Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, February 6

Terjumpa youtuber dikenali

Masa makan kat Ikhwan, Putrajaya...suami kata Fendi makan kat situ. Fendi ni dalam youtube Destinasi TV. Pernah juga menjadi seorang pelawak....haa yang ni saya tak ingat tapi pernah bergandingan dengan Shuk dalam Maharaja Lawak (Nama kumpulan : Balas). Menjadi hos Dapur Bujang di Unifi TV (boleh juga tonton di Youtube)  dan Air Tangan Chef di TV3. Saya rasa masuk Maharaja Lawak ni sebagai batu loncatan untuk berjaya di dalam bidang penyiaran.....rezeki.....

Apa lagi....minta suami bergambar la dengan Fendi. Hehe....orangnya kecik je sebab suami tinggi 176cm. 


Lagi gambar. Fendi makan dengan isterinya....cantik orangnya....


Kali ni pulak saya dan Dania berjalan dalam IOI City Mall. Tiba-tiba seseorang lalu tepi saya. Saya tersebut Abang Gan. Abang Gan pun berhenti. Saya minta nak ambil gambar. Saya kata suami tengok youtube Abang Gan. Hehe. Comel betul anak Abang Gan ni dengan potongan rambut camtu. Suami takde pulak masa ni rasanya tengah simpan barang kat kereta. 


Abang Gan ni berbangsa Cina dan fasih betul Bahasa Melayu. Dalam youtube Abang Gan boleh tengok Abang Gan cakap melayu. Pernah saya tengok episod Abang Gan review kereta di London kemudian cerita masa buat video call anak dia kat Malaysia kat tepi jalan, ada orang rampas handphone Abang Gan. Kena berhati-hati juga ya masa jalan-jalan kat sana. Ada pick pocket. Actually kat mana-mana pun kita kena berhati-hati. Abang Gan ni selalunya dalam youtube akan review kereta. Macam kat London tu pergi showroom Lamborghini dan Range Rover. 

Anak Abang Gan nak tiru peace Kak Dania....


 Kalau you alls ambik gambar jugak ke?.





XOXO,
Ezna

14 comments:

  1. I memang jenis penyegan so memang tak de la nak amik2 gmbr 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  2. wah...meriah bergambar dgn youtuber. kalau MA tgk org & tgk masa.. kalau peramah mcm ni.ok jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam peramah juga cumanya Fendi ni senyum je....Abang Gan tu nampak sempoi je.

      Delete
  3. Waaa seronok la terjumpa orang famous amous ni hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Famous di kalangan mereka yang tengok youtube mereka. Idak saya pun tak cam.

      Delete
  4. malu nak amik gambar...sekadar tengok2 ja dari tepi...kikiki

    ReplyDelete
  5. pernah tgk kt tv program dapor bujang tu...bab bergmbr tu tgk situasi juga tp kalo fav celebrity kita cuba la gigihkan jua nk bergmbr haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya semua pun ambik gambar tapi tengok jugak....kot muka dia masam....takut nak approach. Haha....

      Delete
  6. Gaaaa 🤣🤣🤣🤣🤣. Saya pemalu untuk urusan begini 😂😂. Tak berani nak minta foto hahahah. Terkadang ketemu artis2 Indonesia di mall yg besar, tapi itulah memang tak nak minta.

    Tapiiiii dulu saya kerja di HSBC bank kan. Saat masih awal2, masih jadi teller untuk priority customers, banyaak sangat artis terkenal yg datang ke bank. Dan mau tak mau harus serve mereka. Mostly sangat ramah. Itu enaknya jadi staff yg bertugas di priority segment, Krn banyak orang terkenal dan pejabat yg menjadi customers nya. Jadi bisa tatap muka dan bicara langsung 😁😄. Bahkan saya bisa akses ke nomor telephone mereka yg terdaftar. Tapi tak mungkin saya catat dan hubungi kan. Marah pula 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....kalau nampak BCL gimana?....tapi sebenarnya ya lah...kalau malu memang tak akan la ambil gambarnya kan?. Bicara langsung sahaja? Ada diambil fotonya juga?

      Delete
  7. mama saya cukup suka dgn fendi ni
    esp ms dia dgn Destinasi TV
    kdg dia mengekek sorang2 dgr celoteh fendi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fendi ni masa jumpa macam tak banyak sangat cakapnya.....isterinya cantik sangat.

      Delete