Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, February 2

8 sebab kucing suka berguling

Mesti pernah nampak kan kucing yang tiba-tiba berguling kat depan kita. Apa tandanya tu? Bawah ni
kucing yang selalu datang rumah saya. Kemain manja sungguh dengan Dania. Kadang bila nampak saya dia senyap. Haha....Nampak Dania, dia mengada....sebab bila nampak saya kadang saya bising kata haa jangan dekat-dekat sebab saya penakut betul dengan kucing. Haha....
 


Ni lah 8 sebab kucing suka berguling-guling....


1. Rasa percaya kepada tuannya. 

Kucing akan mula berguling jika rasa percaya dan selesa dengan tuannya dan menunjukkan rasa sayang kepada tuannya. Lagi satu paling seram jika kucing bawa hasil buruannya. Pernah la kucing hitam ni bagi badan tupai, burung, belalang.....tau tau ada depan pintu je....


2. Menandakan kawasannya.

Kucing yang berguling bertindak untuk menandakan kawasannya iaitu menandakan aromanya di situ. Kucing lain....jangan berani-berani dekat ya....


3. Memberitahu bahawa dia bahagia.

Haaa jangan nak kacau-kacau kucing tengah berguling-guling tu. Itu tandanya kucing tengah bahagia tu...Hehe...


4. Menggaru bahagian tubuh yang gatal.

Oh....kucing juga berguling sebab badan dia gatal. Mana tahu ada kutu kat badannya kan....jadinya dia berguling-guling la nak kurangkan gatal tu. Macam manusia boleh menggaru....


5. Menghilangkan bau pada tubuh.

Kucing juga berguling sebab nak hilangkan bau yang tidak sedap pada tubuhnya. Kucing mempunyai deria bau yang lebih sensitif daripada manusia. 


6. Mengajak manusia bermain bersamanya. 

Kucing juga mungkin berguling kalau dia nak ajak manusia bermain bersamanya. Jadi kalau nampak kucing kita berguling tu mungkin kita boleh la main-main dengan kucing kita ya....


7. Menyejukkan badan pada hari panas. 

Pada musim panas, kucing akan berguling untuk membuatkan badannya sejuk terutama kat tempat yang sejuk seperti lantai. 


8. Menarik perhatian kucing lain.

Kucing juga memerlukan pasangan. Jika waktu kucing nak mengawan, dia akan berguling-guling untuk menarik perhatian kucing yang lain. Ala ala manja-manja la macam tu....😉

Jadi....dah tau la kan kenapa kucing suka berguling-guling tu.....





XOXO,
Ezna

15 comments:

  1. Biasanya kucing tu nak bermanja2🤩♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nak manja2 dengan tuannya. I kalau berguling boleh....kalau menggesel I jerit. Haha

      Delete
  2. kucing2 sy ni siap berguling atas sejadah masa sy solat lagi! Ya Ampun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh....time tu la kucing nak berguling pulak.....Macam mana nak khusyuk solat tu....

      Delete
  3. Kucing memang suka bermanja, macam kita.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. baca entry ni terus saya teringat drama Marry My Husband
    oyen dlm cerita tu asik tergolek2 je
    smpi ada yg komen
    kemain senang ko berlakon ya oyen?
    golek2 je dapat duit
    hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.......Kucing warna Oyen selalunya nakal la kan?. Entah berapa kali take untuk scene Oyen bergolek tu. Kena kerja keras Oyen tu. Haha....

      Delete
  5. kucing yg berguling aka tunjuk perut kat kita menunjukkan dia trust kita. sebab perut bahagian paling sensitif dia. so bila dia tunjuk perut dia maksudnya dia percaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Kucing ni trust Dania sebab bila Dania pegang perut dia je....ok je tak cakar ke apa.

      Delete
  6. Kalau dalam rumah, selalunya nak ajak bermanja. 😄

    ReplyDelete
  7. Saya susah nampak kucing berguling depan saya. Hehe maknanya dia tidak mahu main dengan saya.

    ReplyDelete
  8. sebenarnya miow ni sedang memujuk sis untuk memeluknya.. katanya begini, peluklah saya, jangan geli dengan saya,, saya xkan gigit atau cakar awak kalau awak baik dengan sayer.. :D

    ReplyDelete
  9. Memang, kucing saya pun begini 😄😄😍. Dah macam ulat bulu kalo mereka guling2 di lantai. Biasanya karena nak mendinginkan badan. Atau nak saya usap2 perut mereka. Suka sangat kalo dah diusap perut 🤣.

    Mereka lah obat stress saya tiap kali ada masalah. Rasanya kalo dah belai2 bulunya, macam hilang semua susah 🤗😍

    ReplyDelete