Seluruh bahagian Kerak Nasi dikatakan mempunyai khasiat ubatan dan mampu merawat penyakit berkaitan. Semua bahagian pokok ini dikatakan boleh direbus.
Daun dan akar kerak nasi direbus. Air rebusan untuk merawat penyakit berkaitan tulang seperti rheumatisme, demam panas yang berpanjangan, air yang bertakung dalam ginjal, mengeluarkan kekotoran selepas bersalin, tonik kelesuan dan keletihan....boleh juga melawaskan pembuangan air.
***Atas ni perlu juga nasihat dari doktor juga ya....mana la tahu kan.....
Bunga pula dijadikan pengharum rumah (macam saya buat tu lah).
Boleh rujuk info ni ya.
Selain daripada itu, bunga kesidang juga adalah salah satu bunga dari sembilan bunga yang digunakan untuk istiadat siram tabal Sultan Kedah. Selain bunga kesidang, bunga cempaka kuning, bunga melati, bunga melur, bunga lili, bunga mawar kuning, bunga kenanga dan bunga harum malam dan bunga kekwa. Istiadat ini adalah bersempena dengan pertabalan Sultan Kedah.
(Suzz Bunga Mawar kuning you tanam tu salah satu bunga dalam istiadat siram tabal).
Bunga ini akan dimasukkan ke dalam tempayan dan akan dicampur bersama dengan air mata air dan air zam-zam dan akan dikumpulkan di dalam 3 buah tempayan. Tempayan ini dinamakan Air Siram Taubat, Air Siram Selamat dan Air Siram Syukur.
Mengikut info di Malaysia Aktif :
Air mata air itu terdiri daripada air mata air dari Gunung Keriang (Alor Setar), Air Terjun Tupah (Kuala Muda), Ulu Riau Sedim (Kulim), Bukit Perangin (Kubang Pasu), Gunung Inas (Baling), Hutan Simpan Rimba Teloi (Sik), Air Terjun Seraya (Padang Terap), Telaga Tujuh, Padang Matsirat (Langkawi), Puteri Mandi Gunung Jerai (Yan), Bukit Ulu Jawi Relau (Bandar Baharu), Sungai Rambai Bukit Perak (Pendang) dan dari sebuah telaga di Kampung Budi, Mukim Lesong (Pokok Sena).
XOXO,
Ezna
1st time dgr nama bunga kesidang
BalasPadamYe ke Amy?. Bunga ni kalau masuk Pandu Puteri mesti tahu sebab nama kumpulan. Bau dia macam bau daun pandan.
Padamkita dlu pengakap ...mmg tktau
PadamOh Pengakap. Kita Pandu Puteri....
Padamjenuh nak guna Air Zam zam penuh 1 tempayan...
BalasPadamAda 3 tempayan tu campur2 dengan air mata air dan juga air zam zam.
Padambunga fav opah sy
BalasPadampantang jumpa
dia mesti petik
then letak dalam beg telekung dia
dia tak tanam pun bunga ni ms dia sihat
tp selalu petik kat rumah jiran
hahaha
satu lagi bunga melur dengan bunga kenanga
jumpa je mesti petik
bila sy selongkar beg telekung dia
mesti jumpa bunga2 yg dah kering
hahaha
Semua bunga yang diguna untuk siram tabal. Maknanya bunga2 ni wangi kan....ada orang dulu2 buat bedak sejuk campur dengan bunga kenanga jugak. Tujuan nak bagi bedak sejuk tu wangi.
PadamSedap bau bunga kesidang. beberapa tahun lalu waktu balik kampung, beli pokoknya dan tanam depan rumah Bonda. Bila berbunga, memang suka duduk dekat-dekat nak hidu baunya yang harum. Balik kampung tempoh hari, macam tak nampak pula pokok bunga kesidang depan rumah Bonda!
BalasPadamBunga kesidang ni memang bau dia harum. Boleh buat confuse waktu malam hari kalau orang tak tahu bau bunga apakah itu.....haaa bunga kesidang tu dah mati ke?
PadamBaru dengar namanya sekarang 😅. Tapi saya suka tanaman merambat macam ini. Jadi ingat rumah2 di London yg terkadang ada tanaman rambat di dinding. Cantiik kan 😍😄
BalasPadamYa kakak pernah juga nampak tanaman bunga ros penuh satu rumah. Rupanya bunga ros juga merambat juga. Kakak nampak di Switzerland.
PadamFirst time iena dengar tentang Bunga Kesidang ni. Iuh bau dia wangi macam bau daun pandan ye. Menarik ni. Boleh suruh mak tanam kat kampung
BalasPadamEntah-entah mak dah tanam bunga ni tak?. Bunga ni sekarang ni agak rare juga.....
PadamFirst time iena dengar tentang Bunga Kesidang ni. Iuh bau dia wangi macam bau daun pandan ye. Menarik ni. Boleh suruh mak tanam kat kampung
BalasPadamOwh wow!!! Cantik pula bunga kesidang nie bila tengok close-up. Suka tengok bentuk petals dia. Thank you for sharing this valuable knowledge.
BalasPadamBau dia wangi juga....
PadamSelalu nampak bunga ni memang cantik, dia bergayut2 gitu. Tapi first time tau nama dia 😆😆😆
BalasPadamAh ah nama dia panjang juga nak ingatnya....
PadamOhh wowo.....didn't know about this beautiful flower species untill reading here. Thanks so much for sharing about this. Cheers SiennyLovesDrawing
BalasPadam