Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, February 12

Review Movie | Anak Perjanjian Syaitan 2

Disebabkan ummi dan Dania lama dah tak keluar rumah, jadinya ummi decide nak tengok la movie dengan Dania. Semenjak dah habis Final Exam ni Dania dok tengok KDrama je la. 

Ok...berbalik kepada Perjanjian Syaitan 2 ni, Dania pun bersetuju nak tonton tapi tak nak seat paling tepi. Haha.

Ia dilakonkan oleh Alif Satar, Eyka Farhana, Fasha Sandha, Azizah Mahzan, Saharuddin Thamby. 


Movie ni kesinambungan Anak Perjanjian Syaitan sebelum ni. Saya tonton yang sebelum ni kat Astro je. Ia tentang kisah ibunya Azlinda yang tidak dikurniakan anak kemudian jumpa seorang bomoh. Bomoh tu kata kalau nak ada zuriat kena menidurinya. Jijik betul sebab ibu Azlinda ni kan masih ada bapa Azlinda lagi. Ok...kemudian bila dah 'bersama' tu tak lama kemudian lahirlah Azlinda.

Sepanjang Azlinda hidup ni dia ada penyakit anxiety dan masa umurnya 12 tahun, 'entiti' yang menumpang badan Azlinda ni telah dibuang oleh Ustaz Aznan. Ketika Azlinda menyambut hari jadinya yang ke 21 tahun, 'entiti' yang mengganggunya datang kembali. 'Entiti' tu kata aku adalah kau, kau adalah aku maknanya ia menumpang di dalam badan Azlinda. 

Ada satu part, Azlinda ni belajar agama kat satu tempat ni di mana semuanya pelajar perempuan tapi ada peristiwa yang menghantui Azlinda di mana....siapa yang cari pasal dengan Azlinda, 'entiti' tu akan menunjukkan dirinya kat muka Azlinda jadi orang akan nampak muka Azlinda ni macam muka hantu. Entah macam mana masa Azlinda nak melarikan diri dalam hujan dari tempat dia belajar agama tu,  boleh pulak pergi rumah Ustaz Taha yang dilakonkan oleh Alif Satar. Azlinda terpesona dengan bacaan ayat suci Al Quran Ustaz Taha. Ustaz Taha ni selalu jadi imam kat sekolah pengajian Azlinda tu cuma Azlinda je tak perasan. 

Ada satu part yang saya rasa 'lawak' sangat bila ada seorang pelajar perempuan nak bunuh diri kerana kerana dirasuk. Lepas tu ustazah-ustazah dan pelajar semua berkumpul kat bawah jadi tukang pujuk budak ni tapi tak ada sesiapa yang nak ambik tilam ke sebab nak sambut budak tu kan DAN.....ketinggian tempat budak tu nak terjun alahai....😆 tingginya 1 tingkat rumah pun tak sampai tapi bila jatuh ke bawah mati. Dania kata agaknya jatuh kena kepala dulu tak ummi? Maaf la part ni memang lawak bagi saya. 

Lepas tu saya angin betul dengan watak yang dilakonkan oleh Fasha Sandha sebagai Ustazah Jamilah. Dah kenapa cakap dengan orang yang lebih tua iaitu Bonda Wiwin...suara tu meninggi je?. Lepas tu kemain dia tarik secara kasar Azlinda tu. Cakap tinggi suara. Tak boleh brain pangkat ustazah perangai macam ni.....Dania kata tu yang watak tu Fasha Sandha yang berlakon. Kena la. Ok lah Dania....😒

'Entiti' tu kata nak tuntut janji kat Azlinda. Janji apakah itu? Yang berjanji tu ibu Azlinda bukan Azlinda tapi 'entiti' ni nak Azlinda yang tunaikan janji ibunya. Anda semua kena tonton kalau nak tahu kisahnya.

Saya bagi 1 🌟 (bintang) untuk movie ini. 





XOXO,
Ezna


 

12 comments:

  1. mesti menakutkan.. huhuhuhu.. xnak tengok nanti takut nak ke tandas xde sesape nk tolong temankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer ni kan tak berapa takut sebenarnya sebab asyik tunjuk diri je jadi elemen suspens dah tak ada.

      Delete
  2. ala satu bintang jer ker heheh i tak minat genre citer gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha 1 bintang je....oh you tak minat ya...I minat juga.

      Delete
  3. SA mmg x tengok citer hantu...sebab tido sensorang kan..hahaha..kang terbayang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak tengok ya....saya suka tengok jugak. Haha...

      Delete
  4. ketinggian tempat budak tu nak terjun alahai....😆 tingginya 1 tingkat rumah pun tak sampai tapi bila jatuh ke bawah mati...

    hahahahahhahaahhahahahahahahahahaha
    otomatik kepala sy teringat cerita madu tiga
    p.ramlee terjun sungai tu
    hahahahahahaahahhahhaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memang kelakar part ni Anies tapi sis nak gelak kang orang tu mati dalam tu tapi memang kelakar la part ni. Haha lebih kurang pesen cam P Ramlee tu la. Cetek je airnya....ni pulak bangunan punya rendah....aikkk boleh pulak ada yang cakap telefon polis.....yg derang kat bawah tu tak buat apa2 pun tengok kawan tu jatuh je.....haishhh....(memang lawak).

      Delete
  5. Hahahahahah langsung tertawa pula saya baca part jatuh dari ketinggian tak tinggi 🤣🤣. dah cukuplah saya baca review kakak saja 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memang kelakar tapi kakak tak sampai hati nak gelak sebabnya lepas tu orang yang terjun tu meninggal. Tapi kenapa ketinggian dia rendah?. Haha. Tak logik pun ada.

      Delete
  6. saya tengok yang first pun tak best, terus tak rasa nak tengok yang ke2 ni

    ReplyDelete
  7. alaa..cita hantu & serrraamm ni memang big NO la..MA ni penakut

    ReplyDelete