Sebenarnya bila balik kampung Ipoh dulu-dulu masa kecik memang akan nampak signboard Gua Kek Look Tong dan sepanjang tu memang tak pernah ke mari.
Masa cuti-cuti Ipoh baru ni singgah kat sini.
Sebenarnya gua ni kuil (temple) untuk penganut agama Buddha.
Ada patung kat luar yang besar.
Sebenarnya kami nak pergi seberang gunung ni jadi kena lalu kawasan kuil ni. Tak jauh mana pun. Masuk gua ni kemudian kena naik tangga sikit kemudian terus ke bahagian luar gunung. Saya cuak kot kena naik banyak anak tangga. Fuhhhh tak tinggi mana pun tangganya.
Saya pun ambil la gambar sekitarnya. Berapa ribu tahun la gunung batu kapur ni terbentuk....ada nampak macam lumut ke apa kecik-kecik tu tumbuh kat gunung tu.
Macam ada lubang kat atas gunung ni. Kalau kamera boleh zoom dekat mesti nampak dah lubang tu.
Ni kat dalam gunung ni. Saya mengagumi setiap inci dinding gunung ni. Cantik betul bentuk-bentuknya.
Ada titisan air juga jatuh dari batu-batu gunung ni. Mungkin air mata air.
Ni kat luar gunung ni.
Di belakang kuil ni ada bot kecil untuk berdua atau berempat kat tasik kecil tepi gunung batu kapur ni. Actually ni la tempat yang kami nak pergi ni tapi kena lalu laluan dalam temple tu.
Masa kami datang tu dah nak tamat dah waktu operasi bot sebab pintu pagar belakang Gua Kek Look Tong tutup jam 4.30 petang. Dania sebetulnya nak naik bot ni la keliling gunung ni. Hmmmm nampaknya kena datang lagi lah. Tak ada rezeki kami kali ni.
Cantik permandangan kat belakang Gua Kek Look Tong ni. Dalam gambar ni kalau nampak macam khemah itulah tempat sewa bot ni.
Close up gunung batu kapur ni.
Saya rasa pokok tepi tasik ni lawa sangat. Macam magikal pulak.
View dari arah sini pulak.
Siapa yang appreciate nature mesti suka tempat ni. Saya yang dah lama balik kampung Ipoh sejak kecil pun tak pernah ke sini. Padehal dekat je dengan rumah makcik saya kat Rapat Setia tu.
Lagi gambar. Ada satu pohon palma yang kurus tinggi kat belakang.
Ada juga pokok limau bali (grapefruit) yang sedang berbuah kat sini.
Ni permandangan dalam Gua ni. Disebabkan luar tu cerah jadi gambar jadi gelap tapi Dania suka gambar ni dia kata cantik.
Ni kat area parking kami ni. Ada tasik kecik warna hijau sangat. Hijau ni lumut agaknya ya...
Nampaknya nak kena buat lagi trip ke sini sebab nak merasa naik bot tepi gunung ni.
XOXO,
Ezna
Ipoh banyak hidden gems... Tp, kita je tak tau.. Mcm linda nie.. Hahaha.. Tak pernah pergi tempat2 tu
BalasPadamWaaa menarik nya Ipoh.. biasa dulu masuk ke gua lang pastu ke tasik cermin dari zmaan dulu yg tak kena bayar sampai la ni kena bayar.. ni ada tmpt baru lgi .. best best :D
BalasPadamBestnya tengok pemandangan gua tu.
BalasPadamLawa! Kena repeat la utk naik bot tu, mesti best kan...
BalasPadamPH kan kalau tengok tempat cantik gini mesti terfikir kalau shooting movie mesti lawa tmpt gini 😁
Ooh...patutlah nama Cina, kuil rupanya.
BalasPadamMenarik kalau dapat bersiar-siar dengan bot. Cantik pemandangan tepi tasik.
Betul kata Dania, gambar dari dalam gua yang gelap cerah tu memang cantik berseni.
Baru tahu ada tempat ni
BalasPadamada orang kata....gua kapur terbentuk berjuta-juta tahun lamanya...btw memang cabtik juga kawasan tu
BalasPadamcantik jer view nature kan :)
BalasPadamSaya tahu tempat ini dari teman2 saya yg waktu itu liburan kesana. Dan mereka bertiga tipe yg kalo liburan selalu seruuu 😄. Jadi lihat apa yg mereka lakukan di kuil ini, trus naik bebek2an nya, lucuuu sangat. 😄. Karena itu saya sempat teringin juga kesana. Apalagi suasananya nampak asri dan natural ❤️. Selalu suka tempat sempat seperti ini
BalasPadamsaya teringin nak ke sini jugak masa ke Ipoh tapi takut anak buah lemah semangat. penyudahnya ke gunung lang sahaja lah. harap ada rezeki naik bot nanti
BalasPadam