Selasa, Februari 20

Tasik Cermin bagaikan pantulan cermin? | Ipoh

Waktu kami kat Ipoh ni masa sebelum Check Out, kami nak ke satu tempat ni. Ke mana kita?
Kami ke Tasik Cermin. Tasik dikelilingi gunung batu kapur?. Menarik bunyinya kan....
Ni laluan masuk nak ke parking ni. Parking free ya. 


Tinggi jugak gunung ni....


Kat Ipoh Tasik Cermin 1 tu kita kena pergi untuk beli tiket. 


Kat kaunter tiket. 
Kena tunjuk kad pengenalan untuk mendapat harga warganegara Malaysia. 
RM4/pax. 


Kena lalu terowong bawah gunung batu kapur ni dalam 90 meter untuk ke Tasik Cermin. Laluan dalam ni macam basah. Ada titisan air keluar dari atas terowong ni. Masa lalu bawah ni macam-macam pulak saya fikir.....haishhh....😅.

Laluan ini adalah laluan asal Pelombong cina Hakka tahun 1900-an. Mereka menggunakan bahan letupan yang dikendalikan oleh tangan untuk meletupkan batu-batu. Guna tangan je you alls. Apa-apa hal meletup kat tangan naya...😮


Bila dah sampai ke Tasik Cermin....terpesona saya dengan keindahan alam semulajadi kat sini. 


Tasik ni dikelilingi gunung batu kapur. 


Kenapa pulak ia dinamakan Tasik Cermin ya?. 
Katanya akan ada pantulan di tasik kerana airnya sangat jernih. Masa kami pergi tu tak nampak pulak dasarnya. 


Nak ambik gambar Dania dengan pokok kat atas tu. Unik sebab dia tumbuh kat gunung batu kapur tu macam tergantung kat situ.  

Dalam pada tu ada signboard suruh berhati-hati jika ada batu atau ranting pokok yang jatuh. Part ni seram juga bila ada juga kes gunung batu kapur runtuh dan menghempap satu perkampungan. Satu perkampungan tu lenyap terus. Masa kecik-kecik saya ada dengar cerita ni jadi agak seram juga la nak pergi area gunung batu kapur ni. Berhati-hatilah ya.....

Mungkin link ni tragedi yang diceritakan kepada saya dulu. Saya pun tak lahir lagi masa ni. 


Bila tengok kat gunung batu kapur ni macam ada pantulan air dari Tasik Cermin. Macam cermin pulak rasanya. 


Cantik sangat permandangan kat Tasik Cermin ni. Kalau you alls yang appreciate nature kena datang dan tengok sendiri. Ada tasik semulajadi dalam ni dikelilingi gunung batu kapur. Ia terjadi secara semulajadi melalui aktiviti perlombongan di kawasan ini. 


Tak berapa nak nampak dasar Tasik Cermin ni. 


Cantik kawasan ni persis dalam cerita Kong kat Skull Island tu. 


Cantik terowong dalam ni. Gunung batu kapur kat sini terbentuk secara semulajadi beratus atau berjuta tahun dahulu. 


Kalau nak naik bot keliling sini pun boleh


Masa nak keluar ada pulak yang ni...Dania tanya kenapa pulak ada crocodile ni ummi?...Ummi kata hiasan je kot. Ke memang ada....entah la. Ummi pun tak tanya. 


Ni kami nak balik dah. Ambik gambar kat satu spot untuk posing dalam terowong laluan pejalan kaki ni. 


Ini adalah bijih besi. Boleh pegang lagi haa....Bijih besi tu buat jadi besi la kan?....ni tak proses lagi. 


Sejarah Terowong Pelombong. 


Ni kami dah keluar dah ni. Memang kawasan pergunungan batu kapur kat sini. Ada juga kawasan berdekatan yang dijadikan kuari. Mereka meletupkan gunung. Lama-lama tak ada gunung dah. 


Bye....Tasik Cermin. Keindahan alam yang memukau. Berbaloi pergi sini sebab harga tiket pun murah. Parking pun free ajer. 


Kami pun menuju ke Hotel balik sebab nak bersiap untuk check out. 1 tempat je boleh cover pagi ni. 






