Khamis, Februari 1

Final Exam hari ketiga dan Fettuccine

Kalau ada peperiksaan besar ni selalunya saya akan pastikan Dania makan dulu sebelum pergi exam. Hari ni saya masakkan pasta Fettuccine. Saya gorengkan ajer dan letak cendawan butang, brokoli, cili benggala 2 warna...merah dan kuning, udang dan atas tu garnish dengan daun sup kering.  Masak pun kena pastikan tak pedas sangat sebab nanti nak exam sakit perut pulak. 


Ni saya hantar Dania ke UPM. Ayah Dania walaupun cuti hari ni tapi pergi surau untuk solat zohor jadi takut lambat saya je la yang hantar. Tiba UPM seawal 30 minit sebelum peperiksaan yang dijadualkan jam 2.30 petang. 


Tunggu Dania berjalan dulu kat dalam bangunan Akademik A ni baru la saya bertolak balik. Lokasi exam nak kena check betul2 sebab kadang tak sama pun lokasi dengan kawan sekelas sebab mengikut apa yang pelajar daftarkan dalam website online UPM iaitu SMP (Sistem Maklumat Pelajar). Kadang dapat kumpulan kuliah yang lain terutamanya subjek wajib universiti. Kalau subjek course tu selalunya sama lokasi. 


Kat UPM ni belajar pun tak pakai buku. Guna lecture notes dalam talian je. Nak hantar assignment pun melalui Putra Blast juga. Kad metrik pun tak ada ya yang bercetak....online ajer jadinya bila nak masuk library scan online je. Jadinya bab buku ni dah boleh jimat kat situ sebab tak payah beli. Kalau dapat masuk UPM, adanya tablet tu penting sebabnya tak payah la bawa laptop yang agak berat tu tapi kalau ada laptop tu sahaja pun boleh. 

Moga Dania dapat menjawab soalan dengan mengikut skima pemarkahan dengan tepat. 





XOXO,
Ezna

14 ulasan:

  1. moga dania dpt menjawab dgn tenang & tepat....aamiin...

    BalasPadam
  2. Sedapnyaa....semoga lulus yaa...

    BalasPadam
  3. Betul lah tu eh.. guna lecturer notes dalam talian. Senang kalau ke mana-mana ada kesempatan buka je notes.
    Saya dok bising kat Rahimi balik study week tapi tak nampak pun buku yang dibawa. Katanya notes online. Haishhh... ibu nya dok era angkut buku tebal2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya zaman kita buku tebal2 tu haaa angkut la mana-mana. Zaman la ni kat mana2 boleh ekses nota tu.

      Padam
  4. Semoga dibuka mindanya untuk menjawab soalan2 peperiksaan.

    BalasPadam
  5. Bittawfeeq wannajah utk dania🌹

    BalasPadam
  6. semoga daqpat menjawab dengan baik.. ameeennnnnn

    BalasPadam
  7. Sekarang ini semua serba online ya kak 😄. Gampang dan praktis jadinya . Teringat zaman saya kuliah di sana, masih banyak manual lah. Rasanya memang walopun internet dah ada, tapi apa2 masih blm digital

    Semoga Dania dilancarkan ujiannya yaaa, dapat hasil yg bagus

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...