Kami datang ni sedang elok je food truck baru buka. Sepatutnya dia buka jam 2.30 petang tetapi bila ada hal tu yang drag sikit membawa ke pukul 4 petang tu. Jadinya kat meja kat sini kosong la. Kami merasmikannya. Syoknya kami paling awal. Haha...tak lama lepas tu orang start datang dan tapau.
Makan pau dulu la lapik perut. Kot la lambat lagi tibanya laksa kan....dalam ni ada pau kacang, pau kaya dan pau kelapa. Bukak sikit dulu sebab saya dan Dania tak suka pau kacang. Hubby je yang suka pau kacang. Nampak dah kacang kita asingkan untuk hubby. Haha...
Kat atas meja pun ada nasi lemak dan bihun goreng.
Datang pula cendol tapai. Tapai untuk saya dan hubby.
Dania order cendol pulut.
Laksa untuk saya dan Dania tapi Dania buang cili api tu letak dalam bekas pau tadi.
Bihun Jun ni memang tersedia atas meja je. Ada juga nasi lemak Jun.
Masa pergi rumah adik kat Kelana Jaya tu memang ada dia bagi macam-macam makanan. Rupanya Grab hantar rumah dia. Gambar dengan dia as usual tak ada ya sebab pemalu orangnya. Kalau event kahwin boleh la ambik gambar. Hehe. Kakak dia ni yang sangat rajin ambik gambar sebenarnya.
Makanan yang adik bagi tu simpan untuk makan malam kami. Alhamdulilah. Nanti sambung next post makanan yang adik saya bagi kakak dia ni haa....Thanks adik!.
XOXO,
Ezna
Duh...itu cendol sepertinya seger sekali kalau disantap ya Mbak.
BalasPadamSaya memperhatikan foto laksa. Ternyata laksa disana beda sekali dengan laksa disini. Coba kapan-kapan saya mampir ke tukang laksa Mbak untuk perbandingan.
Salam,
Ini Laksa Utara. Terdapat banyak Laksa mengikut negeri di Malaysia. Mungkin laksa indonesia juga berbeda ya....terima kasih kerana mampir ke sini.
Padamsedapnya laksa...td igt nak p pasar malam..hunting laksa, tapi nya langit gelap je, balik lah rumah terus..sekali betul hujan lebat
BalasPadamKat sini hujan sekejap je Linda. Sekadar nak basahkan bumi lepas tu berhenti.
PadamSedapnya cendol & laksa tu 🤤
BalasPadamKombinasi ni memang terbaik. Kena je bila makan.
PadamMana gambar nasi lemak? 😂
BalasPadamNasi lemak masih berbungkus lagi sebab takde siapa yang makan nasi lemak. Tak boleh ambik gambar le.
Padampart dania buang cili dari laksa tu...sama mcm auntie suzi laaaa heheheh ;)
BalasPadamHehe....sama dengan Dania Aunty Suzi ya?....
PadamAlaaa... kecik nau mangkuk laksa dia!
BalasPadamKecik tu la uncle mangkuk dia dari dulu sampai sekarang. Makan laksa kat sini dari Dania kecik lagi.
PadamWak tergoda betul dengan cendol pulut tu.
BalasPadamLaksa tu wak tak heran sebab wak tak makan laksa
Oh...wak tak makan laksa....cendol pulut tu ya memang sedap la...
PadamSA suka laksa of course..sekarang mencari laksa yang mee dia laksa kering..x nak laksa basah biasa tu...
BalasPadamMee dia laksa kering....tak pernah tahu pulak tu SA.
PadamWah potong reben kedailah ye hihi...
BalasPadamSy suka bihun bungkus2 mcm ni, tak byk rencah tapi sedap je...
HAHA...nampaknya gitulah PH. Bila kami dah datang, start dah orang lain memenuhi tempat ni.
Padamwaduhhhh
BalasPadamsy dah lama craving laksa ni
tp x nak laksa dlm mall tu
asam laksa
nak laksa tepi jalan
warghhhh mana nak cariiiii
Tak berapa suka asam laksa tu sebab tu style nyonya kan....suka yang laksa utara...tapi kita ni banyak laksa....laksa johor ada, laksa pahang ada, laksa sarawak pun ada.
PadamAww semua nampak sedap sangat tu, lama tak makan cendol.
BalasPadamYa...ok lah rasanya....
Padamada laksa pasti slalunya ada cendol kan
BalasPadamMacam gang pulak laksa dan cendol ni.
PadamPanas-panas mencendol memang nikmat betul. Cendol ni kalau tak dengan rojak, dengan laksa peniaga jual.
BalasPadamFuhhh sekarang ni panas sangat kan cuaca....dah petang sikit redup la nak makan laksa ni. Ya kalau cendol dan rojak selalunya food truck mamak kan....
Padamsaya belum pernah jumpa cendol tapai biasa makan cuma cendol pulut..tapai pulut juga ye kak?
BalasPadamAgaknya lah tapai ni....tapi sedap jugak....
PadamMacam macam ada kat situ.. seronok juga tu.. Laksa cendol tu comey jer mangkuk dia :D
BalasPadamKalo saya memang bawang nya yg akan saya sisihkan, tak nak makan kalo bawang 🤣.
BalasPadamCendol tuh pastilah sedaap dan segar 😍😍. Saya suka semua jenis cendol. Nak pakai pulut, durian, tape, semua enak 😄👍