Isnin, Februari 19

Ustazah main cak cak....

Ada sekali tu saya dapat message ni kat telegram saya. Bila nama tertera tu Ustazah kat Sek Men Dania jadi saya pun balas la balik walaupun musykil kenapa Ustazah letak gambar anjing.....

Sekali....bila dah balas, dia letak pulak link kat situ suruh click. Saya dah mula rasa lain. Kalau kita balas macam tu takkan tetiba je suruh click link. Saya dah tak balas dah. 


Saya ada tanya kat Ustazah Hanani pasal telegram tu dan Ustazah Hanani bagitau semua kit pempelajaran yang disimpan di telegram habis hilang sebab kena hacked. Saya tak puas hati lagi lalu saya tanya satu soalan kat Ustazah. Tak boleh la cerita sini sebab takut scammer pun baca. Jadi ustazah lulus apa yang ditanya. Sah la saya berwhatsapp dengan ustazah yang sebenar bukannya scammer/penyamar. Tapi Ustazah tu kata rasa sedih Puan Ezna dah tak kenal beliau dah. Bukan macam tu....saya kena pastikan Ustazah ni bukan scammer. Terbuktilah ini Ustazah yang sebenar bukan 'Ustazah yang main cak cak' macam atas tu..... 

Moral of the story jangan click link yang diberikan ya....ingat senang-senang ke kita nak dapat duit?. Scammer memang senang je la....tipu-tipu lepas tu kaya. Kaya duit tak berkat. Kononnya 'Ustazah' ni tak lama lepas tu dia delete account kat Telegram. Masa saya screenshot dia dah delete account. Now....nampak ada balik account dengan nama Ustazah ni.....





XOXO,
Ezna

 

17 ulasan:

  1. telegram memang sgt senang kena hack...hrp2 kita tak jd mangsa laaa..i jrg guna telegram tp ada lah akaunnya sbb sek razeen guna telegram sbg medium komunikasi dan penyampaian apa2 info

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun banyak guna whatsapp ajer. Tele jarang sangat. Ohhh sebab sek Razeen guna telegram...tu yang you guna tu....

      Padam
  2. Kawan pejabat ada yang hilang RM400 kerana Telegram sebegini puan. Kesian sangat, dahlah lambat lagi nak gaji. Kami semua simpati.

    Saya baru pertama kali sampai sini, salam perkenalan. Saya follow puan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke? Kesiannya. RM400 pun macam-macam boleh buat. Moga kita semua berhati-hati jangan click link yang mencurigakan.

      Terima kasih. Sampai dah kat sini.... :) Terima kasih sebab follow.

      Padam
  3. Balasan
    1. Entahlah UG mungkin juga sebab saya pun pernah di add dalam group melabur apa entah....jadi kena setting kat telegram tu supaya sesiapa tak boleh add kita dalam group tidak dikenali.

      Padam
  4. Balasan
    1. Ya nasib baik boleh fikir lagi masa tu. Alhamdulilah....

      Padam
  5. bab link2 nie..mmg linda jrg nak tekan pun..risau...dekat mak ayah pun pesan, jgn tekan apa2 link..kalau nk mohon bantuan pun...masuk lah laman web yang official...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Bukan main tekan je nanti entah mana-mana perginya nanti. Berhati-hati....

      Padam
  6. saya harap lah akaun saya tak kena hack. saya suka guna telegram untuk tengok movie dan transfer gambar. tak pecah berbanding whatsapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya gambar kat telegram cantik dan tak pecah tu setuju. Boleh setting kat telegram supaya tak siapa boleh add kita.

      Padam
  7. Lately mmg muncul je mesej pelik² dari rakan² di Tele. Tetiba je join Tele katanya, lepas tu mcm² link la muncul....bantuan rahmah la, Madani la ... Mudah-mudahan kita terpelihara dr kejahatan mereka yg sebegini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kalau macam tu kita tahulah kita masuk entah group apa-apa entah....cuba bayangkan seseorang yang kita kenal tiba-tiba minta bantuan pulak. Kita pun mesti ingat orang yang kita kenal kan? Macam-macam taktik mereka ni PH. Moga kita terhindar dari scammer ni...

      Padam
  8. Tak salah kalo kita nak tes dia benar orang yang kita kenal atau tak kan. Saya pun kalo ada teman yg ganti nomor, saya tes dulu dengan pertanyaan yg hanya teman saya yg tahu. Kalo misal dia scammer kan bahaya kita percaya gitu saja.

    Tapi memang segala jenis link yg dikirim ke medsos atau telegram atau WA saya dah malas nak klik. Telegram ini memang mudah sangat disusupi scammer rasanya. Rasa tak aman pakai tele.

    BalasPadam
  9. SA x aktif kat telegram...senang sangat akaun telegram tu kena hack..

    BalasPadam
  10. SC penah ckp, telegram ni tak sama dgn WA
    walaupun dah delete tapi scammer masih boleh guna akaun kita
    nasihat SC masa mula2 download apps Telegram ni
    kalau ada notify suruh approved
    silalah ikut
    jgn ignored
    bkn telegram je
    mana2 apps pun sama
    tujuannya utk lindungi data kita

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...