Isnin, Februari 5

Dapur Sarawak | Mahmud Ali Bashah

Hari ni 3 Feb 2024, hubby ajak makan kat Dapur Sarawak, Putrajaya. Restoran ni kepunyaan seorang pelakon kelahiran Sarawak bernama Mahmud Ali Bashah yang selalu berlakon drama jadi ayah tak pun Datuk. 


Masuk je Restoran ada muka pemiliknya.


Cantik tulisan ni dan ada motif Sarawak. 


Luasnya Restoran ni. 


Sudu diletakkan di dalam mug yang berisi air panas. 


Beli juga beberapa potongan kecil kek lapis Sarawak. 


Kita ambik gambar dululah. 


Sebenarnya masa nak order makanan dalam menu....menu 1...tak ada, menu 2....tak ada....menu 3....tak ada...jenuh ni apa yang ada?. Akhirnya saya order mee kolok udang size kecil. Agak annoying juga bila order tak ada.....

Mee Kolok Udang ni didatangkan dengan sup berwarna gelap berbanding sup kat Dayang Sarawak Corner yang sup dia lebih cerah. Bila air suami dan Dania tiba.....dia cakap dengan saya air cincau yang saya order pun tak ada....😓. Akhirnya saya tukar air bandung sahaja. 


Mee Kolok Udang ni saya taruh cili kicap nak bagi kick lagi Mee Kolok ni. 


Dania dengan Mee Kolok Ayam bersize kecil. 


Suami order Mee Kolok Goreng. Bila rasa sedap juga cumanya ianya juga didatangkan dengan sup walaupun Mee Kolok Goreng. 


Ni dekat cashier. 


Kalau nak beli kek lapis yang siap dipotong kecil. 


Berdekatan dengan Pejabat Kerajaan di Presint 2, Putrajaya. 


Dania berlatarbelakangkan Pejabat Kerajaan. 


Kat Bangunan ni lah Dapur Sarawak terletak. 


Saya rasa Dapur Sarawak, Putrajaya kena buat penambahbaikan la. Kalau menu yang tak ada tu boleh la tutup supaya nanti pelanggan takde la order banyak kali kemudian kat Menu ni tak ada, Menu tu tak ada. Agak menjengkelkan juga. Suasana dan menu yang dihidangkan tu takde komen apa-apa. Semuanya ok. 

Kalau nak cuba masakan kat Dapur Sarawak ni boleh la ke : A-G-R2 & A-G-R3 Tower A Bangunan Suasana PJH, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Wilayah Persekutuan Putrajaya

29 ulasan:

  1. a ah...geram taw bila order2 semua takde...kalau ikot angin. tak jadi makan kt situ..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha memang ya. Nak je cakap kalau tak ada itu ini boleh la tutup kedai dulu. Dah ada barang2 basah tu boleh buka balik.

      Padam
  2. my adik (hanim) peminat mahmdu ali bashah tu hahahahah errr mee kolok tu rasa dia mcm mee biasa jer ker? nampak mcm maggi jer...errr i tak pernah mkn mee kolok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh peminat MAB rupanya Hanim ni. Mee Kolok tu bukan macam mee biasa dan maggi rasa dia. Nampak sama tapi rasa memang tak sama you. Rasa mee kolok....cuba you try rasanya memang tak sama dengan mee biasa ataupun maggi.

      Padam
  3. Mee kolok paling sedap kat Sarawak je..kalau yang ada kat KL ni SA x terasa nak cuba..sebab pernah cuba tapi failed..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat Dayang Sarawak tu selalu juga makan.....tapi tak ingat pulak rasa Mee Kolok Sarawak. Pernah makan masa hantar adik nak kenduri kat Sarawak. Lama dah tu tahun 2006 kot.

      Padam
  4. lama sudah tak makan mee Kolok ni.. last masa backpack ke Sarawak seorang diri sebelum kawen hahahaha :P
    Cantik keadaan persekitaran .. putrajaya kan mmg cantik :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putrajaya memang cantik. Banyak pulak taman dia tu. Oh lama la tu tak makan mee koloknya....

      Padam
    2. memang lama 10 tahun ada hahahha :P

      Padam
  5. ok done follow here .. Im follower number 1288 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks. Follow balik jugak. Follower ke 648 :)

      Padam
    2. hahahaha thank you so much sebab follow blogger kecik mcm kita ni hihihii :D

      Padam
  6. tak suka juga ke kedai makan yang banyak menu tak ada. Biasanya akan singgah sekali tu saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemungkinan besar ya kan?. Kang pergi lagi sekali tak ada lagi menu yang nak dipesan...hmmmm......

      Padam
  7. Pernah makan di Dayang Sarawak. Tapi situ leceh sikit bab parking.
    Ingat kot bolehlah try Dapur Sarawak ni, tapi kalau banyak menu tak ada…geram jugaklah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul....setuju bab Dayang Sarawak tu leceh nak parking. Busy betul la area situ. Mungkin masa pergi tu barang basah dah habis agaknya.....cuba try pergi....kot la ada yang di'order'.

      Padam
  8. Terus rasa hilang selera bila kita dah pilih menu, tiba² cakap takde huhu...
    Semoga ada penambahbaikan dari pihak restoran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah pasal PH....ingatkan makanan je ada yang tak ada....order air cincau pun tak ada. Adehhhhh

      Padam
  9. Kalau menu banyak tak de terutama makanan anak yang tak de memang terpaksa keluar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Takut anak meragam pulak nanti....baiklah makan kat tempat lain ya....

      Padam
  10. oo...pelakon ni ada restoran rupanya.. luas & teratur je nampak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya MA. Ada Restoran jugak di Kuala Lumpur selain Putrajaya ni.

      Padam
  11. suka mee kolok compare dr laksa swak

    BalasPadam
  12. Ooo..pelakon ni...ada Restoran besor Gini ek.. Tapi banyak pulak menu takda..Sabo jela ek... Hm...

    Sedapnya makanan Sarawak..Saya suka Mee kopok! Laksa Sarawak pun sedap kan! 😍 Teringin pulak makan makanan Sarawak skrg ni ~

    BalasPadam
  13. Samaaaa saya paling tak suka kalo memesan di restoran , tapi banyak tak ada. Mending mereka cakap dari awal, menu yang tersisa hanya A,B,C dan D. Tak payah kita liat menu jadinya.

    Dapur Serawak ini saya dah masukkan list nak coba kalo ke KL. Tapi yg di cabang KL sana kak, bukan yg Putrajaya. Harap2 yg KL menu msh komplit kan 😄

    BalasPadam
  14. saya dah pegi yg kat jalan pahang
    nanti ada rezeki nk g yg sini punya pula

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...