Selepas ke Gua Kek Look Tong tu kami solat kat Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia Ipoh. Masjid ni tempat saya solat raya masa kecik-kecik. Mengimbau kenangan jugak la. Masjid ni nampaknya dah besar berbanding dulu sampai saya dan Dania boleh tersesat nak pergi dewan solat muslimah. 😅
Lepas solat, kami bergerak balik....
Dalam perjalanan tu jalan jam la sangat kat highway PLUS tu sampai kami masuk jalan dalam. Berkesempatan bersolat di Masjid cantik di Behrang. Namanya Masjid Al-Hidayah di Bandar Behrang. Ia juga dikenali dengan nama Masjid Biru.
Saya dan Dania tercari-cari bilik air kemudian tanya salah seorang jemaah muslimah. Beliau kata bilik air kat luar yang ada lukisan air terjun. Kemain cantik pulak bilik airnya dilukis indah.
Ada sudut kitar semula juga.
Ada pondok santai juga. Ada ukiran kerawang juga kat kayu.
Kat tempat ambil wuduk pun ada lukisan juga. Dania kata ni agaknya masuk pertandingan inovasi masjid tak ummi?. Mungkin juga la.
Lepas tu kami meneruskan perjalanan. Ingat nak makan je kat tepi jalan Tanjung Malim ni kan tapi ada je tak kena....macam takde orang la...., kedai seberang jalan sana lah.....akhirnya saya kata makan kat tempat kita familiar je lah.
Lagi pun saya mengantuk nak lelapkan sekejap mata ni.....Akhirnya singgah yang dekat area rumah kami je lah kat Sofina Seafood.
Nasi goreng ikan masin hubby punya.
Mee goreng Dania punya....
Ni pula padthai saya tapi entah kenapa macam pucat sikit padthai saya ni.
Akhirnya tiba la kami ke rumah. Selesai sudah cuti-cuti kami di Pulau Pangkor dan Ipoh. Mungkin akan ada siri cuti-cuti sebelum bulan puasa?....tunggu....
XOXO,
Ezna
mee goreng ke tu..mcm maggie goreng...hah pucat pad thai tu
BalasPadammemang cantik masjidnya. saya tak pernah sampai Behrang lagi. Selalu nampak nama je kat highway PLUS.
BalasPadamwaaa u masih ada siri cuti2 lagi yerrr bestnya!!! i sgt bz minggu ni penuh dgn meeting, isnin minggu dpn dh bukak new sem dan dh start kelas dah!!
BalasPadamlinda tak sempat dah nk cuti2 sebelum puasa..kikiki...sekolah nak buka dah nie..wikend nie kena balik kg ambil anak2..
BalasPadamBagus juga lukisannya yaaa. Jarang2 ketemu mesjid dengan banyak lukisan. Cocok pula dengan warna birunya. JD ingat pula blue mosque di Istanbul 😄
BalasPadamSaya sukaaa pad Thai, tapi Krn ada nasi goreng ikan asin, jadi tertarik pula Ama itu 😁. Lama tak makan.