Peminat Harry Potter wajib ke sini jika ke Concubine Lane. Plat9orm Coffee & Brew Cafe ni terletak di sini. Masa masuk jalan Concubine Lane, ni lah tempat persinggahan pertama kami. Disebabkan kat sini punya banyak gambar jadi kita asingkan jadi satu post je.
Dania bergambar dalam Cafe. Nampak macam design kotej Inggeris dalam Cafe ni.
Kalau nak naik ke tingkat atas kena beli 1 air jadinya ummi dan Dania order Buttercream Soda. Sedap juga airnya. Ada rasa lemak-lemak macam butter. Dania yang belanja air ni. Thank you Dania. 😊
Nak sewa costume ni boleh pilih nak Gryffindor, Hufflepuff, Slytheryn atau Ravenclaw. Dania pilih Gryffindor. Hanya RM10/set. Lepas tu set costume ni dikira item jadi hubby pun boleh naik jugak.
Setiap sudut dalam kedai ni tolonglah ambil gambarnya. Saya rasa cantik, estetik sangat.
Kat sudut belah kanan ada tempat untuk menyewa baju.
Dimulai oleh peminat Harry Potter....Cik Dania Yasmine...
Mungkin nak jadi macam Hermione Granger....kawan baik Harry Potter. 😊
Kalau nak ambik gambar kat tempat menarik boleh turun bawah melalui tangga berwarna-warni tu.
Ni saya edit....
Menunggu kedatangan entah siapa....gang2 Harry Potter lah mungkin.
Kat bawah ni banyak props yang kita boleh ambik gambar.
Magical Book....ada beberapa gambar saya edit bagi nampak macam magikal.
Props telefon lama. Jenis pusing-pusing. Kat rumah saya dulu pun ada telefon pusing.
Saya pun join sekali. Alang-alang kan. Haha...
Ayah Dania bersedia untuk terbang.....😆
Inilah nama Cafe ni. Dania tengok youtube la yang dapat tahu pasal cafe ni.
Mengintai jap....
Cafe ni ala ala bangunan lama tak siap tapi cantik untuk ambik gambar. Setiap sudut cantik.
Baru berkesempatan minum. Tadi sibuk snap sana sini.
Macam ala ala filem dracula je kat sudut sini dengan lampu tu ala ala berkelip.
Photo Monalisa di zaman pandemik ni.
Last dah ni sebelum balik.
Happy Place untuk Dania la ni....
Kat sini pun best kalau nak minum berdua....
Kali ni pose yang sama tetapi saya ambil dari balik tirai pulak. Suka pulak saya gambar yang ni.
Ni dah turun bawah dah ni. Last pose dengan troli dulu.
Memang puas la Dania bergambar kat sini. Peminat Harry Potter boleh la ke Plat9orm Coffee & Brew Cafe jika ke Concubine Lane, Ipoh ya.
Puas Dania hari ni bergambar dan berlakon sebagai Harry Potter kat Plat9orm Coffee & Brew Cafe. 😍
Ada lagi peminat Harry Potter kat sini?...
XOXO,
Ezna
Cantik tempatnya......
BalasPadamYa tempatnya klasik sangat.
PadamCantik dan unik cafenya kak,penggemar film Harry Potter cocok banget nih bisa sewa bajunya,bisa jadi tokohnya jugak sambil foto-foto .
BalasPadamIya. Kalau peminatnya memang seronok la dapat pakai costume Harry Potter ni...
Padamrasanya masa sy datang ipoh lps pkp dulu
BalasPadamtempat ni tutup kot
ke... kami yg tak jumpa?
hahaha...
Ya ke? Akak sebetulnya baru tahu. Dania la bagi tau entah kat mana dia tahu tu. Mungkin tengok youtube. Dari luar tempatnya nampak suram je sebab tu agaknya tak nampak.
Padamcousin tisya aritu pernah smp sini juga...kita tk minat harry potter tp tisya & husband suka
BalasPadamSama la tak la berapa minatnya tapi Dania yang minat....kita layan je...
PadamWahh menarik betul. Of courselah kena ambil gambar banyak-banyak kat sini kan. Peminat Harry Porter tempat ni memang dunia merekalah.
BalasPadamDah sewa baju pulak jadi kita abadikan gambar banyak2 kat sini. Baru puas hati.
Padammenarik betul tmpt ni. nmpk mcm obersi
BalasPadamTempatnya ala-ala tak siap Suzz tapi bagus juga idea owner ni. Peminat Harry Potter memang tak habis2 snap gambar2.
PadamNampak gaya mcm lebih menarik dari official store harry potter di London ni... Cuma kalau ada trolly separuh masuk dinding tu lagi best.. apa pun best nyer :D
BalasPadamKalau ada rezeki ke London kena check it out kat sana pulak...
Padamcantik & unik sgt cafe nya..
BalasPadamYa unik cafenya...
PadamBagi penyuka harrypotter pastilah senaaaang banget bisa kesini 😍😍. Saya pun suka Harry Potter, tapi memang tak suka foto2. Jadi tempat bertema seperti ini saya tak terlalu kejar 😅. Palingan nak coba saja makanan minuman yg dijual 😄.
BalasPadamDania suka pulak Harry Potter ni....kalau beli makanan atau minuman sahaja yang dibernarkan naik ke atas. Kalau tidak tak boleh.
Padam