Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, February 16

Sweet surprise di Ipoh dan ziarah makcik

Tiba di Ipoh, kami check in di Casuarina @ Meru. Bandar Ipoh tu depan sikit je lagi. 


Kami booking bilik Superior tapi kami di'upgrade' ke bilik studio suite. Alhamdulilah. Harga kami bayar yang Superior ajer. Rezeki kami....
Katil bilik ni King. Depan katil ada TV.


Ada living hall. Kerusi tu pun boleh tidur kat situ. Memang selesa sangat. Apa yang saya perasan kat dalam bilik ni dan ruang luar hotel ni wangi. 


Nak buat air pun boleh. 


Bilik air dia memang luas. 


Shower sebelah sini. 


Ni kat sini pulak. 


Petangnya nak menziarah makcik saya. Saya panggil Wan Bibah. Kalau arwah suaminya saya panggil Ayah. 


Dania seronok dapat main dengan kucing Kak Aty sepupu saya. 


Kucing ni masa ni tengah mengintai luar. Walaupun hitam tapi comel. Nama dia Lucas. 


Ni sebelum balik ni saya berwefie dengan Wan Bibah. Time ni pulak Wan Bibah tanya Ena kerja ya?. Haha...Muka saya control nak gelak dah tu. 

Banyak kali dah Wan ulang perkataan sama dah tak seronok dah sekarang.....suami pun dah meninggal. Kakak ipar pun ramai yang dah meninggal. Ya lah makcik-makcik saya (adik beradik arwah mama) memang ramai dah yang meninggal. Kesian kan bila kita makin berusia kita akan rasa sunyi pula sebab seangkatan ramai yang 'dipanggil pulang'. Makcik saya ni kang speaking je. Almaklumlah cikgu Bahasa Inggeris. Hari tu pun masa hari 'ayah' meninggal....Wan Bibah ni speaking kat adik beradik saya dan semua yang hadir kat rumah. 

Makcik saya pun sekarang ni dah makin lupa. Mulanya Wan ingat Dania masih sekolah. Kemudian Dania kata dah masuk UPM. Tak lama kemudian Wan tanya lagi....kamu kerja kat mana?....udah Dania senyum je la. Nak kena faham juga mereka yang berusia dah sampai fasa pelupa ni. Tapi miracle nya ialah cerita lama semua Wan ingat. Wan masih ingat saya ni siapa cumanya macam Dania...Wan tak berapa nak ingat. Dah 80an dah Wan saya ni. 


Sebelum balik Kak Aty bagi beberapa pokok untuk ditanam kat rumah. 


Pokok yang ni Kak Aty kata dia saje tanam sebab apa? Akan ada satu spesis rama-rama yang hanya makan daun ni iaitu Monarch Butterfly. Monarch Butterfly hanya akan makan daun pokok Milkweed jadi sekarang ni spesis rama-rama ni dah makin pupus sebab mungkin daun ni pun dah tak banyak. Kak Aty kata dah beberapa cycle kehidupan ulat bulu rama-rama spesis ni yang kak Aty ambik. Wahhh nanti saya mintak Kak Aty....boleh tunjuk kat dalam blog ni. 


Ni daun apa tak ingat. Dekat 2 jam juga kami kat rumah Wan Bibah ni. 


Lepas tu kami balik ke hotel pulak. Ada nampak tanglung kat siling.


Ada mini library jugak berdekatan dengan lobi hotel. 


Dania nak explore la tu. 


Nak coffee ada station coffee kat sini. Ada kedai runcit jugak. 


Ruang menunggu dia luas. Anak siapalah sepah-sepahkan mainan ni?. 


Nak ambil buah epal hijau ni....silakan....complimentary. Ni laluan nak ke bilik kami. 


Dari bilik hotel kami boleh nampak Dataran ni punyalah happening. Ada food truck, ada kereta berlampu. Sekadar tengok dari Tingkat 10 bilik kami je lah. Dah tak daya nak turun jalan-jalan lagi sebab rasa mengantuk dah ni. 


Bilik hotel Casuarina @ Meru ni aircond dia memang sejuk....centralized pulak tu. 
Esok kami akan ke tempat yang menarik di Ipoh pulak sebelum balik ke rumah. Bersambung nanti....

Sebelum kami ke Hotel ni kami ada makan kat satu tempat.....post selepas ni ya....






XOXO,
Ezna

 

12 comments:

  1. Bilik hotel tu sgt spacious!!so nicee😍 U amik extra bed ker? Or memang ada 2 katil kat bilik tu? Bestnya dpt epal free tu🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ambik pun extra bed you. Ada orang tidur kat sofa depan tu je. Selesa juga. Epal tu je I ambik. Hehehe.....

      Delete
  2. puas hati bilik besar..
    dataran ipoh memang happening...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati. Booking bilik kecik daripada ni lepas tu hotel upgrade pulak. Rezeki. Alhamdulilah. Dataran tu lewat malam pun banyak kereta lagi.....

      Delete
  3. Replies
    1. Ah ah bila tiba2 dapat. Kita booking bilik kecik sikit.

      Delete
  4. bagus tu pi menziarahi mak sedara... mcm sy ni cuma tinggal sorang bapa sedara je. aunties n uncles yg lain dah pergi ke alam baqa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah....selagi masih ada kita panjangkan silaturrahim.

      Delete
  5. Rezeki dapat free upgrade. Ala, saya pun tumpang sedih baca luahan Wan Bibah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak seronok dah Wan saya....nak buat macam mana kan.....

      Delete
  6. luasnya halaman rumah...
    memanjang ke belakang
    sy suka rumah mcm ni...

    alahaiii
    sedih pula dgr luahan wan bibah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luas halamannya pun. Rumah setingkat, kawasan pun luas. Wan nak meluahkan kita dengar ajer. Tapi bila kita cakap kena kuat2 Wan tak dengar....

      Delete