XOXO,
Ezna



 

20 ulasan:

  1. subhanallah..memang cantik. looking forward gak nak ke sini kalau ke ipoh but x tau la bila nak gi nya.. he he he...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Sampai dah kak ezna... Linda niat je.. Sampai belum lagi... Hahaha..

    BalasPadam
  3. Tak pernah tahu pula ada tasik ni di Ipoh. Mungkin bila2 boleh singgah kalau ke Ipoh kerana menarik juga tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada...tasiknya dikelilingi gunung batu kapur. Terjadi secara semulajadi dari aktiviti perlombongan di sini.

      Padam
  4. Indah sekali pemandangan di tasik ini, Mbak.
    Dikelilingi oleh gunung batu kapur yang tinggi, ada terowong juga dengan bebatuan yang tajam.
    Tentunya akan senang berkunjung ka Tasik Cermin bersama keluarga seperti yang saya lihat dari foto-foto diatas.

    Salam kenal dan salam persahabatan dari saya di Sukabumi, west java, INA

    ps. Tasik (bahasa Malaysia), disini disebut sebagai Danau (bahasa Indonesia) atau Telaga (bahasa Jawa) dan Situ (bahasa Sunda)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Permandangan di sini memang cantik. Salam perkenalan. Ya saya pernah ke Danau Toba, Bukittinggi, Padang, Bali dan Jakarta. :) Senang sekali dapat ke Indonesia.

      Terima kasih kerana menerangkan bahasa di dalam bahasa dielek Indonesia.

      Terima kasih kerana singgah di blog saya dan komen :)

      Padam
  5. Cantiknya view di Tasik Cermin ni ...
    Tak tahu pula cerita pasal perkampungan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH....bila dah lama dengar cerita pasal perkampungan ni jadi kita pun macam seram2 jugak la. Kat tempat batu jatuh tu jadi tempat persemadian mangsa-mangsa. Tidak dipecahkan pula bongkah batu yang besar tu. Memang besar agaknya dan zaman tu tak ada alat canggih kot.

      Padam
  6. oh dkt ipoh pn ada tasik cermin...aritu tgk kwn update tasik cermin dkt setia alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila try cari Tasik Cermin kat Setia Alam kena hiking sampai 6 jam baru jumpa Tasik Cermin kat Setia Alam tu Amy. Fuhhh jauhnya....tapi tempatnya cantiknya......ya Allah....

      Padam
  7. Semoga lah saya bisa kesana juga nanti. Gunung kapur ini selalu menarik di lihat. Beberapa tempat saya datangi yg ada gunung kapurnya, semua menarik 👍.

    Dengar cerita kakak tentang kampung yg hancur itu, kejadian sama pernah terjadi di Dieng , Wonosobo Jawa tengah. tapi THN 1955. Satu desa , namanya desa legetang hancur dalam semalam, tertimpa landslide. Semuanya tewas, Krn kejadiannya malam. Ada satu tugu dibangun di bekas desa tersebut. Utk tanda mengenang lah . Memang seram kalo baca kejadian seperti ini kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini info yang baru kakak dengar. Nanti kakak cuba cari beritanya. Oh tahun 1955 dah lama ni.

      Padam
  8. banyak kali ke Ipoh pun tak sampai lagi ke sini. cantik lengkuk terowong tu walaupun letup pakai tangan je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...pelombong dulu letup dengan letak letupan guna tangan je. Seriau dengarnya.

      Padam
  9. Ni kena masuk wishlist ni...SA kena tunggu Dania cuti panjang la nampaknya...pergi hari biasa ok kot sebab x ramai orang kan...

    BalasPadam
  10. rasanya boleh bilang dgn jari
    berapa banyak sy dtg ke ipoh ni
    teringin juga nak singgah sini
    nak tgk alam semulajadi yg ada
    asyik2 g bandar je
    sesekali tkr selera kannn

    BalasPadam
  11. Menarik sangat Tasik Cermin ni. Masa ke Ipoh dulu tak semeriah ni. Ditutup tak pasti sebab apa, nak access pun macam susah sebab laluan dia yang kurang dikunjungi orang. Sekarang dah banyak kemudahan, ada penambahbaikkan dan kena bayar kira berbaloi juga tu. Ada pameran lagi. Satu tarikan menarik di Ipoh. Kita ni banyak fikir kadang kan. Risau juga. Tapi itulah berhati-hati dimana saja berada.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Mel...