Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, February 14

Kota belanda dan batu bersurat Pulau Pangkor

Tahukah anda kat Pulau Pangkor ada Kota Belanda?
Diantara tempat yang kami pergi dengan van pink ialah di sini. Jom tengok apa keunikan di sini. 


Ada sebuah meriam pula kat sini. Saya tidak lama kat sini. Nampak kaki-kaki kat depan tu?. Orang Bangladesh ada 3-4 orang. 


Keciknya kota belanda ni. 


Kat dalam kota ni ada macam tingkap berbentuk bulat dan empat segi. Kotanya diperbuat daripada batu bata merah. Rupa-rupanya kat dalam ni juga diletakkan beberapa biji meriam pada zaman dahulukala. Maknanya ini adalah kubu pertahanan orang belanda. 


Dania di salah satu tingkap berbentuk bulat. 


Saya dan suami berlatarbelakangkan kota belanda. 


Dania lagi....


Ini kat bawah kota belanda ni. Ada ukiran ni kat rumput. 


Kalau nak baca tentang sejarah kota belanda boleh tengok sini.

Credit : sini

Sekitar Kota Belanda ni juga ada kedai2 tapi banyak yang tutup. Kedai yang buka ni ada hiasan ikan buntal. 


Close up ikan buntal. 


Ada juga hiasan helmet dan topi yang diperbuat daripada kulit ikan buntal. 


Dania sibuk bagi makan kat kucing liar pulak. Nak kena tunggu kejap. 2 ekor share 1 tiub tu. 


Kedai-kedai kat sini macam hidup segan mati tak mahu je. Macam tak happening. Lengang je. Mungkin juga tutup cuti Raya Cina ni tapi macam tak mungkin la. Time ni la pelancong ramai kan?. 


Tak jauh dari Kota Belanda....kami jalan kaki ke sini. 


Ada sebuah batu bersurat yang juga dikenali sebagai 'Tiger Rock'. 


Besar batunya. 


Ada tulisan yang tak difahami. Dipercayai ditulis dan dilukis oleh tentera belanda.


Ada lukisan macam seekor harimau kat batu bersurat ni. 


Mungkin juga lukisan di atas dilukis oleh tentera belanda yang tak pandai melukis tapi melukis lambang Dutch Coat of Arms. Kalau tengok kat atas tu mungkin juga kan sebab kat tangan harimau tu ada macam kipas. Macam sama je dengan lambang kat bawah ni. Kalau ikutkan lambang Dutch Coat of Arms ni berupa seekor singa. Kalau tangan yang tak reti melukis tu memang jadi lain la kan....😅
 
Apa itu Dutch Coat of Arms

Info di sini :
The lion on the shield holds a sword and a sheaf of seven arrows. The lion comes from the arms of the House of Nassau. The sword and sheaf of arrows in the lion’s paws come from the coat of arms of the States General of the Republic of the United Provinces. The seven arrows stand for the seven provinces. The arrows also symbolise cooperation: individually they are vulnerable, but together they are strong. The crown and the mantle refer to the royal status of the House of Orange-Nassau.

Credit : Google

Lambang AOVC pula ialah lambang Dutch East India Company. 

Credit : Google

Ada tiga versi tentang batu bersurat ini mengikut blog ini Boleh la ke link tu untuk baca informasi selanjutnya ya....

Versi Pertama :
Menurut sumber penduduk tempatan, gambar ini dipahat oleh orang Belanda sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut pada tahun 1743 iaitu semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III (1728-1756). Orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas.
Versi kedua :
Orang Bugis dan orang Melayu telah menculik dan membunuh anak pembesar Belanda untuk membalas dendam di atas kekejaman Belanda melayan penduduk tempatan. Apabila askar Belanda mencari budak tersebut, penduduk tempatan mereka cerita dengan menyatakan mereka nampak harimau telah melarikan budak itu. Namun, penduduk Pulau Pangkor yang lain percaya bukan harimau yang melarikan budak tersebut tetapi pembesar Melayu yang tidak puas hati dan ingin membebaskan Pangkor dari Belanda. Oleh sebab itulah askar Belanda ini melukis gambar harimau yang melambangkan ‘orang Melayu’. Batu ini juga dikenali sebagai ‘Tiger Rock’ kerana adanya gambar harimau tersebut.

