Pagi ni kami berkesempatan breakfast di tempat yang menarik kat atas bukit. Rendah sikit la daripada Cameron Highland tu.
Kat mana?
Kat Saudagar Nanas Agrofarm yang terletak di Lot 3000, Kg. Sg. merab Luar, 43000 Kajang, Selangor. Tak jauh la dari rumah kami ni.
Bergambar dulu sebelum makan ya.
Ada pula kuda kat sini. Nama dia Somuncu. Ni Bahasa Turki ni tapi kuda ni berasal dari New Zealand. Kuda ni pun pernah jalan area rumah saya.
Dania bab binatang ni memang sangat sukalah.
Ha tegap kemain. Ownernya siapa?. Ni dari GISB (Global Ikhwan Sdn Bhd) ni. GISB ni melebarkan sayap business ni dalam dan luar negara ya tanpa pinjaman bank. Hebat kan?. Masa saya pergi Perth....owner Restoran MyRasa ada bagitau suruh beli kat kedai daging Ikhwan ni kat Perth. Akhirnya kami tak sampai sini tapi kami beli kat tempat lain. Masa tu kami nak beli ayam/daging sebab saya masak-masak kat apartment kami sewa tu.
Nak baca percutian saya di Perth di sini ya.
Cantiknya meja ni. Dalam ni ditanam pokok-pokok.
Nak order kena beratur ya...kalau nak beli air nanas, buah nanas pun ada. Oh ya pastries berasaskan nanas pun ada kat dalam peti ais yang besar tu.
Benih Nanas MD2 ni pun ada dijual. Ni dipanggil sulur nanas. Saya ada beli ni sebab nak bagi kawan saya. Dia memang suka menanam. Nanas MD2 ni kalau makan tak akan rasa lidas (tajam kat lelangit).
Saje pilih tempat makan tepi ni. Cantik tak permandangan kat sini?.
Mulanya saya dan Dania nak order waffle tapi habis. Jadinya order lempeng kelapa ajer.
Ada buaian tinggi ni kalau nak ambik gambar. Cantik ok....
Kat tepi platform kayu ni. Boleh nampak pokok nanas saujana mata memandang.
Cantiknya awan....bagaikan gula-gula kapas.
Ni kat tengah pulak jadi boleh tengok permandangan dari tiga angle yang berbeza.
Bila nak balik, main dengan kuda lagi. Macam mana nak tahu kuda tu takut atau tidak?. Tengok kat telinga dia. Kalau telinganya ke belakang...maknanya kuda tu takut. Kalau telinga kuda ke depan maknanya kuda ni happy/selesa. Hubby pegang kat depan jadi kuda ni takut.
Ni penjaga kuda yang setia. Elok je berdiri belakang kuda ni. Jangan berani-berani berdiri belakang kuda ya sebab nanti kena tendang. Tendangan kuda sangat kuat ya.
Macam nak tempah je kuih raya kat sini terutamanya bahulu nanas.
Tengok la penanaman nanas kat sini....
Setiap jenis nanas akan ada tanda nama.
Cantik cuaca masa kami pergi ni...
insya-Allah akan repeat lagi. Kali ni nak makan pastries pulak. Jauh dari rumah kami cuma 3km ajer... 😊
Jom la ke sini...
XOXO,
Ezna
Uishhh menarik nya.. kenapa tak pernah tahu tmpt ni huhuu... Suka kuda tu..
BalasPadamKuda tu jadi tarikan pulak. Orang datang je pegang2 dia.
PadamFew times lalu tapi tak sempat nak singgah. Best ni. Banyak kali baca posting pasal Saudagar Nanas ni. Cantik view, food nampak sedap.
BalasPadamDulu tempatnya biasa je takde buaian tu, la ni dia dah buat cantik dah penambahbaikan. Orang pun masa datang dah kurang sikit berbanding dulu.
PadamNampak ada pembaharuan dan tarikan baru mcm kuda, buaian... Kami dtg dulu sekali sekadar cuci mata je, crowded sangat & que panjang berjela hihi
BalasPadamOh dulu memang ramai PH. Masa datang ni weekend juga tapi tengok la tak ramai sangat pun.
Padamcantik view kt buai tu dgn langit biru...nanas MD2 mmg sedap
BalasPadamNanas ni juga yang ditanam kat UPM. Sedap, kecik, manis nanas jenis ni.
PadamSubur elok nanasnya. Penggemar nanas mesti excited datang sini.
BalasPadamTak minat nanas pun sekadar nak rasa vibe kat sini pun boleh jugak BK.
Padambestnya tmpt ni! dan best laaa utk u sbb sgt dekat dgn rumah u heheheh i suka air nanas!
BalasPadamOh you suka eh nanas?. I minum air nanas jugak. Manis airnya tak rasa macam rasa gula....
Padamcantiknya permandangan. kuda pun segak, ckp makan ni. biasa tgk kurus je
BalasPadamKuda ni tegap je nampak. Mungkin penjaganya elok bagi makan.
PadamSuruh dania balik tunggang kuda tu terus... baru puas hati! hehehehe
BalasPadamSetakat pegang je reti UG. Nak naik kuda tak reti.
Padamingatkan lempeng tu ada nanas juga..
BalasPadamdulu rajin juga beli nanas pastu ammi freezekan buat letak dalam shake
Sama la ingatkan lempeng ni ada nanas tapi takde. Wahhh letak dalam shake tu sedap tu.
Padamsedap nya jus nanas tu...kadang2 beli nanas, rebus gitu je, buat air nanas...
BalasPadamYa sedap kan.....banyak khasiat jugak.
Padamcantik & menarik tempat ni.. view pun ... subhanallah
BalasPadamYa sangat cantik tempat ni MA.
Padamtakat 3 km tu boleh lah pinjam kuda sekejap. hehe.
BalasPadamHehehe...ye tak ye jugak tapi tak reti nak menunggangnya...
PadamSulur nanas yang muda boleh ditumis.
BalasPadamTeringat masa kecil arwah nenek tumis tambah dengan nanas muda. Sedap pedas² masam.
Haa ni first time dengar sulur nanas boleh ditumis. menarik jugak ni....
PadamSaya sukaaaa nenas. 😍. Kalo di sini nenas yg manis dan tak bikin lidah kebas itu nenas madu. Kalo dah jumpa nenas, saya suka kalap makannya 😄.
BalasPadamKalo tak nak kebas lidah, balurkan garam merata, tapi jgn banyak sangat, di badan nenas yg sudah dikupas kak. Saya tak pernah kebas kalo diletak garam. Memang tegap dan besar yaa kuda nya 😍👍. Saya agak takut dengan kuda, pegang bolehlah, tapi tak nak naik 😂. Takut dia berlari pula hahaha