Isnin, Disember 2

Hantar kain dapat buah tangan

Lepas makan kat ikan patin tu terus ke rumah kawan. Nak hantar kain2 untuk buat baju. Dah ada kain kan kita jadikan baju la. Tak spesifik la untuk Hari Raya tapi kalau ada wedding ke boleh la pakai. 

Ni rumah kawan saya ni kat Sg Ramal. Memang sebelah Bandar Baru Bangi je. Dah kenal since Dania sekolah rendah jadi tahun 2013 kat SK Bukit Jalil sebab sebelum tu Dania sekolah swasta. Dania pun kenal anak kawan saya ni sebab pernah sekelas kat SK dan sama Sek Ren Agama jugak. 

Tengoklah buku tukang jahit ya. Kak Tie ni tak nak ambil deposit. Katanya kalau siap baru terima duit. Tak suka ambil deposit tapi kalau tak berapa kenal bahaya juga tak ambil deposit kan....


Dihidangkan pula dengan brownies ni. Dania ambil sampai 2 sampai saya jeling Dania. Hehe. Akhirnya Kak Tie bungkus bawak balik. Dania kata sedap. Saya makan juga sebab nak jaga hati walaupun saya sebenarnya tak suka makanan berasaskan coklat ni. Kalau chocolate bar saya makan. Kak Tie baru buat je sebab kami nak datang. Sweet pulak. 


Dapat juga kuih gunting ni. Haaa yang ni saya suka. Siapa yang suka jugak?. Macam kuih siput juga la lebih kurang. Nak kuih orang lama je. Hehe. 


Saya dan Kak Tie. Terima kasih Kak Tie sebab ada tapau juga untuk kami. Tengok jam tak boleh lama-lama sebab petangnya Dania ada kelas online pulak. Dari jam 2 petang habis kelas...sambung pukul 5 petang - 6 petang. 


 Lega dah hantar kain. Kak Tie kata terima tempahan yang kenal je. Terima kasih Kak Tie. 






XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. Bahaya tak ambik depo, kalo orang tak kenal nnt dia x ambik baju tu penat je jahit kan... sy pun suka kuih gunting kak.. kalau raya mst ada untuk balance mkn dgn kuih yg manis²

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang bahaya tapi ni tak ambil ramai. Ambil yang dikenali je. Sebab tak larat dah ambik tempahan banyak2. Sama la kita suka kuih gunting. Brownies tu memang tak makan sangat. Tapi nak menjaga hati makan juga walau susah juga nak telan sebab tak berapa suka tapi kalau la offer kuih gunting tu memang siap bertambah la nanti. Hehehehe.

      Padam
  2. Sama kita kak ezna.... Saya kalo coklat bar msh Suka. Tp makanan yg terbuat dr coklat kuraaang sikit 😄. Kalopun makan, sedikit saja nak rasa. Saya lebih suka yg gurih daripada manis begitu .

    Kalo dapat tailor yg bagus dan baik begini, memang senang sangat. Susah soalnya nak dapat. Dulu saya ada penjahit langganan, tp skr ntah kemana. Tiba2 pindah dari tempat kerjanya. Tak bagi tahu samasekali. JD malas nak jahit baju

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke chocolate bar suka......kalau macam ni sama la kita Fanny. Tailor pun macam susah juga nak jumpa sekarang ni sebab ramai yang suka beli yang sudah siap. Sebab tailor ni kawan kakak jadi ok lah....Agaknya penjahit langganan tu terlupa nak beritahu yang dia pindah tapi pelik juga kenapa tak diberitahu?.

      Padam
  3. rezeki tu antar kain dpt brownies & kuih gunting...lama tk antar kain utk tempahan...biasa bli readymade je

    BalasPadam
  4. saya suka kuih gunting!! err u tak mkn choc ker ezz...sama la mcm i rupanya..i choc bar i mkn kalau yg fruit n nut tu jer or yg ada kismis heheeh

    BalasPadam
  5. Bagusnya cara Kak Ti layan tetamu...

    BalasPadam
  6. X amik depo kat orang yang biasa x pe la kan..sebab dia percaya...dah jadi baju nanti share ye..hahaha

    BalasPadam
  7. Tengok kuih gunting tu macam raya pulak. Tapi sekarang ni tak perlu tunggu raya pun boleh makan kuih raya hihihiii.

    BalasPadam
  8. dania nnt amik lebih sikit
    hahahahaa

    BalasPadam
  9. Kain untuk persiapan baju raya ke tu .. heheh ..

    BalasPadam
  10. wah, sedap nampak brownies tu...yum yum

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

JM Bariani House | IOI City Mall

Dah lama sangat-sangat kami tak makan kat JM Bariani House ni. Kami pernah makan di HQ JM Bariani ni yang terletak di Subang Jaya. Kami juga...