Sabtu, Februari 17

Char Kuey Teow Abang Sayang dan King's Nasi Ayam

Berdekatan dengan Hotel Casuarina @ Meru, ada Char Kuey Teow Abang Sayang dan King's Nasi Ayam cawangan Char Kuey Teow Abang Sayang. Fuhhhh panjangnya....

Dalam 600 meter je ke sini.  


Bergambar dulu sebelum makan ya....


Otak-otak ni ambik 5 je. Saje nak merasa sebelum makanan sampai. 


Luas juga tempat makan ni jadi selesa la. 


Kuey Teow kerang untuk hubby. 


Nasi ayam untuk saya dan Dania. 


Kerang ni mulanya saya tak nak sebab macam mahal 500g dalam RM20. Saya dah tolak tapi entah bila hubby order pun tak perasan tapi tiba-tiba datang kerang ni. Hubby tahu saya dan Dania suka kerang. Rezeki....alhamdulilah. 

 

So far rasa nasi ayam tu memang saya dan Dania kata sedap cuma Kuey Teow tu tekak suami nak yang macam Kuey Teow Joned kat Kedah. Mana nak samanya. 

Char Kuey Teow Abang Sayang :
No. 25, Jalan Meru Bestari A14,
Medan Meru Bistari,
Ipoh Perak 





XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. Terliur kerang tuuu🤤🤤🤤

    BalasPadam
  2. awww..mahal pun suami akak tak kisah asalkan isteri dan anak dia happy. Insha Allah lagi murah rezeki nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga murah rezeki suami....akak rasa mahal sebenarnya....lepas tu kata tak payahlah walaupun suka.....

      Padam
  3. char kuey teow ni kadang tak semua tempat sedap..kadang sos die tu terlebih manis kan. apa-apa pun yang penting kenyang..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. CKT ni macam2 versi juga jadi ada yang kena dengan tekak, ada yang tak kena....ya ayat last tu paling setuju...Hehe

      Padam
  4. kalau SA la kan..otak- otak tu memang habis 10 pcs..hahaha..fav tu..kerang rebus tu alahai..sedapnya...lama x makan..kadang dapat kerang yang x fresh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap otak-otaknya SA. Memandangkan jap lagi makan nasi pulak....jadi ambik 5 je. Kerang ni kalau tak fresh memang tak makan dah....nasib baik kerang ni ok.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...