Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, February 6

Final Exam hari keempat dan terakhir untuk Semester 1

Petang ni Dania ada paper Introduction to Agribusiness Systems in Malaysia. Ini merupakan final paper dah untuk Semester 1 ni. Alhamdulilah...kejap je dah habis Semester 1 untuk Bacelor ni. Kali ni Final Exam dijadualkan di Fakulti Pertanian. 3 Final Exam sebelum ni bertempat di main campus Universiti Putra Malaysia.

Dania tiba 30 minit sebelum Peperiksaan bermula. Senang datang awal kan. Kali ni Dania pakai hijab berwarna merah gelap. Semangat!!!....


Bitaufik Wannajah Dania Yasmine. 

Moga anak ummi dikurniakan ilham bagaikan buih-buih di lautan dan berjaya menjawab mengikut skima permarkahan dengan tepat dan Allah pimpin jari-jemari Dania untuk menjawab dengan tepat. 


Ini adalah subjek yang Dania mendaftar untuk Semester 1. 
Amalan Ladang, Pertanian dan Kehidupan, Poetic Society tak ada Final Exam. Bakti Siswa pula kokurikulum.

Hanya ada 4 subjek je ada Final Exam iaitu Pengenalan kepada Sains Makanan, Pengenalan kepada Perniagaantani Malaysia, Kenegaraan Malaysia dan Falsafah dan Isu Semasa. 

Walaupun namanya dalam Bahasa Malaysia tetapi lecturer notes dan lecturer mengajar dalam Bahasa Inggeris. Ada sekali masa exam Pengenalan kepada Sains Makanan....ada lecturer tegur seorang classmate Dania sebab jawab soalan dalam Bahasa Malaysia....Lecturer tu cakap 'You were taught in English'. Rasanya lecturer yang macam 'hero remaja' tu yang tegur. Dania bab ni memang dah terbiasa masa asasi menjawab dalam Bahasa Inggeris. 

Jadi.....anak-anak yang bakal masuk universiti ni walaupun universiti awam....pengajaran di dalam Bahasa Inggeris ya....jadi perkukuhkan Bahasa Inggeris supaya senang kemudian hari jika belajar di Universiti Awam. 


Moga keputusannya nanti bakal membahagiakan ummi dan ayah ya.....
All the best sayang!

Bila balik, baru dapat baju T-Shirt course Dania. Warna dia ummi suka....purple....hehehe.


Dapat juga T-Shirt Fakulti Pertanian berwarna hijau gelap. 


Nampaknya apa yang ditarget semua masuk. Moga ada rezeki Dania dapat markah yang tertinggi.....







XOXO,
Ezna

 

12 comments:

  1. ooo kiranya lecture in english dan jwb exam pun in english...so sama la mcm uia heheh memang 100% english belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecuali subjek Falsafah dan Isu Semasa & Kenegaraan Malaysia. Ini subjek wajib Universiti awam di Malaysia yang diperkenalkan oleh Dr Maszlee Malik. Dua subjek ni boleh in BM. Lain2 in English tu yg kadang Dania tukang betulkan report group yang dihantar. Ada sekali tu Dania check 90 pages report yang kena hantar. Pengsan Suzz.....baru la puas hati nak hantar kat lecturer....

      Delete
    2. Kalau kat UKM kan Suzz, mereka memartabatkan Bahasa Malaysia jadi tak sure macam mana cara pengajaran tu....

      Delete
  2. Mudah-mudahan Dania dapat keputusan yang cemerlang. In syaa Allah, usaha tidak akan mengkhianati hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih. Suka kata2 'usaha tidak akan mengkhianati hasil'. :)

      Delete
  3. Tidak mustahil juga subjek BM akan diajar dalam BI...ini memang kes yang rare nanti hehehe...anak saya kata selalu sangat Exam kalau di UPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la kalau course Bahasa Malaysia dalam Bahasa Malaysia la macam course Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dan juga Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian. Mana mungkin belajar dalam Bahasa Inggeris. Lain2 ya perlu jawab dalam Bahasa Inggeris.

      Kalau anak Diploma selalu sangat Exam....anak saya masa asasi pun satu semester ada 3 Exam. Test 1 & Test 2 & Final Exam.....

      Delete
  4. Semangat daniaaaa.. semoga hasilnya nanti bagus, dan membanggakan orang tua juga 😍😍. Tapi saya yakin Dania bisa 👍👍

    ReplyDelete
  5. semoga terus bersemnagat dik, belajar sungguh-sungguh dan buat sehabis baik... Jadikan diri orang yang berilmu, nanti jaga negara kita, agama kita baik-baik.. adik adalah pelapis pemimpin dan peneraju negara masa hadapan .. jadikan 'sesuatu' untuk negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga doa ini juga buat Lady. Terima kasih. Kata-kata yang sangat best.....

      Delete
  6. salah satu perkara yg sy kesal smpi skrg adalah
    tak kuasai BI sepenuhnya sblm msk U dulu
    bla dah msk...
    haaa masa tu laa baru tahu langit tinggi rendah...
    tak mahir BI means bersedialah utk failed
    nehiiiiii

    all the best dania!
    success is no accident. it is hard work, perseverance, learning, studying, sacrifice, and most of all, love of what you are doing!

    ReplyDelete