Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, February 6

Rezeki dari adik dan Vivo Pizza

Hari tu, adik saya dah minta suruh pick up ni kat rumah. Ada serunding bilis dan Jun's Legend Tart. Sebenarnya tat dari Jun ni saya dah makan dari saya kecik lagi sebab arwah papa selalu beli tat ni. Bila adik kata nak bagi tat ni terus mengimbau kenangan dulu-dulu. Tat ni dulu pun masuk kat dalam bekas plastik warna pink macam ni. Exactly the same. Tak berubah langsung. Thanks adik....bila adik bagi ni saya balas balik pisang goreng beli kat food court Presint 9, Putrajaya. Kebetulan makan kat Dapur Sarawak, Putrajaya kan....


Lepas keluar je daripada rumah adik, Dania kata teringin nak makan Pizza yang aunty dia ni ada bagi sebelum ni. Vivo Pizza ni tak semua tempat ada tapi kebetulan pula ada kat Paradigm Mall berdekatan dengan rumah adik. Alkisahnya Dania tengok youtube Padu Beb makan Pizza Parang kat Paya Rumput, Melaka. Lepas tu terus teringin nak makan pizza pulak....


Lengang je la dalam Vivo Pizza ni. 


Dapat juga voucher RM5 untuk pembelian selepas ni. 


Saje nak ambik gambar passion kat belakang ni. Daripada tunggu pizza ni baik la jalan-jalan dalam Paradigm ni. Kami nak take away je. 


Cantik pulak set up kat sini. Pink sana sini. 


Kami order 2 pizza dan ini ialah Pizza Margherita size kecik. Doh pun nipis je. Ada 4 slice. 

 

Ini pula Hawaiian Pizza size sederhana dan doh dia tebal sikit....Pizza ni disertakan sekali dengan chilli flakes dan sos cili. Chilli flakes taruh banyak pun tak pedas pun....Ini ada 6 slice. Saya makan 2 slice (1 Margherita dan 1 Hawaiian) lepas tu kenyang dah.


Inilah rezeki kami hari ini....alhamdulilah...
Errr tak sampai rumah lagi dah dapat whatsapp dari adik yang bagi serunding dan tat nanas ni...Kekna makan ke kek lapis?. Dah order 2 box kek lapis Sarawak pulak. Haha.....Tu pun tanya 2 box cukup tak?....memang cukup sangat la.....alhamdulilah....coming soon....kek lapis Sarawak pulak 😁 . Rasanya adik saya ni order dengan adik iparnya kat Sarawak. 


***Hari ni Dania akan menghadapi Final Exam keempat iaitu paper Introduction For Malaysian Agribusiness System. Kiranya last paper untuk Semester 1 ni. Moga anak ummi diberikan ilham dan dapat menjawab dengan tepat mengikut skima pemarkahan. 





XOXO,
Ezna

11 comments:

  1. kt vivo pizza pernah skali mkn pizzanya ...besar juga outlet vivo pizza kt paradigm mall tu...outlet kt aeon mall shah alam kecik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk ni dah 2 kali makan....sedap juga pizza dia. Outlet kat Paradigm ni cam ala ala sama je macam outlet Pizza Hut tu cuma besar sikit ya dari Shah Alam tu?

      Delete
  2. all the best dania utk final paper tu!! insya Allah boleh tu, maintain dean's list :)

    ReplyDelete
  3. Saya suka pizza kerak nipis. Sedap!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan Vivo Pizza ni...Sejak Kes boikot boikot ni, lama jugak tak makan Pizza..Baru perasan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke?. Pizza ni tak termasuk dalam orang boikot macam Pizza Hu* tu.

      Delete
  5. Tertarik juga vivo pizza ini. Anak saya memang sukaaa sangat pizza. Tapi sejak saya tak nak beli pizza yg mensupport negara maling itu, jadi memang tak ada lagi pesan pizza. Sebenernya ada pizza lokal yg tak support, rasa pun sedap. Tapi lokasi jauh2 🤣. Harus tunggu suami ada waktu luang dulu baru bisa kesana 😁

    Serunding bilisnya, lapeeer saya lihat 😅🤤. Mana lagi puasa pula 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Fanny juga boikot ya?. Kena cari Pizza lokal la kalau macam itu Fanny. Kalau lokasinya jauh kena guna penghantar makanan....

      Delete
  6. slelau je nampak vivo pizza ni
    tapi biasa laa
    lalu je
    singgah kemudian hahaha
    haaa boleh order kek butter Mita sekali tu
    skrg kan tgh viral kek Mita kat Kuching tu
    hahaha

    ReplyDelete