Sebenarnya pada Hari Selasa 13 Februari 2024, sebelum Burung Dendang Selayang tu datang semalam....minggu yang sama masa hubby nak bagi makan ikan kat kolam ternampak anak Burung Gembala Kerbau ni di atas kolam ikan.
Hubby pun ambil sebab burung nampak macam confuse / lost / blur. Masa ni pun dah Maghrib. Suasana dah gelap kat luar. Mungkin juga burung ni dah tersesat dari kumpulannya. Hubby kata burung ni terbang rendah je dan tiba-tiba landing betul-betul depan kucing yang selalu datang rumah kami tu. Kucing tu tengok je. Kucing kan selalunya akan memburu. Kalau burung ni kadang dia buat main je. Hubby pun ambik bawak masuk dalam sangkar.
Muka burung ni garangnya....😅. Senyumlah sikit...Dania kata pandai ummi dia tengok kamera 😆. Lepas tu macam ala-ala cekak pinggang guna sayap dia tu...
Keesokkan paginya hubby keluarkan burung dari sangkar kemudian hubby kata ada seekor burung spesis yang sama memanggil burung ni lalu burung ni terbang rendah dan mendarat...terbang lagi dan mendarat. Macam tak boleh terbang long distance. Anak burung ni terbang ke arah ibu burung ni.....lama-lama hilang dari pandangan. Mesti ibu burung tu lega anak dia masih hidup kan?.
Dania kata burung ni datang sini sebab burung-burung lain cakap orang ni boleh selamatkan burung. Ye lah Dania....pepandai je....kalau ikutkan....masuk ni dah 4 jenis burung hubby bantu. Diantaranya ni Burung Gembala Kerbau, Burung Dendang Selayang (Burung Kunyit Besar), last year Burung Budgie (Budgerigar) yang kena gigit dengan kucing tu dan pernah juga Burung Cak Rumah.
Kisah burung Cak Rumah @ Burung Pipit Urasia ni digigit oleh kucing liar kat luar rumah. Hubby cepat2 selamatkan. Lepas tu burung Cak Rumah ni agak blur je masa masuk rumah. Terbang pun rendah je. Mungkin trauma kena gigit kan. Esoknya baru hubby lepaskan. Bagi tenang-tenang dulu. Haha....bukan manusia je kena tenang. Burung pun kena juga.
Mungkin usaha manusia ni nampak kecik je tapi besar pada mata burung-burung ni. Apatah lagi burung-burung ni bertasbih juga kepada Allah.
Dinyatakan di dalam surah al-Isra ayat 44, “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih kepada Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”
Kalaulah kita faham tasbih mereka mau terkejut kita nanti ya....
Ada kajian dari para saintis yang membuktikan bahawa tumbuhan pun mengeluarkan gelombang ultrasonik. :
Agensi berita Tariq pernah melaporkan bahawa sekumpulan saintis Amerika Syarikat telah berjaya menemui bahawa sesetengah tumbuhan tropika mengeluarkan gelombang ultrasonik yang telah berjaya dirakamkan menerusi getaran.
Selepas tiga tahun penyelidikan dan kajian dilakukan untuk menterjemahkan gelombang ultrasonik dan getaran itu hingga ia bertukar menjadi gelombang elektrik yang boleh dilihat. Gelombang cahaya elektrik itu sentiasa aktif dan berulang-ulang 100 kali setiap saat. Frekuensi ultrasound bertukar menjadi cahaya elektrik dan terpapar di skrin peralatan yang merakamkan gelombang pokok-pokok itu. Sejak itu saintis percaya bahawa tumbuh-tumbuhan boleh mengeluarkan bunyi akustik. Mereka berjaya membuktikan bahawa set di dalam setiap DNA bergetar dan menghasilkan bunyi yang tidak difahami oleh manusia.
Info selanjutnya di sini
Jadi, kita kena berbuat baik bukan sahaja kepada manusia...tetapi juga kepada semua makhluk di bumi ni..seperti flora dan fauna 😊
XOXO,Ezna
selalunya macam tu la..haiwan kenal orang yang baik-baik
BalasPadamMoga burung-burung tu selamat di mana sahaja berada.
Padamkdg2 instinct binatang ni tau yg kita jenis sayang kepada binatang
BalasPadamTapi kalau kucing ni yang takut pun dia datang gesel2. Hehe....
PadamTerima kasih kongsi semuanya. Arwah ayah pun pesan dulu buat baik pada semua makhluk Allah.
BalasPadamYa lah garang pulak muka burung tu hehe.
Garang kan?. Anak burung je ni tapi kemain dia cekak sayap (macam cekak pinggang). hehehe
Padamjust risau kalau nampak dek kucing je..jadi lauk nanti...harap selamat la burung ni
BalasPadamYa kucing ni notty...kalau tak makan pun dia buat main-main je.
PadamCuya rindu pets Cuya kucing dgn ayam
BalasPadamsekarang binatang tknk jenguk pon rumah Cuya. agak dia tahu Cuya sibuk tk dpt jaga diorang.. huhu
Cute je ayat Cuya. Takpe binatang tu bila time Cuya tak busy depa jenguk ya?. Hehe
Padamhahaha. comel je ayat Dania. burung pun ada media sosial dia sendiri tau. sis dengan suami dah viral kalangan mereka
BalasPadamHaha...kalaulah betul ye tak....takpe kalau ada burung lain....kita share sini....hehehe
Padam