Lepas balik dari menghantar barang-barang misi bantuan banjir, dengan berpandukan google maps....akhirnya kami sampai di Soodaap Fish & Chips. Actually dah lama tahu kewujudan Fish & Chips ni melalui youtube...dekat dengan stesyen komuter KTM UKM. Kena lalu bawah terowong. Ternampak company Suria Amanda dan Puan Hazel yang attend event yang sama update pasal makan Fish & Chips ni. Baru teringat balik pasal Fish & Chips ni.
Konsep gerai tepi jalan je.
Parking pun tepi jalan jugak jadi berhati-hati bila nak mengundur tu ya?. Banyak juga gerai tepi jalan kat sini.
Menu yang ada kat sini.
Street food.
Waktu operasinya. Buka jam 11.30 pagi tapi jangan pergi lewat takut habis pulak.
Haaa ni lah muka Chef yang pernah kerja kat Dublin, Ireland ni. Tak sangka ya kat tepi jalan pun boleh dapat fish & chips yang sedap ya. Betul katanya kena makan panas-panas baru sedap.
Harga makanan kat sini ya.
Close up ikan yang siap goreng. Ni bukan pisang goreng walau nampak macam sama.
Tudiaa....sekali angkat sebanyak ni ya.....
Fish & Chips ni saya dan Dania order. Hubby pula pilih Chicken Chop jadi boleh rasa-rasa.
Ada sos tartar yang rasa lemak dan masam sikit.
Isi ikan setelah digigit. Salutan luarnya memang rangup dan rasa sedap. Ada sos cili pek juga diletakkan kat bawah fries jadi tersorok pulak sosnya. Tapi....saya makan satu ikan ni pun saya dah muak jadi kena sambung makan balik. Portion isi ikan tu pun besar bagi saya. Ada 3 isi ikan dalam 1 kotak ni. Nak sambung makan balik kena panaskan balik.
Tak sangka tau...tepi jalan pun boleh dapat Fish & Chips level international. Jadi, bagi saya sedap Fish & Chips ni. Memang kena makan panas-panas, kalau tak...tak sedap terutamanya fries tu. Nak hilangkan muak tu kena cicah dengan sos cili baru ngam. Dania pun makan 2 kali jugak. Kali kedua makan tu baru selesai semuanya. Itu kami la....agaknya you alls sekali makan dah selesai dah. Hubby pun kata sedap. Chicken Chop punya gambar je lupa nak ambik tapi sedap juga.
Ada juga side yang kita boleh add on iaitu coleslaw. Rasanya bagi saya sama macam KFC cumanya agak kering.
Nak try?
Soodaap Fish & Chips
Jalan Bistari, Kg. Sg. Tangkas
43000 Kajang
Selangor
XOXO,
Ezna
Nak sangat ke sini tapi tak sampai2 lagi.
BalasPadamKami dah tiba tapi baru je pun sampai ke sini. Dah tahu melalui internet dah lama.
PadamAntara menu yang saya suka ...fish & ship
BalasPadamMenarik menu ni sebab kadang2 kita pun nak makan selain daripada nasi.
PadamDah terjah dah, alhamdulillah 👍🏻
BalasPadamSedapkan makan panas²...
Bila makan dgn sos cili tu lagi ngam, kalau tak rasa muak juga. Mgkn sbb portion besar kot
Ya PH akhirnya sampai juga. Nasib baik line beraturnya tak panjang mana. Alhamdulilah. Memang kena makan dengan sos cili sebab nak elakkan muak tu. Saya dan Dania makan sampai 2 kali barulah habis....
PadamBest..portion besar..betul..SA makan seketul pun dh kenyang.. tar tar sos dia best...mmg level international tp street food
BalasPadamYa betul SA. Portion dia besar dan memang makan seketul je boleh kenyang. Street food tapi level dia tinggi.
Padamwaaa nampak sgt sedap la ezz! ni fav my razeen
BalasPadamYa ke Suzz.....Nanti you boleh try la rasa...
PadamOOoo... chef pernah mendunia... patutlah antarbangsa!
BalasPadamAmboiiii tagline Cik Epal yang UG pakai ni....Chef ni kerja kat Ireland dulunya jadi sekarang balik Malaysia buat business kat sini.
PadamPengalaman beliau diluar negara dia bawa balik utk orang tempatan merasa kesedappannha
BalasPadamCewahhhh! Hihihi
mungkin boleh masuk dalam list food hunting...hihihi...tp tulah, nak ke arah sana tu, berchenta juga
BalasPadambos kita yg dok bangi dh pernah beli sbb dh viral time tu...die dok bangi soh kita pi la try sbb die tau kita suka mkn2...tp tk smp2 lg haha
BalasPadamHaritu tengok kat Tiktok nampak sedap..ni tengok Kak Ezna buat entri lagi nampak sedapp.....
BalasPadamHadeuuuh, kapan lah saya bisa coba tempat iniiiii 😍😍😍. Fish n chips memang kesukaan kami, kecuali anak bungsu. Dia tak suka ikan. Tp kalo Fylly, diksh ini tiap hari pun dia mau sangat 😄😄.
BalasPadamMemang enaknya makan panas kalo FnC 👍👍