cerita Thailand tu (banyak sangat tengok TV) tapi kena make sure solat dulu kat masjid sebelah tu.haha

    BalasPadam
  7. Baguuuus, sayang saja temboknya dah agak menghitam di beberapa tempat ya kak. Banyak memang bangunan lama yg cat dah terkikis.

    Saya juga tak terlalu mau ajak anak ke tempat2 lama . Trakhir kali pas ke Jogja, kami stay di resort yg model vintage, dan anak2 sakit 2-2 nya. Padahal pas awal mereka sehat. Percaya tak percaya memang ada tempat yg ada penunggu kan. Terkadang suka buat demam anak2 kalo tak kuat.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...