Versi ketiga :

Orang Belanda mengatakan anak kepada pembesar Belanda hilang dan dipercayai dibaham harimau. Walau bagaimanapun mengikut sumber penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh Belanda untuk menutup malu sebenarnya anak pembesar Belanda dilarikan oleh lanun.

Bila ada tiga versi ni nak percaya yang mana satu pun kita tak tahu....masa kami datang tu ada orang kampung situ yang kata batu bersurat ni hidup sebab sebelum ni sizenya kecil kemudian jadi sebesar dan setinggi ini. 

Macam batu sungai jugak la orang kata hidup kan?. 

Dah pernah tengok batu bersurat Pulau Pangkor?. 




XOXO,
Ezna



 

20 comments:

  1. pulau pangkor ni macam pulau redang ke sis? ada jalan2 raya kat dalamnya nye.. atau macam pulau perhentian yang hanya resort kat dlmnye.. kami x pernah sampai ke pangkor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Redang dan Perhentian sis tak pernah sampai lagi tapi Pulau Pangkor ni memang ada jalan-jalan dalam ni. Kalau pusing 1 Pulau Pangkor ni dalam 17km je. Memang ada penduduk asal Pulau Pangkor. Dalam ni sekolah pun ada....klinik etc....lengkap la. nanti boleh try pergi sini. Sis pun nak pergi kedua Pulau yang sis kata tak pernah pergi tu.

      Delete
  2. bestnya..baru dengar kat radio tadi pulau pangkor takde air..betul ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami pergi tu ada air. Tak tahu pulak sekarang ni.

      Delete
  3. waaa gmbr u posing berdua tu manjahhhh hehhehehe ;)

    ReplyDelete
  4. PH pernah bergambar di Kota Belanda tu. Kitorg ada family day ofis kat Pangkor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh bestnya PH gi family day lagi...kalau ambik gambar kat sini cantik sebab nilai estetikanya.....

      Delete
  5. Sumpah uncle baru tahu pasal kota ni....

    ReplyDelete
  6. Terima kasih berkongsi cerita. Saya tak pernah sampai pulau pangkor lagi. Geram pulak dengan penjajah Belanda lepas baca. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu penjajah tu nak menjajah pasti ada yang dia nak tu. Apa lagi kalau bukan hasil bumi kita kan?. Memang jahat....

      Delete
  7. sejarah ni..besar tul batu bersurat tu ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah batu bersurat ni besar da dikatakan batu hidup jadi kebarangkalian untuk membesar lagi tu ada....

      Delete
  8. Menarik juga untuk dikunjungi dua tempat ni. Sekarang anak2 dah besar bolehlah kami ke tempat-tempat ini pula sebab sebelum ini hanya tertumpu untuk mandi laut sahaja. Tq share info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Banyak juga tempat menarik kat sini dan kat sini pun ada tempat bagi makan burung enggang. Ingat kat Sarawak je ada burung ni tapi kat Pulau ni pun ada.

      Delete
  9. linda pernah jejak kaki dekat Pangkor 2kali, tapi tak dan musing2..sebab sekali tu buat treasure hunt, sekali lagi tu buat kerja..so, bukanlah masa untuk berjalan2...kena repeat gak ngan anak2 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kerja kalu tak boleh le musing2. Nanti boleh pergi dengan anak-anak....

      Delete
  10. binaan famous
    yg masuk buku teks sejarah tu
    heehhe..
    untung batu tu
    siap ada bumbung utk berteduh
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada masuk ke? Lupa la dia masuk buku sejarah. Kalau batu bersurat terengganu tu ingatlah.

      Delete