PEMAKLUMAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAGI SEMESTER KE-2 SESI 2023/2024
Adalah dimaklumkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi semester ke-2 sesi 2023/2024 bagi minggu pertama hingga minggu keempat secara prinsipnya adalah kekal sedia ada iaitu secara bersemuka bagi majoriti fakulti kecuali Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (Program Sains Kesihatan). Pelaksanaan PdP bagi fakulti yang dinyatakan di atas adalah mengikut kursus, iaitu dari atas talian (melibatkan teori) dan hibrid. Pelajar boleh menghubungi fakulti bagi mendapatkan senarai lengkap program/kursus terlibat.
**********************************************
Kat dalam Sistem Maklumat Pelajar pun dah ada pemakluman ni. Sah la Fakulti Pertanian Dania kena belajar secara bersemuka which saya rasa bersyukur sangat. Tak berapa suka pengajaran secara alam maya ni. Nak nak kalau ada subjek mengira kan....
Ini terjadi kerana Pelajar di Borneo kalau boleh nak pengajaran secara online sebab sekarang kan tengah bercuti semester. Nanti 18 Mac 2024 ni masuk balik...kemudian raya nanti bercuti pulak lagi. Ada kos terbabit la untuk mereka yang tinggal jauh di Sabah/Sarawak jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) mohon kat UPM bila buka je semester baharu....student belajar online je sampai raya seperti yang akan dilaksanakan di UKM. Rupanya UiTM pun sama jugak. Online sampai raya. Lepas raya baru kuliah bersemuka.
Semenjak PKP dulu ni....kelas online ni dah jadi macam trend pula ya...kalau tak Covid dulu takde pun kelas online ni. Kalau ada pun tak banyak la. Kelas bersemuka je semua. Penularan Covid ni membuka satu lembaran baru dalam sistem pendidikan di Universiti.
Dania dah daftar dah subjek untuk Semester 2 nanti.
Diantara subjek yang perlu diambil untuk semester 2 ialah :
2. Business Law.
3. Principles of Agribusiness Management.
4. Agribusiness Accounting.
5. Agriculture, Environment and Food System
6. Siswa Entrepreneur.(Kokurikulum)
7. Internationalization of Ethics and Civilization.
8. Fundamentals of Soil Science.
Ada subjek accounting ni tak sesuai la buat online. Subjek soil science pula ada amali juga kena ambil sampel tanah. Kawan Dania dari course lain yang dah ambik subjek ni kata susah...moga mudahlah buat Dania nanti.
Markah-markah test/assignments/presentation dah mula masuk sikit2. Tu markah carry marks ajer. Kalau markah keseluruhan kena tunggu bulan Mac nanti. Suspens. For now....rehatkan minda dulu ya....😅
XOXO,
Ezna
semoga dipermudahkan urusan Dania...Alhamdulillah, ad ibu yang selalu membantu, kalau zaman Linda dulu...semua buat sendri...yang penting tak ngulang sem..Alhamdulillah, tak pernah failed apa2 paper, cuma nya takde lah excellent sangat...
BalasPadamSama je kita Linda. Dulu buat sendiri sebab mama akak pun kerja. Bila time akak apa yang boleh bantu kita bantu...selebihnya anak yang belajar tu kena bantu diri dia untuk maju.....
PadamYa....jangan mengulang dah la ya Satu hal pulak nanti....
mak kita surirumah je...lepas tu, duduk estate pulak..hihihi..masa mula2 apply U..mintak sarawak, mula2 mak ok je..lepas tu, mak suh tukar dalam semenanjung je...sedih pulak rasa..hahaha...then mintak UMT dapat, alhamdulillah..tu pun mak bapak dah warning..cuma hanta masa pendaftaran dan datang masa konvo je...selebihnya pandai2 lah sendri..hihihi...tapi, Linda pun jenis explore je...tido dekat bus station pun pernah, tapi tak gtaw mak lah...x nk mak risau...kikiki..sebab tu mak tak bagi p Sarawak agaknya, mau smpai ke Indonesia nanti anak nya nie...hahaha
PadamWahhh duduk estet sebab ayah Linda Pengurus ke?. Adik ipar akak dulu kerja jadi Pengurus estet. Lengkap semua....driver ada, maid ada.....
PadamTido dekat bus station?. Kalau mak Linda tahu mesti risau. Akak pun kussss semangat bila dengar. Seriau tau. Rasanya zaman dulu kurang sikit orang jahat ni sebab akak jalan kaki ke rumah lepas bas intrakota tiba kat damansara jaya tu menapak ke rumah awal pagi....masa subuh2 tu. Gelap lagi. Alhamdulilah masa tu selamat.....sekarang...jangan la buat camni. Kena pantau sebab ramai je orang berniat jahat kat luar sana.
