Rabu, Disember 11

Hasil dari Peskon dan UPM dah jadi…..

Peskon tu Pesta Konvokesyen ya. Nanti confuse pulak apa pulak Peskon ni ya....
Jagung yang dibeli kat ladang UPM dah jadi nasi goreng dah. 


Ni pula cucur jagung pedas. Pedas sebabnya saya masukkan cili api dan serbuk paprika dalam bancuhan cucur jagung ni. 


Telur burung puyuh dan sayur Pak Choy dah jadi lauk dah. Pak Choy tumis. Telur puyuh yang siap rebus campur sekali dalam ni. 


Sambal telur puyuh. 


Ini pula dari 2 biji nanas tak padan kecik jenis MD2 tapi manis sangat. Nanas MD2 ni selain rasanya yang manis....ia juga tidak tajam pada lidah. Kawan saya Kak Tie yang baru makan nanas ni pun kata manis. Mula la Kak Tie buka cerita sebab sejenis yang tak makan makanan masam hatta mempelam masam sekalipun. Start mengandung anak sulung sampai la saya bagi nanas....memang tak makan nanas ya you alls. Sehinggalah saya bagi sebiji buah nanas manis ni. Kak Tie makan. Alhamdulilah. Happy bila buat orang happy. Anak sulung Kak Tie berumur 22 tahun ya. Bayangkan berapa lama tak makan nanas tu?. 

 

Haa inilah cerita hasil dari Peskon dan UPM ni. Ada rezeki memang saya akan beli lagi. Kadang yang dijual ni hasil dari tanaman pelajar. Kalau bukan pelajar pun, staff UPM la yang tanam. Kawan Dania dah cakap pokok jagung untuk subjek keusahawanan akan dituai lepas cuti semester ni. Saya dah pesan kat Dania suruh cakap kat Corina....ummi nak beli. 😍. Selain daripada tu support la kawan sebilik Dania dulu. Dulu saya beli juga hasil kangkung yang Durrah tanam. Sebab saya tahu fresh lepas tuai tu yang saya beli. 





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. Masa aunty kerja di UPM dulu memang banyak diangkut beli dari UPM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah, kadang2 student jual. Kadang2 fakulti yang jual. Bila anak belajar kat sini baru la tahu boleh beli hasil2 kat sini.

      Padam
  2. Best boleh dapat fresh stock selalu. Kalau sy pun mesti beli :)
    Cucur jagung tu dok lambai² la 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cucur jagung tu versi spicy sikit PH. Hehe....Dania kata seram tengok dia berbiji-biji camtu. Seram2 pun banyak juga makan tu. Hehe.

      Padam
  3. Seronoknya boleh beli dari UPM..murah pun murah dan portion mesti banyak kan...

    BalasPadam
  4. best juga beli hasil tanaman yg student dgn staff sana tanam kan. mmng bagus sangat yg belajar bidang2 perladangan macamni

    BalasPadam
  5. best dpt beli jagung dan kangkung fresh tu!

    BalasPadam
  6. Saya pun akan beli kalo ada yg segar begini dari university pertanian . Confirm bagus biasanya hasil kan. Sayang jauuuh kampus yg ada pertaniannya. Nak ke Bogor dulu kalo mau 🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...