Pada cuti Hari Krismas baru-baru ni, hubby selaku AJK Surau mendapat jemputan dari ex Pengerusi Surau untuk kendurian di tiny house beliau di Tapah, Perak. Mulanya dalam group AJK Surau tu macam tak ada sambutan je sebab maklumlah mungkin masing-masing ada hal masing-masing kan....sekali ada orang initiate dengan tentative lagi. Dari tak ada yang respond sehingga jadi dalam 30 orang pulak.
Akhirnya terjadilah potluck pada hari tersebut. Beriya saya buat sandwich telur dengan 1 jumbo Gardenia.
Mee bulat sebab takde mee sanggul.
Air dari bekas yang SA bagi ni pun tak dilupakan. Setia dibawa kalau travel jauh sikit.
Kami dalam kereta.
Lalu kat Luge Gamuda dan bila tanya Dania katanya nak repeat lagi.
Dah tiba Perak dah.
Laluan ke kebun.
Risau juga tak tiba-tiba lagi ni.
Ok dah tiba dah. Ni group muslimat. Nampaknya saya dan Dania diantara yang termuda kat dalam gambar ni. Hehe.
Lagi gambar. Ni kiranya area beranda kat luar tiny house ni. Lantainya kayu.
Group muslimin. Maaf gambarnya gelap sikit.
Dah namanya kebun durian. Jadinya...ini durian yang jatuh malam sebelumnya ke paginya.
Rambutan pun ada.
Ni kat dalam rumah. Saya kagum sebenarnya bukan sebab apa....tuan rumah...Hj Khairul yang bina rumah ni sendiri. Kata isterinya Kak Wan Nur Iza....rumah ni disiapkan hampir 2 tahun. Bina sendiri ya....Di dua bahagian rumah ni ada tempat tidur macam ni kat bahagian atas.
Ni kat dalam rumah menghadap ke luar.
Kak Iza tengah keluarkan ais sebab nak letak air twister yang kami bagi ni. Laku keras juga air ni.
Tempat memasak menghadap luar.
Makanan potluck yang disediakan. Ada mee rebus tempahan tuan rumah.
Atas meja ni pun ada.
Saya dok repeat la ambik cucur tu.
Rendang dengan pulut kuning pun ada. Selain tu sambal tumis.
Jom kita intai di bahagian luar pula. Memang hijau di sana-sini la kat sini.
Sihatnya ulam raja ni.
Ada jaring juga disediakan jadi durian jatuh kat jaring ni la. Ada la 2-3 buah jatuh kat jaring ni. Hubby dapat 1 buah yang besar juga kat jaring ni. Alhamdulilah.
Ini pula tandas bata merah dengan konsep estatik dan ........
Tandas konsep terbuka.....😅 masuk tandas ni dan nak mandi ke boleh menikmati keindahan alam semulajadi. Siapa berani?. Hehe
Ni bila saya dan Dania turun dari area Tiny House tu menuju ke sungai. Tiny House ni atas bukit. Sungai agak deras dan keruh musim hujan.
Ni Kak Iza tunjuk gambar sungai masa air jernih.
Cantiknya air sungai kan?. Jernih sampai nampak batu-batu dalam sungai. Berbeza sungai hari kami datang tu.
Ada pokok paku pakis kat sini. Geramnya rasa nak petik pucuk tu haa....
Ada juga beberapa pokok ditanam berdekatan dengan sungai.
Jambu air pun ada.
Close up sikit....
Pokok-pokok yang masih kecil.
Tiny house yang terletak di atas bukit.
Kerusi kayu ni pun silap-silap tuan rumah yang buat.
Sebelum balik, sempat mengabadikan gambar bersama tapi bukan semua yang bergambar ni.
Lagi gambar....errr belakang saya bukan hubby saya ya....hubby saya baju biru tu. Hj Khairul dan Kak Iza belah kanan sekali. Terima kasih kerana menjemput kami. Alhamdulilah. Cantik kawasan sini, makanan pun sedap. Baju hitam kat belakang saya tu pula imam kat surau kami.
Setiap keluarga dibekalkan pucuk paku.
Dan juga petai. Hubby kata petai kat kebun sini juga.
Dan.....jeng jeng...tentulah buah durian. Ada 7 biji semuanya. Alhamdulilah. Durian kat luar ni durian yang baru je jatuh kat net masa kami datang tu.
Seronoknya kalau ada kebun buah-buahan ni kan?. Kebun orang pun rasa teruja sangat-sangat...inikan pula kalau kebun sendiri.
Kepada Hj. Khairul dan Kak Iza...terima kasih kerana menjemput kami ke sini. Terima kasih juga buah tangan. Saya ada juga bagi jagung yang saya beli dari kawan Dania tu. Pun fresh dari ladang sebab baru petik sehari sebelum Krismas.
XOXO,
Ezna
seronoknya kak rumah dalam kebun...impian kami juga ni dah pencen nanti nak duduk rumah kebun,tapi kebunnya tak ada lagi huhuhu
BalasPadamingat cuti sekolah chinese new year nanti nak bawa pia juga la pergi Skylineluge ni
Alhamdulillah.. Seronoknya,dapat rezeki makan durian di kebun durian..
BalasPadamPandainya pasangan suami isteri tu bertukang...
Seronoknya Kak Ezna..lawa pulak tu tiny house yang tuan rumah buat...
BalasPadamBab toilet tu seram pulak saya imagine hihi...
Teringat kecik-kecik dulu balik kampung kalau musim durian meriah macam nilah...
Arwah Abah ada kebun durian, bila musim memang durian berbakul-bakul sampai tak terlayan nak makan...those days kan...
Sekarang nak makan kenalah beli sendiri...cuma nasib baik bukan peminat durian..ada makan, takde tak pe hihi...
bestnya aktiviti gini...cute betul tiny house dlm kebun durian ni...
BalasPadamGmbr durian tu mngiurkan..=D
BalasPadamMasya Allah seronok nya ada rumah kebun macam ni kan, rezeki Ezna dapat jemputan ke kendurian, belah Perak memang tengah musim durian laa nih kan :)
BalasPadamCantiknya rumah kebun (tiny house) ni. Tapi tandas tu, seram sikit. Serius lawa rumah ni. Tak lupa buah2 semua tu.
BalasPadamUncle pun baru balik dari Tapah...
BalasPadamMashaaALLAH cantik dan damainya alam sekeliling, rumahnya pun cantik.
BalasPadamMudah-mudahan ada rezeki Sy juga .. mmg teringin nak buat tiny house atau berumah dikelilingi kehijauan alam ni. Mesti tenang je hidup diorg kan, jauh dari hiruk pikuk bandar
BalasPadamSeronok nya suasana keliling tiny house tu... terasa nyaman dan hijau je tambahan lagi dengan hasil dusunnya.
BalasPadamseronoknya..suasana kampung sungguh
BalasPadam