Rezeki Linda di UMT tu je nak cakap. Alhamdulilah ni lah produk UMT sekarang ni.... :)
Eh.. Bukan kak, ayah Linda kerja polis bantuan estate je aka pengawal keselamatn lah...
PadamA ah, zaman dulu kita tak takot sgt, Insya-Allah selamat... Zaman sekarang, nk pergi kedai depan rumah pun seram.. Tp, kalau dok kg.. Ok lagi kot..
part online learning tu..haaa kat AIKOL ni pun students request nak buat kelas online jugak sblm raya sbb susah nak beli tiket if lambat dpt balik kampung
BalasPadamFakulti Dania buat bersemuka sebab kebanyakkan ada amali. Macam Dania subjek Soil Science ada amali.
PadamSetuju! Secara alam maya banyak kelemahan dia
BalasPadamYa Uncle....
PadamBagus juga online class ni utk certain keadaan mcm ni kan, memudahkan students. W/pun begitu, PH lagi prefer kelas bersemuka; lebih byk interaksi dgn pensyarah, kawan2 dsbnya. Nak buat kerja amali pun senang
BalasPadamBanyak interaksi dengan pensyarah tu ya sangat setuju. Ada option la online untuk keadaan tertentu.
PadamPatutlah anak saya yang belajar UTHM pun ada kelas online ...entah berkesan atau tidak cara ini...saya pun tidak tahu
BalasPadamYa saya lebih suka bersemuka berbanding online. Dulu, masa sekolah menengah pernah seorang guru meluahkan isi hati. Guru tu kata kalau pelajar masuk kelas online kemudian dia tidur pun takde sape yang tahu. Kalau bersemuka boleh nampak muka semua....faham ke tak faham ke....
PadamBukan je study, nieyl pun kalau kerja suka bersemuka daripada online. Tapi ada beberapa majlis yang sesuai di buat secara online, macam taklimat, ceramah, ataupun benda-benda yang lebih santai tapi kalau mesyuarat, study better bersemuka lebih sampai..
BalasPadamYa setuju juga dengan kata-kata Nieyl. Ada yang sesuai bersemuka dan ada juga beberapa majlis yang sesuai dibuat online. Sekarang ni pun sis pernah attend beberapa kali online bacaan yassin.
PadamPengajaran alam maya ni depends pada subjek pada pendapat saya. Kalau sekadar teori takde masalah secara maya, tapi ada pengiraan dan amali, lebih baik bersemuka dengan pensyarah. teringat zaman saya belajar dulu, kalau student jauh memang terpaksa berkorban tak sambut perayaan demi pelajaran. student sekarang untung ada pilihan
BalasPadamYa betul kalau praktikal tu payah juga kan sebab kena buat latihan praktikal (amali) tu sendiri seperti di makmal. Sebenarnya student berkorban tak sambut perayaan demi pelajaran tu pernah last year. Cuti kejap sangat untuk Krismas. Ada 2 kawan Dania tak balik Sarawak nak merayakan Krismas dengan keluarga sebab cuti kejap dan tak berbaloi kena bayar tambang flight yang mahal. Student sekarang ya ada option berbanding zaman dulu.
PadamSamalah macam kelas Rahimi dan Widad. Bila ada cuti yang bersambung2 tu lecturer buat kelas online jadi student tak perlu ulang-alik ke U. Kes macam ni pada saya ok lagi. Dah jadi macam rutin pula kelas online ni selepas pendamik. Untuk keseluruhan pembelajaran saya prefer kelas bersemuka. Lagipun bila duduk kampus barulah ada campus life 😀
BalasPadamYa kelas online ni kan masa buat kat sekolah menengah dulu....keputusan peperiksaan kebanyakkannya merudum sebab tak boleh cope dengan online tu. Masa tu baru je pandemik melanda. Lama2 bila dah biasa ok lah jadinya dan dibawa pula belajar online kat Universiti pulak. Masing2 masa awal2 tu tak biasa.
PadamBagi sy secara peribadi car ani kurang berkesan. Sy jenis konservatif sikit. Nak belajar mesti bersemuka. Nampak fizikal. Kalau salah mesti tegur dpn2. Jenis yg mudah hilang focus kalau benda tu statik je (mengadap laptop)
BalasPadamApa2 pun all the best utk dania! Setiap semester ada cabarannya. Semoga Berjaya sampai ke akhir…aminnn
Sama la sis pun jenis konservatif. Kena belajar depan lecturer tu baru puas. Kalau subjek mengira cam finance ke, maths ke, accounting ke belajar online payah la juga....Thanks Kak Anies (Dania cakap). Aamiin untuk doa Kak Anies....
Padam