Malam sebelumnya ternampak iklan ni kat facebook. Tengok kat mana nak hantar barang2. Oh....tak jauh sangat kat Bandar Seri Putra Bangi je.
Paginya....kami ke Mydin, Putrajaya sebab Mydin Putrajaya ni buka pagi.
Inilah barang-barang yang kami beli.
Bila tiba kat pusat pengumpulan yang terletak kat pekarangan Masjid Bandar Seri Putra, ada sukarelawan yang akan tolong keluarkan barang. Alhamdulilah.
Nasib baik ada troli ni jadi semua barang letak atas ni je instead of kita ulang alik ambik barang kan....sekali harung je.
Senang ada banner ni jadi orang ramai boleh la salurkan bantuan ke tempat yang betul. Hari yang sama saya ada blast di IG story dan seterusnya ke Facebook story. Saya buat video minta sukarelawan yang bercakap. Mungkin boleh tarik orang datang membantu juga untuk warga sekitarnya. 😊
Gambar di bawah semuanya diambil dari facebook Ihsan Madani.
Hari yang sama kami hantar tu, lori pick up sebelah petang.
Banyak juga barang sumbangan. Terima kasih semua orang baik....
Keesokan harinya lori bantuan tiba di hub pengagihan di Kota Bharu.
Sukarelawan unload barang-barang.
Sorting dijalankan di sini..... I Reach - Malaysia. Badan NGO di Kelantan.
Moga usaha yang sekecil ni dapat memberi seribu manfaat buat mereka yang terkesan. Tarikh yang sama kami hantar 7 Disember 2024, merupakan tarikh hari jadi arwah papa saya Ahmad Khalili Bin Naam. Moga papa tenang di sana ya....lagi satu kena tunjuk tauladan juga kat anak tentang berkongsi rezeki ni...moga kelak dewasanya akan berkongsi rezeki buat mereka yang memerlukan.
XOXO,
Ezna
Tahniah kerana menyumbang, senang bila diuruskan bantuan dengan baik. Lega banjir pun dah pulih.
BalasPadamNak menyumbang ni kena salurkan ke tempat yang betul juga sebab risau sumbangan di tempat yang tak sepatutnya. Jadi, saya pantau aktiviti mereka. Alhamdulilah.....
PadamAlhamdulillah moga dimurahkan rezeki selamanya. Mydin Putrajaya senang kan buka pukul 8.
BalasPadamYa Mydin buka awal. Tu yang ke sini tapi juga pergi awal2 nak elakkan ramai orang juga. Memang ramai betul kat Mydin ni kalau gi lewat.
PadamAlhamdulillah..Semoga segala kebaikan berbalik pada sis & family..Amin
BalasPadamAamiin. Moga semua yang kita lakukan dapat juga mengalir pahalanya kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita....
Padamalhamdulillah, barakallah fiikum jami'an. hanya Allah jua yg mampu membalas semua kebaikan para dermawan. tq (on behalf of mangsa banjir esp kat kelantan)
BalasPadamSikit2 kita kongsi, lama-lama jadi bukit.
PadamBiarlah kita rasa sumbangan itu kecil, yang penting ikhlas. Semoga Allah membalas dengan sebesar-besar ganjaran.
BalasPadamAlhamdulillah..tahniah buat semua orang baik...semoga diberikan pahala Dan bertambah-tambah rezeki
BalasPadamRupanya disana juga sedang dilanda banjir ya Mbak.
BalasPadamSemoga sumbangan yang Mbak kirimkan membantu para korban bencana banjir.
Salam,
Semoga disalurkan dengan baik, dan Orang2 yg terjejas pastinya sangat terbantu dengan bantuan ini. Masih banyak lokasi yg banjirnya belum surut kak?
BalasPadam